Perkara Yang Ramai Tak Tahu Tentang Sekolah Swasta

Assalamualaikum. Terima kasih kpd admin sbb sudi siarkan confession saya. Biar saya ceritakan serba sedikit psl diri saya. Saya seorang bekas guru di sebuah sekolah tahfiz. Guru muda, lepasan diploma perguruan. Saya bekerja sementara nak sambung degree.

Lately saya banyak baca cerita pasal keadaan taska yang tidak memuaskan. Tidak dijaga dari pelbagai aspek. Kebersihan, keselamatan, pemakanan dan mcm2 lagi. Jujur saya sangat sedih bila baca kisah2 tersebut. Walaupun belum berkahwin dan mempunyai anak, saya rasa kasihan terhadap anak2 yg tak bersalah. Bagi saya, cuba bayangkan org lain buat perkara sama pada anak buah, adik beradik atau sepupu kita. Mesti kita marah dan sedih kan?

Jadi saya terpanggil utk menceritakan keadaan di sekolah saya pula. Bayaran yg dikenakan agak mahal (sekolah swasta kan). Tapi apa yg saya lihat, murid2 tak dapat apa yg sepatutnya mereka dapat dgn bayaran sebanyak itu. Fasiliti di sekolah sangatlah terhad. Dan barang2 tidak dijaga dengan rapi. Kami para guru yg perlu mengerahkan tenaga utk mengatur semua barang tersebut.

Kalau bab kebersihan pula jgn cakaplah. Berhabuk sana sini. Bersepah sana sini. Kalau kelas dalam keadaan bersih pun sbb kami para guru suruh budak2 kemas kelas sebelum sesi pnp. Tapi apalah sangat yg dpt dibersihkan kalau kami hanya ambil 5-10 minit waktu pnp utk mengemas kelas. Sepatutnya sekolah perlu ambil inisiatif sediakan cleaner utk bersihkan kipas, sawang, tandas dan lain2. Dua minggu sekali sudah memadai kalau setakat utk bersihkan bahagian tersebut. Saya suggestkan cleaner sbb sekolah berbayar. Takkan kita nak suruh budak lap kipas kan? Sedangkan mereka bayar mahal.

Mesti akan ada yg komen ‘kenapa cikgu tak buatkan semua tu?’. Kami bukan tak nak, tapi kami dah pun buat semua tu. Kalau dibandingkan kuantiti kerja kami dengan gaji yg kami peroleh, sy rasa kalau pembaca di tempat saya, semua lari tinggalkan sekolah selepas 3 hari. Jadi apa yg kami lakukan selama ini mengikut kudrat terdaya kami. Tapi siapa yg tahan kalau semua benda cikgu kena buat kan.

Belum masuk bab kebersihan dapur lagi. Setiap hari saya kena tukar stokin sbb lantai dapur teramat kotor. Walaupun berstokin hitam, bau basah dan lembab dek kerana lantai tadi memerlukan sy basuh setiap hari. Kalau pakai stokin warna coklat, alamatnya bila sampai rumah berubah warna lah stokin saya. Brg2 di dapur tidak dikemas dengan baik, dan saya pernah ternampak tikus! Geli terus tekak saya utk makan lepastu. Rambut pula saya dah banyak kali jumpa dalam makanan saya. Saya diamkan shj. Taik cicak pada brg2 yg jarang digunakan tidak dibersihkan. Lantai melekit. Memang geli. Tapi sbb dah kerja saya di situ.

Mesti akan ada yg cakap ‘kenapa tidak dibersihkan?’. Apa yg boleh saya cakap adalah guru tidak dibenarkan utk mengusik bahagian dapur atas sebab2 tertentu. Jadi saya hanya mampu memandang shj.

Dari segi pemakanan agak berkhasiat. Ada protein, sayuran. Cuma kuantiti makanan yg diterima sangatlah terhad. Bayangkan seekor ikan perlu dikongsi oleh 6 orang murid. Selebihnya nasi dan kuah serta sedikit sayuran. Kami kasihan pada murid2 sbb ibu bapa mereka bayar tapi murid2 tidak diberi kuantiti makanan yg sepatutnya mereka dapat. Kadang2 kami nk buat ‘jahat’, kami nak tambah lauk utk murid2 bila tukang masak tiada. Tapi setelah dibahagi mmg lauk tu cukup2. Jadi kami tiada pilihan. Saya siap kira secara kasar perbelanjaan barangan dapur setiap hari. Walaupun barang mahal, itu bukan alasan utk mereka berbuat begitu.

Saya tiada komen mengenai pnp dan guru2 cuma suasana dan persekitaran sekolah yg perlu diperbaiki. Tapi apalah sangat komen saya. Mmg tidak akan diambil kira kerana saya hanyalah guru biasa.

Saya menceritakan pengalaman ni supaya ibu bapa diluar sana berhati2 dalam memilih sekolah utk anak2. Tidak kiralah sekolah tahfiz, taska, tadika, tempat tuisyen dsb. Saya bukanlah menyokong ibu bapa perlu hantar anak2 ke sekolah kerajaan, tapi disitu lebih terjaga dari aspek keselamatan, kebersihan dan pemakanan. Sebab adanya cleaner, tukang masak di kantin, guard, kerani. Semuanya terjaga sbb pihak atasan akan pantau dari masa ke semasa. Tidak dinafikan ada kes yg akan dan telah berlaku, tapi dari pandangan umumnya, InsyaAllah terjaga serba serbi.

Jika ibu bapa nak hantar anak2 ke sekolah swasta pula, pilihlah yg sebetulnya. Jangan hanya mendengar taklimat pada waktu pendaftaran. Akan tetapi, selidiklah sebetulnya. Tanya anak2 apa yg mereka makan, berapa banyak mereka makan, minum air apa, bagaimana keadaan dapur, tandas dsb. Sbb anda yg keluarkan duit. Jadi pihak sekolah tidak sepatutnya memperlakukan sebegitu pada anak2 anda.

Kepada ibu bapa, carilah sekolah yg sesuai utk anak2 anda. Sesekali datang sekolah dan lihat apa yg mereka makan. Sesekali datang lihat kawasan sekolah. Bukan sbb ‘choosy’ tapi ibu bapa perlu pertahankan hak. Selagi boleh complain, complain lah. Supaya pihak sekolah tidak meraih untung semata mata tetapi dlm waktu yg sama kebajikan anak2 tidak dijaga.

Sekian. Assalamualaikum.

– Sya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit