Perpisahan Termanis

Assalamualaikum. 10 tahun yang lepas aku berkenalan dengan Ana seorang wanita yang menjadi asbab di mana aku berada pada hari ini dengan izin Allah dan restu dari ibu. Ya tempoh itu cukup lama untuk di kenang namun aku masih boleh mengingati banyak moments bersamanya walaupun Allah hanya benarkan aku untuk berkenalan dengan Ana dan keluarga nya tak berapa lama.

10 tahun yang lepas juga aku hanya lah seorang lelaki yang tak mempunyai hala tuju. Seorang kerani akaun yang bergaji RM 1200, tidak mempunyai lesen memandu jauh sekali hendak memiliki kereta atau rumah melainkan rumah pusaka arwah ayah aku. Duit saving aku pula masa tu masih dalam dilemma sama ada nak gunakan untuk majlis kahwin aku atau untuk mendfatar ibu ku pergi menunaikan haji.

Degree? Aku dah buang jauh impian untuk memilikinya selepas aku tamat STPM. Aku pernah menerima tawaran matrikulasi selepas habis Spm namun aku memilih untuk meneruskan ke form 6 kerana ayah aku sakit masa tu dan walaupun aku menerima tawaran untuk belajar ke UPM selepas STPM, sekali lagi aku terpaksa menolak kerana ayah aku meninggal sebulan sebelum result keluar.

Memandangkan aku anak bongsu dalam adik beradik aku dan hanya aku yang tinggal bersama ibu dan ayah aku, aku pun nekad untuk berkerja sahaja dan melenyapkan impian aku untuk menggapai segulung ijazah untuk menjaga ibu ku.

ANA. Dari mana aku nak mula cerita mengenai sosok wanita ini. Ana bukan lah cinta pertama ku namun kehadiran nya betul-betul mendidik aku menjadi seorang insan yang berguna dan menjadi lebih baik walau tak baik mana pun sebenarnya. Namun ianya hanya terjadi selepas perpisahan termanis itu.. Ana bekerja sebagai seorang pensyarah di University awam yang terletak nun jauh di sana, dan kami hanya berjumpa pada hujung minggu di tempat aku kerana keluarga nya tinggal di sini.

Sepanjang kami bersama tidak pernah walau sekali aku yang pergi ke tempat nya memandangkan aku tak boleh nak tinggalkan mak aku bersendirian dan kekangan kewangan aku pada ketika itu. Aku selalu memberi alasan tak cukup modal bila Ana bertanya kepada ku bila aku nak datang melawat dia.

Bagi aku duit flight, hotel dan belanja sepanjang di sana lebih baik di simpan untuk majlis persiapan kahwin walaupun Ana nak menggunakan duit dia sekalipun aku tetap menolak tetapi core reason sebenarnya aku tak sampai hati nak tinggalkan ibu aku bersendirian untuk pergi berjumpa dengan Ana dan aku tak berani nak beritahu dia kerana takut dia beranggapan aku mendahului ibu ku berbanding dia yang mungkin menyebabkan pertengkaran.

Ana pernah menaiki bas yang mengambil masa up to 8 hours kerana masa itu flight penuh just untuk berjumpa family aku di kenduri akikah anak buah aku. Dia tak bagitahu pun dia balik tiba-tiba dia dah ada kat rumah aku. Ana juga akan mengambil dan menghantar aku setiap kali kami nak keluar dating kerana macam yang aku cerita tadi jangankan kereta, lesen memandu pun tak da lagi pada masa itu tapi ada satu benda yang aku tetap jaga sepanjang aku bersama Ana.

Aku tak pernah gunakan duit ana untuk bayar duit makan, tengok wayang dan jenjalan. Semua aku guna duit aku sendiri walau Ana sering kali cuba untuk menggunakan duit dia tapi aku tolak. Banyak lagi benda baik yang Ana buat untuk aku and as return bila fikir balik aku tak pernah buat satu apa pun yang buat Ana rasa aku la jodoh nya. Not even thank you kerana aku berharap dia faham aku menghargai setiap apa yang dia lakukan.

Aku tak berapa jelas sebenarnya mengapa Ana tinggalkan aku kerana ada beberapa isu yang timbul pada masa itu. Adakah disebabkan oleh insiden sewaktu aku keluar minum dengan teman lelaki adik dia? atau mungkin kerana seorang wanita yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ku mengucap selamat hari lahir kepada ku dengan panggilan dear atau memang sebenarnya family Ana tak dapat nak terima aku especially mak dia.

Ana lebih percaya teman lelaki adik dia yang dah lama dia kenal berbanding aku dan untuk perempuan yang mengucap selamat hari lahir kepada ku dengan panggilan dear itu sebenarnya adalah Jay. Aku tak pernah jumpa Jay pun sebenarnya dan seorang kawan yang sama-sama belajar kat matrikulasi dengan Jay yang kenalkan Jay kat aku kerana kitorang berkongsi tarikh lahir yang sama. Sejak tahun 2002 sehingga sekarang kitorang mengekalkan tradisi happy birthday to us!how cool right.

Long story short, Ana tinggalkan aku macam tu je tanpa alasan yang jelas dan proses untuk move on itu mengambil masa yang sangat lama. Banyak benda lucu yang pernah aku buat untuk mengambil hati dia semula dan cuba perbaiki hubungan kitorang. Aku pernah ke fakulti tempat dia berkerja dengan harapan dia akan terserempak dengan aku dan melihat kesungguhan yang aku lakukan namun aku hanya berani berdiri di hadapan pintu bilik yang tertera nama nya dan berlalu pergi.

Aku juga pernah menghantar message untuk meminta password email aku kerana email termasuk Fb yang aku gunakan ini dia yang create untuk aku just untuk menghubungi nya kerana aku rindu. Rasa happy sangat-sangat masa dia reply message aku walau ayatnya sekadar ‘dah lupa’.

Aku juga pernah gunakan alasan menagih duit yang pernah aku beri kat dia untuk belanja barangan hantaran kahwin kitorang untuk memujuknya sekadar berharap Ana akan membalas semula message aku. Aku rindu bila dia marah-marah kat aku. Aku rindu semua tentang dia dan bila dia reply message aku rasa gembira sangat.

Kat daerah aku ni ada satu tradisi menghias kereta kahwin so suatu hari aku nampak kereta yang biasa aku naiki di hias sebegitu. Aku minta kawan aku follow kereta tu sampai ke rumah Ana dan ketika aku nampak Ana tengah bersanding hati ku yang selama ini remuk terus berkecai. Air mata jantan aku keluar betul-betul di depan kawan aku dan hanya Allah je yang tahu bertapa sakit nya perasaan ketika itu.

Akhir nya aku sedar yang Ana memang bukan di takdirkan untuk aku. Macam-macam benda yang ada kat dalam fikiran aku masa tu dan mujurlah aku masih waras dan Allah berikan aku kekuatan. Sungguh, mengadu lah kepada Allah jika kita betul-betul berada dalam kesakitan.

Aku minta kat Allah semoga rasa sayang aku kepada Ana di buang sejauh nya kerana aku tak nak berdosa mencintai wanita yang kini bergelar isteri orang. Aku mula sibukkan diri aku untuk melupakan hal Ana. Aku didik hati aku supaya ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah dan aku mula merancang kembali hidup aku. Aku cuba untuk mendaftar sebagai pelajar di OUM dan aku di terima masuk.

Alhamdulillah impian untuk memiliki segulung ijazah yang dah terkubur akhirnya tercapai dan aku satu-satu nya dalam adik beradik aku yang mempunyai ijazah dalam keluarga aku. Kos pengajian aku semua di tanggung oleh syarikat di tempat aku berkerja. Aku bersyukur Allah berikan aku rezeki berjumpa dengan bos yang baik hati. Walau berlainan agama tetapi dia melayan ku tak ubah seperti adik nya.

Dia menyuruh ku mengambil lesen memandu dan menghadiahkan sebuah kereta. Katanya berkat usaha keras ku selama ini. Since yuran pengajian ku sepenuh nya di bayar oleh syarikat aku, aku nekad untuk beri mak aku duit saving yang aku aku ada untuk menunaikan haji.

Ana pernah mengajar ku cara nak saving. Dia menyuruh ku membuka banyak akaun untuk kegunaan seperti travel, emergency dan saving. Aku mula praktis apa yang Ana pernah ajar aku dan Alhamdulillah ianya betul-betul berkesan. Aku travel banyak tempat juga di asean ni seperti Bali, Korea, Jakarta, Bangkok, Singapore dan at the same time duit yang aku saving aku tak kacau.

Fast forward 10 tahun, sekarang la tu kan. Alhamdulillah aku dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang comel. Aku juga di lantik sebagai Senior Accounts Executive di tempat yang sama aku berkerja yang membolehkan aku memiliki rumah dan kenderaan untuk aku dan isteri kesayangan ku.

Ibu ku pula in sha Allah lusa akan berangkat menunaikan haji. Bagaimana dengan Ana? She’s the reason for this confession. Semalam Ana menghantar message untuk meminta nombor akaun. Katanya nak bayar hutang lapok.

Aku sebenarnya dah lama halal kan duit yang aku beri kat dia namun pada fikiran aku mungkin dia juga menggunakan alasan yang pernah aku lakukan hanya untuk menghubungi ku just like what I did before so I just give it to her the accounts number tanpa sepatah kata.

Tak lama dia pun bagitahu dia dah transfer sum amount yang aku sendiri tak sure sebenarnya the right figure. Tiba-tiba aku jadi bingung untuk faham semua ini. Mengapa setelah sekian lama dan pelbagai cara untuk aku cuba menghubungi dia tapi di tolak, tiba-tiba dia hadir untuk membayar hutang.

Aku beranikan diri untuk bertanya khabar dan menjaga amanah yang isteri aku berikan kepada ku sebagai seorang suami. Aku yang lebih banyak bercerita mengenai kehidupan ku hari ini, tentang degree yang aku miliki, lesen dan kereta yang aku ada, rumah dan keluarga yang aku ada dan dia hanya membalas dengan ayat-ayat yang menunjukkan kematangan di dalam diri nya. Bunyi seperti aku cuba untuk memberitahu kepada dia yang kehidupan ku cukup sempurna sekarang berbanding 10 tahun yang lalu namun it’s just happened.

Sedikit pun aku tak da niat untuk riak dengan kehidupan yang aku jalani pada hari ni, malah aku sangat berterima kasih atas perpisahan termanis itu kerana perpisahan itu lah yang menjadi titik permulaan untuk sebuah pengakhiran dan amazingly aku rasa seolah-olah bebanan yang sangat berat yang aku bawa selama ini telah terlerai.

Hati ku terasa lapang seluasnya dan mungkin selama ini mulut ku hanya berkata ikhlas dan redha terhadap qada dan qadar pada ketika itu namun baru hari ini aku betul-betul dapat merasakan makna ikhlas itu sebenarnya.

Aku tak bercadang untuk menghubungi Ana lagi kerana aku tak pernah jumpa atau baca kat mana-mana lagi perhubungan antara so called EX- ni akan berakhir dengan baik lagipun lagipun aku sangat sayang kat isteri dan anak-anak aku.

It got me thinking kenapa la 10 tahun lepas kiotrang tak berpisah secara baik dan matang instead of buang aku begitu sahaja dalam keadaan yang sungguh sakit. Tapi kalau fikir balik, di mana aku berada sekarang di sebabkan kesakitan itu. So may be kalau kitorang berpisah secara baik hidup aku tak berubah.

Ana, kamu adalah sebahagian dari orang yang membentuk peribadi aku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Terima kasih untuk itu. Untuk melupakan mu adalah mustahil kerana kenangan itu pernah ada. Aku doakan semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat kita. Semoga kamu beroleh kejayaan dengan PHD yang kamu sedang lakukan. Aku yakin kamu pasti boleh. Tahniah in advance!

– ilman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *