Assalamualaikum warga IIUM Confession.. Saya Hana (Nama samaran) saya dah berkahwin hampir 2 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata.
Harap confession saya disiarkan sebab saya tak ada tempat luah perasaan mungkin disini saja
Usia perkahwinan 2 tahun orang cakap masih wangi tapi tak bagi saya.. Kami bercinta 8 tahun sebelum bernikah. Bila dah nikah baru saya kenal sebenar-benarnya suami dirumah. Dia sangat susah buang tabiat tidur seharian.
Maknanya dari pagi sampai ke petang (suami kerja sendiri mengikut paras air laut pasang dan surut setiap bulan) malam dia keluar tak pun lepak dengan kawan depan rumah.
Saya tak selesa kawan-kawan dia datang hampir setiap hari sehingga tak ada masa untuk saya dan anak
Buat pengetahuan saya tinggal dirumah mertua. Pernah saya suarakan dari sebelum kahwin untuk cari rumah sewa tapi tak ada juga saya cuba sedapkan hati mungkin tak ada rumah yang berdekatan.
Sungguh saya tak selesa tinggal dirumah mertua salah satu sebabnya ada adik ipar lelaki dan abang ipar (kerap datang bertandang jugak)
Saya tak ada privacy terpaksa bertudung 24 jam/7 kecuali dalam bilik tapi takkan saya nak duduk dalam bilik saja nanti apa kata mertua.
Anak jugak sekarang tengah lasak takkan nak kurung dalam bilik mesti la dia nak bebas berlari.
Rumah mertua jugak sangat sempit dengan barang-barang yang bagi saya tak berguna langsung tak sesuai untuk anak tengah membesar dan jenis suka ambil barang masuk mulut tak kira kecil atau besar.
Mertua jugak suka berkurung maksud saya pintu ditutup, tingkap dipasang langsir berlapis-lapis saya tak suka kerana rasa rimas.
Bukanlah saya mempertikaikan keadaan rumah mertua saya bersyukur juga dapat berteduh walaupun saya cuma menumpang cuma saya tak selesa dengan keadaan
Saya dan suami kerap bergaduh kerana sikap dia. Pendapatan tidak cukup tapi dia tak nak cari kerja lain.
Saya dulu berkerja dan selalu membantu suami tapi berhenti disebabkan pandemik covid dan perasaan saya majikan memang nak buang saya dari company kerana masa tu saya pregnant anak sulung dan banyak alahan dan cuti ke klinik.
Saya takut nak cari pengasuh kerana tak yakin. Saya nak cuba kerja dropship atau online tapi saya tak pandai.
Anak jugak jenis high demand cuma nak ibu didepan mata dan suami jugak sangat lepas tangan bab menjaga anak punca saya sangat stress dan keletihan.
Bila disuarakan saya letih dia akan kata balik “saya lagi letih kerja dari awai duduk rumah” dia tak faham saya stress/letih kebelakangan ini.
Saya faham dia cari rezeki untuk saya dan anak tapi sampai tak ada masa untuk tolong langsung walaupun dia tak busy kerja.
Kadang waktu malam saya juga perlu rehat selepas seharian urus rumah dan anak tapi dia tidur saja.. Anak merengek minta susu pun dia tak dengar jadi saya kurang tidur
Dia jugak susah nak tolong kerja-kerja rumah walaupun sikit. Semuanya harapkan saya. Saya cuma berpeluang buat kerja bila anak tidur tapi tak lama mana sebab rumah tepi jalan besar. Budak-budak rempit selalu buat bising.
Jadi saya jadi letih terkejar-kejar buat kerja dan tengok anak sebab dapur dan bilik jauh. Bila kita minta ubah bilik dia tak nak
Satu lagi sikap dia yang saya paling tak suka. Dia ada tabiat menonton video lucah walaupun berkali-kali saya marah dan beri amaran. Saya ada sejarah silam buatkan saya takut perkara terjadi pada anak saya. Saya sangat benci tabiat ini.
Walaupun dia pandai padam google history tapi naluri seorang isteri tetap dapat kesan.
Saya selalu menangis takut perkara sama berulang sepertimana yang terjadi pada saya waktu kecil.. Semuanya akibat video lucah. Bila adik-adik ipar bergurau dengan anak tempat sensitif saya jadi takut sangat.
Nak bersuara saya rasa takut dan risau sebab ibu mertua pun sama mengacah walaupun dia tahu apa anak dia buat tu salah.. Jadi saya bagi tau suami suruh tegur adiknya tapi hampa dia tak tegur langsung..
Hancur hati saya seolah dia memperjudikan masa depan anak sebab itulah saya tak suka duduk dirumah mertua dan perasaan benci mula membuak terhadap suami dan adik-adiknya.
Walaupun suami berkali-kali berjanji nak berubah tapi hasilnya tetap sama. Saya tidur disebelah tapi dia boleh melayan benda haram jugak.
Baru-baru ni terkantoi dia buka youtube dan search perempuan seksi.. Saya sebagai perempuan terkilan sangat.. Tak gunakah saya sebagai isteri.
Saya tanya dia apa yang dia nak tak cukup lagikah saya yang halal didepan mata sampai nak tengok yang haram. Saya tak pernah menolak bersama suami tapi suami tak pernah cukup.
Saya suarakan adakah dia nak perempuan lain.. Saya sanggup carikan dan bagi kahwin lain asalkan dia buang tabiat buruk tu.
Tapi dia tak nak katanya dah cukup saya sebagai isteri tapi percakapan tak melambangkan perbuatannya.
Kami pernah bergaduh teruk sampai saya cederakan diri sendiri dan hampir membunuh diri dengan masalah ini.. Saya stress dan perkara ini memberi tekanan yang sangat besar pada saya.. Tapi kenapa suami tak pernah memahami
Saya cuma minta dia berubah demi masa depan anak. Saya risau bila anak selalu lihat kami bergaduh sehingga dia sekali menangis.
Kadang-kadang saya marahkan anak bila tengah stress.. Bodohnya saya sebagai ibu tak mampu kawal emosi padahal anak kecil ni belum tahu apa-apa
Privacy saya juga diceroboh oleh anak-anak buah suami. Mungkin setengah orang rasa itu biasa sebab budak-budak kan tapi tak bagi saya.
Saya cuma ada bilik sekakang kera untuk saya bebas berpakaian dan tudung tapi saya faham budak tak tahu apa dan sepatutnya mak ayah mereka kena ajar adab dirumah bukannya buat tak tahu. Walaupun saya kunci tapi mereka suka ketuk pintu kuat-kuat.
Anak saya mudah terjaga bila bising. Baru lena 5minit dah bangun sebab bising jadi mana privacy saya. Abang ipar pun suka buat bising bila datang, suka menyanyi kuat-kuat sampai tak fikir ada baby dalam rumah tu jugak.
Saya tak boleh dengar benda bising atau jenis cakap berulang kali(perangai mertua yang saya anti) saya jadi stress melampau sampai menangis sendiri.
Saya jugak rasa sangat tak selesa, sangat tertekan, rasa rimas bila mereka datang bertandang. Adakah saya penyakit depresion?
Saya mohon jangan dikecam saya mungkin saya jugak silap dan saya cuba perbaiki diri sendiri. Saya selalu berdoa pada Allah murahkan rezeki suami agar saya dapat hidup dirumah sendiri.. Mungkin ini bagi ketenangan pada saya.
Mohon maaf kalau ada perkataan yang silap sebab saya tak pandai mengarang. Kalau nak ikutkan banyak lagi perkara tapi saya cuma sharekan yang beri tekanan besar pada saya..
Saya mohon kalau ada nasihat yang baik atau buruk saya terima.
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit