Perkara Yang Perlu Difikirkan Sebelum Ambil STPM

Baru2 ni result SPM keluar. Tahniah bg yg dapat keputusan cemerlang dan tahniah juga pada yg dapat keputusan biasa2 saja. Haa, so lepas habis SPM ni mesti korang tercari-cari jugak kan nak sambung belajar kat mana? Tujuan aku confess ni just nak share pengalaman aku. Apa yang aku alami dan rasa sebagai pelajar lepasan STPM.

Pernah dengar org kata STPM susah? Ya, aku sendiri akui yang STPM ni susah. Nak2 bagi yang ambil aliran sains tulen macam aku ni. Tapi pada pendapat aku lah kan, STPM ni susah sbb sistem STPM tu sendiri. Yelah, cuba korang bayangkan. Yang mengajar; cikgu, yang set soalan; MPM, yang tanda kertas soalan kadang2 lecturer universiti. Memang lah ilmu tu pada dasarnya sama. Tapi xmustahil kalau apa yang kita jawab soalan time exam tu, cikgu tanda boleh dpt full mark, tp kalau sampai kat lecturer uni, xdapat full mark.

Berbeza dgn asasi, matrik, dan diploma. Yang mengajar, set soalan, tanda jawapan adalah dari pihak yang sama, lecturer tu sendiri. Jadi kemungkinan nak dpt markah lebih tinggi tu lbh besar lah dari STPM. Tu belum lagi bab tips2 yg lecturer bagi sebelum exam. MPM nak bg tips untuk STPM? Mmg haromm lah..

Dengan bilangan guru yang xmencukupi lagi. Pernah kitorang satu sem x ada cikgu yang mengajar. Belajar sendiri. Bayangkanlah, dah la silibus tu susah. Lepas tu cikgu form 4, 5 yg ajar pun ada (kira xsama la pengalaman dia dgn cikgu form6 sebenar, tau soalan target based on past year ke, ape ke..Just ajar ikut buku je).

Lagi satu, yang aku heran. budak2 pandai semua dpt pergi matrik, asasi, diploma semua. Tapi budak2 yg dikira ‘kurang pandai’ nil ah yg dpt STPM kebanyakannya. (Tp ada jugak yg straight A’s dpt STPM, tp xdpt yg lain). Point aku kat sini, STPM dah la susah, tp dibagi pula pada budak2 yang result biasa2.

Memang patutlah cikgu STPM aku bagi tahu awal2 lagi masa kitorg masuk STPM dulu.. Dia ckp “STPM ni susah, jadi pada sesiapa yang xdapat nak teruskan sila la cari peluang lain untuk sambung belajar.” Lebih kurang mcm tu lah ayat dia. Aku memang xberapa gemar dengan apa yang dia cakap, (yelah org baru masuk sepatutnya dia bagi la kata2 semangat nak naikkan semangat study kan, tp dia ckp mcm tu pulak..) tapi kan, ada betulnya jugak kata2 dia tu.

Aku ni nak dikatakan pandai tu, xlah. (Cuma dpt straight A’s masa UPSR n PMR je). SPM kelaut. Haha, xde la kelaut sgt adela 3 B, 1 C. Yang lain A. Kira result aku ni biasa2 la jugak kan.. Aku apply matrik, tp xdpt mungkin sebab aku non-bumiputra *sob2.. Stress aku dulu. Huhu.. Ok dah melencong jalan cerita ni.

Aku perhati la kelas aku masa STPM. Dulu ramai student Melayu dalam kelas tu. Adalah berbelas-belas. Tapi last2 masa exam final, xsampai 5 org pun yang bertahan termasuk aku. Ada jugak sorg kawan aku ni. Student India. Dulu dia mmg terkenal sebagai budak pandai kat sekolah menengah, tp masa STPM, dia dapat fail certain subjek. Akhirnya lepas sem 1 dia tukar pergi private uni yg agak berprestij, dan okay je aku tgk dia belajar sekarang.

Sedih jugak tgk kwn2 yg dah ambik STPM sampai habis, tapi patah balik ambik diploma/foundation etc2 dekat universiti swasta sbb result kureng utk sambung degree yg dia orang minat. Ramai jugak budak kelas aku yg macam tu, almost half? Yang ada duit lebih sikit tu, sambung ke luar negara. Patah balik diploma jugak. Patutlah ada sesetengah masyarakat xtau yg lepas STPM ni blh sambung degree terus. Kelakar pun ada bila org tnya, “Dah habis STPM? Lepas ni nak sambung apa? Diploma ye?” Haha T-T

Aku? Yes, I survived STPM, dan aku dah ada dekat universiti dah sekarang ni. Nak dekat final year dah. Cumanya, aku sambung kos yang aku xminat. Sebab kos yg aku minat, result STPM aku xcukup tinggi. Kawan aku yg sama sekolah menengah dr form1 yg pandainya lbh kurang mcm aku la jugak, dapat result tinggi dekat matriks dan dpt sambung kos yang dia nak. Jealous la jugak. Xkurang jugak kwn yg dr dulu kelas 1st n SPM ambil sains tulen, tapi tukar aliran sastera utk STPM. Alhamdulillah, result dia okay n dpt sambung ke IPTA yg dianggap top la jugak.

So kepada adik2 lepasan SPM yg rasa nak ambil STPM ni.. (terutamanya sains tulen). Fikir masak2. Lepas buat keputusan, hati kena kuat. Kena kental. Kena rajin study, jangan study mcm kau kat sekolah menengah dulu. (Study bila nak exam je). Kalau blh buat la revision tiap2 weekend tu. Honestly, aku memang respect org yg ambil STPM sains tulen n result tinggi2 ni.

Okay mmg setiap cabang lepas SPM ni ada pro dan cons nya. STPM ni pro dia yg aku nmpk yuran yg murah, blh dpt biasiswa sama mcm sekolah menengah (walaupun xbyk, tp okay la), selalunya dekat dengan rumah. Kalau nak ambik diploma pulak, make sure ambik kos yang betul2 kau minat dan memang nak sambung degree kos tu.. Sbb nanti blh pindah kredit, so total up tempoh pengajian tu lebih kurang je dengan STPM+degree.

Asasi dan matriks pulak pro dia tempoh masa yang singkat la, setahun je ( 2 tahun pun ada, ikutlah..) dan blh dpt tips exam dr lecturer (ikut budi bicara lecturer sndiri. Hewhew. Alah selalunya memamng akan dapat). Samalah diploma, foundation dan asasi pun. Matriks pun yuran murah. STPM, diploma, matriks ada sijil. Asasi dan foundation tak pasti lah ada ke tak. Kadang rasa x adil jugak matriks dpt sijil. Yelah, kalau nak bg matriks sijil sama mcm STPM, tukarlah sekali sistem STPM tu, baru adil. Huhu..

Okay sampai sini jelah confession aku. Terpanjang pulak. Ini apa yang aku rasa dan aku alami. Mungkin pengalaman dan pendapat orang lain berbeza dengan aku, terpulanglah.. Mungkin ada sesetengah sekolah yg ada form 6 dia bagus.. Ada yang tidak..

– Walau pahit harus ku telan.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit