Persatuan Dilema Wanita (takretimasak)

Eh tak sangka perasaan aku dengan confessor yang dilema perempuan tak tau buat kerja rumah tu samaaaaa. Aku pun sama. Banggaaaaaa sangat dengan confessor yang reti masak pungpangpungpang dekat dapur (nampak tak betapa bangganya aku dengan korang)

Aku bukan taknak masuk dapur, aku pernah bakar dapur nak goreng nugget masa form2. Sebab aku panaskan minyak terlalu lama sampai berasap kuali. Bila tutup api terus terbakar dapur. Dahla dengan pakai tongkat lagi sebab accident.

Aku bukan tak reti masak langsung, kalau tanak nasi tu kira hebat kot nasi tak lembik dan aku reti anggarkan air. Goreng telur pun hebat. Buat nasi goreng pun hebat. Yang tu jelah pandai. Cuma jarang masak sebab aku dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu duduk pulak matrik hujung dunia. Balik masa matrik bagi cuti je. Masuk pulak unibesiti pun jarang balik lepastu duduk kolej. Skill goreng telur je melekat dalam otak. Nasi goreng pun aku lupa dah.

Tapi sejak membesar ni, aku tak pernah dengar lagi lelaki kagum dengan perempuan reti deco rumah, mengecat, pasang perabot baru beli, tau engine kereta mana bagus. Takde lagi. Aku selalu dengar org laki duk respect perempuan reti masak itu ini. Sedih tau. Sia2 jelah kepakaran aku tu? Aku ada perasaan nak memasak tu tapi hilang keyakinan tu lepas 5 kali buat kek batik tak jadi.

Penah lah dulu ada laki ni ngorat aku, soalan pertama dia tanya aku reti buat kerja rumah tak? Eh gila tak reti apa soalan tu hoi. Bolehla setakat sapu rumah, mop, bersihkan kipas tergantung kat siling rumah, sidai kain cantik2, lipat baju. Muka dia dah sengih macam suka. Then dia tanya aku, reti masak? Eh takkan aku nak tipu. Aku cakap aku reti masak nasi goreng je. Terus muka dia berubah. Tetiba je dia cakap kalau boleh kalau dia kawin dia nak perempuan tahu masak, sebab dia pun tahu masak semua jenis lauk. Hari2 masak kat rumah sewa. Em bolehlah dia sembang kencang, cuba dia duduk kolej. Maunya kena kejar dengan staff kolej kalau bawak periuk belanga. Bau roti bakar pun dah menyiasat macam ada penjenayah ni kan pulak bau tumis.

Sedihla. Kami persatuan dilema wanita ni bukan tak boleh masuk dapur. Boleh… Cuma bagilah peluang biar kami pandai masak. Bagi sokongan. Lagi-lagi aku nak kawin dah ni. Aku risau benor dengan bakal mak mertua. Takut lah nanti dia fikir muka je ada tapi tangan kaku. Kami pun ada kepakaran lain. Manalah tau tak pandai masak ni, kamilah yang paling setia untuk suami dan anak2. Manalah tau didikan kami terhadap anak2 superb dari tak pandai baca quran boleh jadi qari junior. Manalah tau dari anak taktahu mengira tetiba jadi Ady Putr junior. Famous anak akuu kahkah.

Okay.salam sayang dari aku.

– Ami

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

156 Comments

  1. Weh kau tahu tak, aku dulu pun tak reti masak. Lapar punya pasal, nak goreng ayam. Dlm otak aku ni kalau terperecik minyak kena muka mcm mana. Aku hold hold lagi masuk kan ayam dlm kuali. Lepastu, tak lama tu aku abg aku punya kedengki. Dia percik kan air kat kuali. Terperanjat aku. Terus aku nangis aku ckp aku lapar. Dia takut dia gi belikan ayam goreng Hahahahahahaa lepastu mak aku ajar. Nak masak ayam letak slow slow. Api kena slow. HAHAHA bila igt balik, rasa kelakar pun ada.

  2. Xpandai masak xpe, asalkan rajin. Try masak benda2 yg simple dulu, saya start dgn tomyam, campak2 je..sup2 ke, belajar benda yg boleh masak hari2. Sambal tumis ke, asam rebus ke, sayur masak air ke, singgang. Jgn la mula2 nak belajar terus nak yg hebat mcm nasi ayam, nasi tomato, beriani ke apa. Jenuh la kan. Yg simple2 je. Asal kenyang perut.

  3. Aku pun mcm tu.tak reti sangat.aku baru kawen,hari2 masak aku pakai google je.kahkahkah. tp stakat ni laki aku survive dan dia bangga dengan aku ..katanya. aku pun lagi hebat buat benda2 pasang perabot berbanding memasak.tp laki aku kata takpe tak pandai masak,yg penting air tangan dri isteri yg rajin mencuba.baru laa aku positif sket.sebelum kawen tu aku gelabah jugak..

  4. Sepanjang hakak jadi ank dara mak hakak dulu, hakak x prnh masak ok. Tp hakak tolong mak hakak prepare barang2 masak. Bawang byk mna, garam gula, minyak. Bila mak masak..hakak tgok je campak apa dlu smua. Bila kawen, laki hakak ok je if masak or x. Tp sebolehnya hakak try masak. The most worried bila blik rumah mak mertua. Dia bg kepercayaan penuh ank menantu masak. Seriau uols. Tp bnda ni juga jd motivasi utk hakak praktis masak. Mslhnya skrg bukan psl x pndi, smua pun start dgn zero. Ada org rajin je masak tp rasa so so je. Ada yg jarang masak tp sedap. Just tau basic je. Yg stir fry apa basic ingredients, yg berlemak apa basic nya. Dun worry. Lma2 nnti ko pndai la dik. Tgok YouTube masakan klau ada masa

  5. Segan nk komen tp hakikatnye kita serupa. Akak masuk asrama dr sekolah menengah smp ke uni. Problem is kawin time belajar lg haru biru sbb mmg blom smpt nk belajar masak. Alhamdulillah suami xpernah kisah pon. Akak yg jujur ku akur btau de akak tak pandai masak. Hsbd akak senyum je n ckp xpandai xpe boleh belajar. Yg lagi haru, awal2 kawin, lauk yg hitam2 tu standad makanan ruji kami seharian tp hsbd wat cool sengeh2 smbl korek ikan bakar terbakar. Alhamdulillah skrg dh 13thn kawin anak dh 4. Masak dh tak rentung, anak2 pon tak pernah lg komplen ibu xpandai masak. Hehe.
    Ps: zaman dulu xde encik google

  6. Semua org mcm tu pd mulanya. Tp lepas kahwin, adalah inisiatif nak belajar. Mula2 pegang senduk pun x betul. Alah bisa tegal biasa. Bila ada anak, anak kata masakan mama plg sedap dlm dunia. Itulah motivasi plg besar. Happy cooking

  7. Akk dulu kawen muda dik
    19 thn da kawen…
    Tak reti masak pun..
    Masak nasi pun fail..
    Pandai masak megi jer..
    Skrg anak da 5 dik
    Bole je bagi anak makan…
    Pelan2 kayuh dik..
    Lama2 nanti pandai la masak…
    Skrg kalau masak hubby kata bole bukak kedai… Haha

  8. Kalau dilihat dunia masyarakat hari ini, mereka mahu perempuan lengkap dengan 1001 pakej M (menantu,mengandung,memasak,mengajar, mengemas, melayan, menyanyi, menari, memandu, menjahit, mengecat, melukis dan bermacam jenis yg bermula dgn “ME”)
    Bila salah satu “ME” tidak lengkap, maka perempuan itu akan dihukum tanpa sempat dia mempertahankan dirinya… Sedarkah masyarakat bahawa kita sebenarnya meletakkan perempuan di jurang yg pling bwh dlm hierarki masyarkat, walaupun martabat perempuan telah diangkat dlm sektor awam & swasta .Malahan dlm agama juga telah mengangkat martabat perempuan tetapi di mata masyarakat, apabila tidak lengkap pakej 1001 “MEN” ini dia dianggap tiada nilai dan hina. Tiada dosa bila tidak tahu memasak sebenarnya… ia boleh dipelajari bila2 masa bagi perempuan yg bekerjaya. Bagi yg belum bekerjaya pula, mgkin dia punya kemahiran lain dan memasak akan dipelajari kemudian. Namun, Bila diajukan satu sahaja soalan pd lelaki “Mampukah awk bimbing saya ke syurga?” Lelaki akan menjatuhkan hukum bhwa perempuan terlalu memilih, mahu yg sempurna dan pelbagai jenis kenyataan yg memperlihatkan perempuan itu tiada pendidikan lansung (wlupun dia punya pendidikan).
    Ini menyebabkan perempuan lebih berusaha keras berdikari sendiri tanpa mengharap apa2 dari lelaki dan masyarakat kerana mereka telah penat dgn keadaan yg sama saban hari, saban minggu malahan saban tahun.
    Kini, perempuan tidak mahu lagi mendengar cakap2 dari masyarkat dan lelaki kerana mereka sebenarnya tidak prnah mengerti dan memahami perasaan perempuan. Bagi perempuan biarlah mereka bahagia dgn cara mereka sendiri asalkan mereka tidak menjatuhkan maruah diri dan maruah keluarga kerana itu lebih UTAMA….

  9. Akak dulu dri umur 13 sampai 24 tahun duk asrama dik..mula2 xpndai masak pun tapi waktu cuti akak belajar masak,try resepi tu,try resepi ni..sekarang pun masih belajar.
    masak xexpert pun,tapi edible laa.. but alhamdulillah,sumber rujukan mestilah puan ibu,encik google,youtube and channel afc.Haha
    Nak ngan xnak je masak ni.. good luck blaja masak..

    Akak jeles ngn orang pandai menjahit skarang ni.

  10. salo yg xpandai masak nie,dia pandai order je..jalan dlm umah pon xsmpai dapur basah,dapur kering je..duduk dekat meja makan no 1 lar..pengalaman nie pengalaman..tol x?

  11. Belajarlah. Sampai bila nak guna alasan tak reti. Hari-hari nak makan kedai ke apa? Nak belajar masak pun kena orang bagi semangat ke

  12. Saya ada sorang kawan …ustaz….dia beritahu isterinya jarang memasak…sbb isteri seorang bekerjaya dan sgt2 sibuk….dlm setahun isterinya hanya akan masak dlm bulan ramadhan…waktu bersahur…ustaz ni tak kisah…katanya dia pilih isteri yg pandai dan suka mengemas…bab mkn tiada masalah….mana2 boleh cari…tp kalu rumah bersepah, tak ceria, macam mana…dh la depa sering dikunjungi tetamu sbb kerjaya depa ni….1 lagi ustaz ni kata dia faham….sekali perempuan tu masak…dia takkan sempat nk decorate rumah…nk hias2 bagai….itu pandangan dia…just tgk yg positif…jdlah positif kan….

  13. sy rasa normal je x berapa pandai masak sebelum kahwin. lepas kahwin belajar la masak. yang penting ada semangat rajin masak. ditambah sokongan dan dorongan suami insyaAllah

  14. Hahaha….bgus jugak lelaki tu reject awak…….sbb lelaki yg sibuk nak isteri yg reti buat krja rmah and reti memasak sebenarnya sbb dia sndiri tak reti masak n malas kemas rmah, smua nk isteri buatkan, buat isteri tu mcm maid, tu psal dia reject org yg x reti masak or x reti buat krja rmah….carilah lelaki yg rajin n buat krja rmah sama2 hahaha

  15. Akak dulu pernah masak nasi dalam rice cooker rice cooker tu terbakar (dari luar). Bila buka aluminium foil bergolek terbuka semua sampai berpuluh jela nak roll up balik. Nak bajet baker konon, bake muffin biasa je pun keras mcm nak buat bola tenis and this happens a million times. It’s normal kalau tak berbakat nak masak. Sekarang dah kahwin, memula laki akak memang terpaksa telan je makan mee kembang, ikan hangus, sakit perut ayam mentah (dia jenis jaga hati sgt tak complain, telan je sape suruh kan) dsb… Tapi now dah ok dah. Dah siap berniaga laki akak bawak jual kat ofis dia. Rileks, practice makes perfect, don’t give up!

  16. Kannnn.. cm teruk sgt je pndg kalo x reti masak tu. Bnde bole belajar ape.. huhu.. tp klo stil x sedap tu laki engko kena redho jekla yekk… haha

  17. Walaupun dan jadi.istri memasak bukan satu kewajipan siistri ,cuma budaya kita saja . Betul tak. Kalau tak masak belilah istri kita bukan babu nak ke dapor kemas rumah ,kalau dia rajin buat biarkanlah jangan dipakaa sampai bergadoh sakan lepas berumahtanggaa. Pendapat peribadi ku

  18. Jgn risau….youtube ada…google ada…buku resepi ada….cooking is a learning skill….klo kita jrg buat, mmg skill tu akn hilang…jgn takut masak xjadi…try & try lagi….jgn takut bljr n kene kritik….

  19. Ak setuju sgt dgn cite kali ni…
    Betul gak….xpandai masak skrg…tp yg lain superp kot…
    Dr umur 12 tahun dah duk asrama sampai lah graduated U….tp jgn pandang sebelah mata….kurg reti masak pn pakar bli brg dapur…
    #setiapkekuranganadakelebihan

  20. hendak seribu daya, xhendak seribu dalih. aku duduk asrama dari form1 sampai spm, lepas tu masuk plkn, then masuk matrik, last masuk u….non of those places allow me to cook…but yet aku still tahu masak…accident dapur tu biasala, melecur, api sambar muka, memang normal…every master was a once beginner,,,kalau ade yg x konfiden kau masak, ajak je masuk dapur sekali, supervise…this is about attitude…kalau tahu x jadi, tgk balik apa yang silap, bertanya dgn org yg pandai…plus, jgn sukat ekot feeling, tu semua dusta

    • btoi kak..statement ni sy sokong sgt…kdg nmpk mengada pula alasan tu..sy pula dulu pun mmg xtau msk jgk..tp atas org jgk “HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH “..

  21. xreti masak dgn xpandai masak dua perkara berbeza… jd klu mn2 laki tny ckp ja xpandai bkn nk bohong tp sbb ada yg lg pandai.. dr judgement laki tu jg blh tau dia pny sikap mcm mn…

  22. Soh a laki tu msk kalo die reti sngt masak sme lauk…demand lebih…nyampah gak ak gan laki gini…
    Ak paham sngt…orng ckp msk tu senang…mcm a b c la katekn…tpi masak ni of kos kne ade skill..n minat gak…nmpk sng..tpi x mudah mcm sme orng nmpk…tu pndgn aku la…tpi x pe..5 kali fail tu biase…teruskn mencube k…jgn putus ase tau…ko mulekn dgn bnde simple dulu..n try up satu2…sbb kek batik pun bkn senang..walaupn nmpk senang..haha..

  23. Ala….
    Ble da kawin msti syg laki kn.
    So msti usaha nk masak. Xkn nk bg laki mkn nasi bungkus tiap masa.
    Jd lama2 pndai la tu.
    Dont wory be hapy k

  24. Tak pandai masak tu takpe. Yg penting nak belajar n ringan tulang menolong. Ini kalau jengah muka kat dapur pun tak, alasan sebab tak tau nak tolong ape sebab tak pandai masak, memang nak kena pangg la. Bukan semua orang lahir je pandai masak. Aku pun dulu tak reti masak. Belajar masak lepas Spm, tapi memang teruk laaa. Nasib la arwah papa telan je ape aku masak. Hahaha. Rasa dan 2nd year tu la baru betul2 boleh masak tu pun still terkial2. N pasal lelaki memilih tu, tak semua la. Dulu masa kawan dengan suami, dia selalu je tanya pandai masak tak. Aku jawab tak, goreng ikan pun hancur. Wpun sebenarnya masa tu boleh la jugak masak sikit2. Tapi jawapan dia masa tu cool je. Nanti lepas kahwin belajar la masak. Tu je. Dah kahwin baru lah dia tau aku pandai masak. Masak ni dik, perlukan latihan. Bukan sekali je dah jadi. Nak dapat yg jadi tu, berapa kali tah yg tak jadi tu tak tertelan n masuk tong sampah. Hahahaha.

  25. Ins sya Allah..org ppn lps kwen skill memasak automatik jadi ada…x caya?? Sy sndiri..mula2 kwen siang udang x reti..diam2 call mak kt kampung tnya cm ne siang udang? (Masa tu dkt rmh mak mertua)… sekarang?? Tnye je nak masak ape?? (Hehehe..xde lah terer semua..tapi better lah dr ms mula2 kwen dulu)…

  26. Aku pun dulu x reti masak, tp sbb aku ni makan memilih so aku pun tgk la mak aku masak nasi n bihun goreng cmner. Pastu aku olah2 ikut taste aku.

    Pastu aku blaja luar, kene la upgrade skill masak ke lauk2 pulak. Tgk la resepi, youtube, tnya mak cmner nk masak cm kari, masak merah, tom yam n sup. Kene la masak sbb ade hari aku kene masak. Xkan hari2 nk makan roti je kan, dh lidah melayu kan.

    Wlpun aku bole masak sikit2, ade je org komplen aku potong bawang. Aku potong suka halus2 ikut taste aku la. Tu trpulang pd masing2 la.

    Pada aku, masak ni tak perlu pandai pon. Yg penting rajin je kt dapur. Mase mula2 biasa la x jadi. Dh lama2 pndai la. Mcm org hapal quran, bace sekali x ingt pon. Sepuluh dua puluh kali bace baru la melekat. Cmtu la masak, practice make perfect. Kalau dh jenis spesis malas kt dapur, tu xleh nk tolong la. Smpai bebila x reti masak. Paling penting rajin n usaha.

  27. Kalau ikotkan sy ni pon xd la pandai masak sgt.. tp alhamdulillah lps kahwin, bole da masak lauk2 yg husband suka makan..bertambah rajin bila husband selalu puji mskn sedap, walaupun pada hakikatnya termasin laa, tawar la, cili x masak la hahaha.. actually husband pon kene main peranan, rajin2 puji masakan isteri..kalau xsedap pon ckp je sedap..pastu bg isteri tu rasa..hahaha

  28. haha..relex la..aku hari ke3 lps majlis kawen belah lelaki..mak mertua masak,aku dok kacau2 je..dia tnya direct,pndai masak ke?laju aku jawab “tak,pandai pegang pensel n pen je” dia soh goreng kacang buncis,skali dh masak baru perasan ade sebatang lg termiss tak potong..aku hangkat aku masuk dlm pinggan laki aku..dia ckp pesal xpotong?aku ckp diam diam makan je..relex laa..laki aku ckp xpndai masak tak pe jnji jgn malas masak..masak la cmne pon..sedap sedap dia mkn..tp xkan dh bertahun skill thn tu kan..haaa..raya thn ni akk baru test kc mkn nasi ayam utk 13org mkn..1st time tau..fuh wlpn sikit tawar hb mkn bertambah tau..jgn takut..kite pon nk mkn sedap gak..cuba tu penting..fyi hari2 mkn nasi bungkus je tau..julung2 kali masak..tp dlm seminggu kne masak utk hb k..

  29. Dik..mak mertua akk dulu mase akk baru2 kawen ckp…x pandai masak xpe..janji rajin dan nk blaja masak. Kalu malas tu yg jadi masalah rumahtangga dik..satu lagi ko doa2 la mak mertua ko tu sporting dik..kalau die tgk ko mcm kekok ke ape ke ko doa la die tolong n ajar skali…pastu ko ckp jek awal2 ni ha..sy ni mmg x pandai masak mak..sbb dulu sibuk blaja n duk asrama mane smpat nk blaja masak ni sume..nnti kite masak same2 sy nak blaja masak mcm mak masak yang sedap2 tu sume..mesti abg (anak die) suke..konpem bangga gile mak mertua adik tu nnti dan2 die ajar ko masak dik..masak ni kena rajin try n error..x jadi tu belakang citer yg pnting ko try jek dulu..lame2 nnti ko terer la..lagipun nnti da ade anak2 mesti la nk mkn masakan kite kan..ko praktis jek dari skang tau..google pun ade ha bukan susah pun nk cari resepi..ko start praktis masak bergoreng2 tumis jek dulu..sayur tumis..ikan goreng..lame2 baru blaja gulai2 tu sume..dongibap tau dik!

  30. Jgn byk alasan je.. akak pn awl2 kawen xmasak terus k.. tong gas pn 2 tahun br abis tu pn buat goreng2 kopok ke.. telur ke.. smpi 1 ms tu ms akak pantang ank ke 2.. akak balik umah, abg akak hadiahkn buku resepi.. 365 hari resepi.. 1 hari 1 resepi.. lpstu abg kate, klu hari2 mkn kedai baik abg kawen dgn org kedai.. ha korg rase? Bderau.. akak seorg ibu.. isteri yg bkeje dibandar metropolitan.. kuo seawal pagi.. balik petang.. tp alhamdulillah.. hari2 masak n skg da terror masak.. inshaAllah.. usaa tangga kejayaan.. jgn suke bg alasan.. tu je..

  31. Emm sama .bila laki tanya reti masak tak ? Eh aku reti la .masak kari ,tomyam ,sup , lontong , asalm laksa ha yang terbaru samyang .tapi semua megi la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *