Perlukah Aku Berkahwin?

Assalamualaikum. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kalau admin sudi publishkan confession aku. Aku buat confession supaya kalian dapat bagi pendapat yang boleh aku jadikan panduan..

Aku seorang lelaki berusia awal 30 an dan mempunyai pekerjaan yang stabil. Aku berkenalan dengan bekas awek aku masa kami sama-sama menuntut di universiti awam di ibu kota. Sepanjang perhubungan kami, alhamdulillah kedua-dua belah keluarga merestui kami. Kami berpisah masa aku mula-mula start praktikal.. secara jujurnya aku tak mempunyai nafsu kepadanya. Tapi aku suka wajahnya dan sikapnya yang baik terhadap aku..

Sepanjang tempoh perhubungan kami.. aku dan dia jarang keluar dating.. Jadi dalam tempoh perhubungan kami.. sikap dan wajahnya yang membuat aku sayang kepadanya. Kami juga pernah merancang untuk berkahwin bila aku mempunyai pekerjaan semasa aku di tahun akhir pengajian aku. Aku berpisah sebab perkara yang tak perlu aku dedahkan kat sini..

Biar aku berterus terang sebenarnya aku adalah seorang gay. Aku adalah gay secara azali dimana aku mmg mempunyai perasaan sukakan lelaki semasa usia aku di awal 5-6 tahun dan aku bukan mempunyai nafsu sonsang ini disebabkan faktor-faktor lain seperti terpengaruh dengan kawan-kawan, mangsa liwat atau sebagainya. Aku juga dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ajaran agama. Kalau dari segi luaran aku memang seperti lelaki normal yang lain.

Aku bersyukur kerana dikurniakan rupa yang menarik (ini apa yang rakan-rakan seuniversiti dan rakan-rakan sekerja aku yang bagitahu). Dalam usia sekarang bila melihat kawan-kawan yang dah berumahtangga aku pun rasa teringin ke arah tu. Masalahnya sekarang, aku memang tidak bernafsu kearah perempuan. Kalau Miss World berbogel depan aku sekali pun.. aku still tak rasa apa-apa.

Aku juga setiap kali selepas solat aku iaitu selepas aku tahu aku tak sama dengan lelaki lain. Aku minta dengan Allah supaya jadikan aku lelaki sejati yang mempunyai nafsu kepada perempuan. Kadang-kadang aku cemburu dengan lelaki sejati, kerana mereka mempunyai nafsu ke arah yang sepatutnya. Kadang-kadang bila aku terjumpa mana-mana lelaki yang bagi aku menarik pada pandangan aku.. hati aku rasa sayu.. sebab kau suka seorang yang mmg kau tak boleh suka.. hanya Allah dan gay-gay mempunyai perasaan cam aku je tahu betapa seksanya perasaan ni.

Kalau pergi mall dan tengok married couple yang bawak anak.. aku selalunya tanya diri sendiri.. adakah aku juga berpeluang menjadi ayah dan mempunyai keluarga seperti mereka. Kadang-kadang aku sering bertanya.. kenapa aku.. kenapa dalam berbillion hambaNya.. aku yang diuji nafsu ni.. apa salah aku dilahirkan dengan nafsu ini.. kalau kena berpuasa. .sampai bila aku kena berpuasa.. adakah lelaki gay azali cam kami mmg tak ditakdirkan untuk rasa nikmatnya sesuatu perhubungan seksual yang halal.

Jadi soalan soalan aku kat anda semua:

1) Sekarang aku cuba tackle bekas awek aku (aku tau dia masih sayangkan aku).. memang aku sayang sangat kat dia.. tapi berdosakah aku if aku kahwin dengan dia.. aku pernah dengar kalau kahwin dapat mengurang nafsu kepada lelaki. Aku tak pernah terlibat dalam hubungan seks songsang dan tak pernah involve dalam mana-mana aplikasi-aplikasi sonsang.

2) Ada tak mana-mana gay kat sini yang dah berkahwin dan dapat mengatasi masalah ini sebab aku memang serious nak kahwin?

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *