Persaingan Sengit Selepas SPM

Assalamualaikum admin. Terima kasih kerana siarkan penulisan saya mengenai persaingan sengit untuk mendapat kerja dan menyambung pengajian selepas SPM dan cadangan untuk membantu kurangkan masalah ini.

Secara purata 440,000 pelajar mengambil SPM setahun. Kemudian, 45,000 (10%) mengambil STPM. 19,500 (4%) ke matrikulasi/asasi universiti awam (UA). 70,200 (16%) ke diploma UA, Politeknik & Kolej Komuniti (Diploma UITM 28,000. Diploma UA lain 5,000. Diploma Politeknik Premier 6,000. Diploma Politeknik konvensional & metro 31,000. Diploma kolej komuniti 200). 12,500 (2%) ke sijil kolej komuniti. 3,200 ke IPGuru. 4,000 ke ILKKesihatanM. 1,239 ke ILPertanian. 6,857 ke ILKBS (IKBN, IKTBN, AKBG, KKBN). 7,280 ke ILJTM (ILP, ADTEC, JMTI). 7,841 ke IPMara (KKTM, KPM, IKM, MJII). 23,000 (5%) ke Giatmara. 16,000 (3%) ke diploma Kolej Vokasional (tempoh pengajian 4 tahun, masuk umur 15 tahun & tamat umur 19 tahun). 33,000 ke sijil IPTS. 93,000 ke diploma IPTS. 90,00 ke ijazah IPTS. IPTS terdiri daripada 50 universiti, 25 kolej universiti, 391 kolej, 9 cawangan universiti luar negara. Kemudian, selepas matrikulasi/asasi/STPM/diploma, 44,000 (10%) ditawarkan pengajian ijazah di universiti awam (UA) pada ambilan pertama di bulan September. Tetapi, di dalam Statistik Pendidikan Tinggi, kemasukan ke ijazah UA ialah 85,000. Boleh jadi, perbezaan 41,000 ialah jumlah ambilan kedua di bulan Mac.

Cadangan:

a. Mewujudkan peluang pekerjaan/perniagaan dalam bidang makanan, pakaian, kedai runcit, penternakan, pertanian, penjagaan anak2 ketika ibu bapa keluar bekerja, pembantu rumah separuh masa ketika suami isteri keluar bekerja. Pertanian contoh 50% kelapa diimport dari luar negara untuk kegunaan di bulan Ramadhan & Syawal. Penternakan contoh 40% lembu & kambing diimport dari luar negara untuk bekalan ibadat korban.

b. Bagi produk segar seperti mee, lahirkan usahawan untuk membekalkan kepada kawasan setempat masing2 berbanding hanya beberapa usahawan yang membekalkan untuk seluruh negara/negeri. Selain mewujudkan banyak usahawan, kurang bahan awet akan digunakan kerana untuk kuantiti kecil.

c. Ibu bapa yang berkemampuan boleh beri modal untuk anak2 berniaga, beri tanah untuk diusahakan.

d. Peluang pekerjaan dalam kerajaan hanya sedikit di mana jaminan kerja hingga bersara dan dapat elaun selepas bersara. Bagi yang bekerja swasta, risiko untuk dibuang kerja agak tinggi. Walaupun gaji tinggi, minimumkan perbelanjaan bulanan dan simpan sebahagian besar gaji & bonus untuk bekalan jika dibuang kerja. Jangan beli rumah ikut jumlah maksimum yang layak dipinjam dari bank berdasarkan kiraan gaji yang tinggi untuk kurangkan komitmen hutang jika dibuang kerja.

e. Bagi yang mampu, boleh tetapkan matlamat untuk tidak bekerja makan gaji hingga bersara tetapi bersara awal dengan persediaan kewangan yang baik & kemudian berniaga selepas berhenti kerja.

f. Lebih baik majikan swasta bagi gaji sederhana yang dapat beri kerja pada jangka masa panjang berbanding bagi gaji tinggi tapi bila ekonomi gawat, terpaksa buang pekerja. Maknanye gaji tinggi tu sangat goyah & tidak mampu bertahan lama. Sewaktu ekonomi baik & untung banyak, majikan kena simpan sedikit untung untuk bekalan masa ekonomi gawat yang diketahui berlaku setiap 5 atau 10 tahun sekali berdasarkan rekod lampau. Kena seimbangkan antara maksimumkan untung dengan sediakan peluang kerja (tanggungjawab sosial).

g. Mewujudkan peluang kerja/perniagaan untuk pekerja mahir lulusan teknikal & vokasional (TVET) dari kolej komuniti, IKBN, IKM, Giatmara dsb. seperti baiki kereta, servis pendingin hawa, pendawaian, pembinaan, pembuatan, pertanian. Contoh di Australia, peralatan rumah seperti set barbekue, hud dapur, pengering baju, pemanas air, built-in oven biasanya dipasang oleh pekerja mahir yang diiktiraf & berlesen dan ini boleh wujudkan peluang kerja.

h. Majikan beri peluang kerja kepada pekerja mahir tempatan lulusan TVET dan beri gaji berpatutan. Memang gaji pekerja warga asing lebih rendah tetapi apabila dibawa pulang ke tanahair mereka, jumlah itu adalah besar. Tetapi bagi warga tempatan, gaji tersebut adalah tidak memadai untuk membiayai kehidupan di Malaysia. Memang pekerja tak perlu kongsi risiko perniagaan dengan majikan & kalau seorang pekerja berhenti, ramai menunggu untuk isi. Tapi pekerja & majikan sama2 memerlukan. Pekerja perlukan gaji. Majikan perlukan bantuan kerana tak menang tangan untuk buat sendiri.

i. Kalau tak boleh sama rata, kita cuba kurangkan jurang beza. Di dunia memang tak akan sama rata. Di syurga nanti baru semua akan sama rata. Duduk berehat di kerusi bersama pasangan sambil dihidangkan minuman oleh pelayan. Makanan & minuman tersedia. Itu yang kita impikan di dunia. Dalam Al Quran ade menyebut, Allah beri kelebihan kepada sebahagian dari manusia supaya orang yang kurang dapat ambil faedah dari orang yang lebih. Susah atau senang, dua2 adalah ujian. Diuji dengan susah untuk dilihat sabar & redha. Diuji dengan senang untuk dilihat bagaimana kesenangan itu digunakan.

Sekian, pandangan saya. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit