Perlukah Noktah?

Aku sangkakan indahnya kehidupan dan perkahwinan tapi semuanya bagai ditusuk duri.

2023 tahun baru buat kita semua. Tiap kali hujung tahun aku akan mengharapkan moga tahun baru dapat hidupan lebih baik kerana apa yang berlaku sebelum2 ni buat aku sangat kecewa hingga aku sangat tertekan.

Adakah ini penyesalan atau kesilapan aku?

17 Ogos 2019 perkahwinan yang terbina atas dasar cinta aku dan suami yang saling mencintai satu sama lain yang juga inginkan sehidup semati. Serta tiap susah senang akan harungi bersama….

Walaupun ketika bertunang. Di hadapan sanak saudara bakal mertua tidak mahu sarungkan cincin.. tapi bila dipaksa, disarungkan juga bakal mak mertua pada jari aku.

Di situ bermula lah dugaan yang harus aku terima apabila aku bukanlah menantu pilihan mungkin. Diterima atas kerana cinta anak. Dituruti kedua ibu ayahnya. Fizikal dan rupa aku biasa saja. Bekerja punya kereta sendiri.

Dan mungkin kerana aku bukan perempuan baik solehah warak seperti yang mereka inginkan. Mungkinlahh. Ini anggapan aku saja. Tapi aku terus biarkan saja. Sakit hati walau dilayan tak seindah orang lain. Sebelum dan selepas nikah.

Kecewa punya mertua begini. Tapi aku pasrahkan saja kerana aku cinta dia. Bila aku lihat teman teman lain indah bersama mertua. tapi tidak aku. Disitu aku mula belajar untuk keras hati untuk tidak fikir lagi. Berpindah ke rumah sewa yang asalnya kosong.

Semuanya dibeli dari barangan terpakai. Janji aku dan dia selesa. Walau aku bekerja tapi awal perkahwinan bukan mudah untuk sediakan semua dirumah. Aku ok saja. Janji bersama. Hati gembira.

Peti sejuk kecik. Tilam nipis. Tv pinjam bonda. Dapur masak. Box kecil untuk isi baju semua. Aku selesa saja. Bulanan sewa suami bayar. Aku hanya bil air dan elektrik.

2020 Aku hamil anak pertamaku. Berpindah ke rumah lebih selesa fully furnished. Seronok bahagia punya keluarga sendiri. Selepas bersalin Suami tolong bangun malam, buat susu anak dan jaga anak waaupun dia sibuk bekerja.

Lawatan keluarga mertua aku biarkan saja walau aku kecewa. Melawat bayi tapi bukan aku. Aku terasa tapi aku cuba biarkan untuk tidak peduli. Senyum gelak ketawa aku pada semua supaya tidak ada yang perasan apa masalahnya.

Kereta suami tukar ke kereta baru merah warnanya. Untuk lebih baik dari sebelum ni yang asyik meragam sebab kereta lama lebih 10 tahun.

Baru bukan lah baru tapi kereta terpaksa yang lebih baik dari yang sebelumnya. Aku gerento banknya. Memudahkan dia bekerja selesa perjalanan jauh rumah ke tempat kerja. Satu2 rezeki yang hadir dikala cahaya mata pertama hadir didunia.

Kemudian urusan rumah pertama kami selesai dengan jayanya walau pernah ditipu agen hampir ditelan RM1ribu duit muka. Urusan rumah joint loan. Gabung dua gaji untuk application. Selesai. Selepas 8 bulan masa covid tu dapat kunci rumah.

Maka, kami keluarga dari rumah sewa ke rumah kami. Hanya berbekalkan baju2 kotak2 baju dan barang mainan anak. Seronok rasanya.

Berlantaikan tilam. Syukur! Rumah kosong yang memang takde apa2 perabot. Kami pun memang dari menyewa takda beli apa2 perabot.

Dalam masa yang sama tempat kerja aku dapat bonus 3 bulan yang di bayar sebulan sekali pada akhir tahun. Rezeki anak! Semuanya dari rezeki anak yang kami tumpang.

Dapatlah aku tambahkan peti ais, meja makan dan almari baju. berbakikan duit dari pinjaman. Kami tambah kabinet dapur, cat rumah, lantai, tilam katil bilik utama dan lampu kipas. Maklumlah rumah subsale.

Banyak kena perbaiki tapi ok saja. Tak banyak buat tapi janji kemas dan bersih. Syukur alhamdulilah.

Hari demi hari aku tersedar. Lepas berpindah randah aku teringat ada sesuatu yang hilang. Gelang emas yang diberi mertua ketika akad nikah. Sedih sangat. Aku leka sibuk bekerja dan berpindah randah. Sampai masanya bila aku nak pakai semula, tak ada!?!

Puas aku cari dan suami aku pun mencari tapi taktahu kemana. Risau tercicir. Dua bulan juga lepas pindah tu aku mencari masih tak jumpa.

Rasa bersalah sangat sebab tulah satu2 nya hadiah yang aku rasa aku hargai sangat dari pemberian mertua walaupun aku rasa dorang tak suka aku. Tapi masih ada juga hadiah buat aku sebagai menantu.

Sedang aku sibuk bekerja. Aku dapat work from home dalam tempoh covid ni. Dari sini bermula satu2 terbuka….

Aku akan sambung part seterusnya sebab dah terlalu panjang aku taip untuk harini. Terima kasih sudi membaca.

– Isteri kecewa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *