Perspektif Pada Harga Diri Wanita

Perspektif Pada Harga Diri Wanita

Assalamualaikum, salam sejahtera. Okay, straight to the point tujuan aku buat confession ni adalah reply kepada tajuk confession before ni bertajuk Mahalkan Diri Sebagai Perempuan. Maaflah, prespektif setiap orang berbeza dan pada pandangan aku confession dan cara dia seperti mengatakan perempuan yang confess/ luahkan isi hatinya pada lelaki seperti “murah” (Refer tajuk dia). So aku kurang bersetuju. Mungkin sebab aku pernah pon pernah confess jugak kot. HAHAHA (Menyesal jugak). First of all, aku cerita sikit lah pasal aku. Seorang perempuan, 28 tahun. Fizikal biasa-biasa jer. Nak kata lawa pon tak, nak kata hodoh pon tak. Tak baik, tak jahat. Nakal jer, suka menyakat orang. Perangai gile-gile sikit, but sometimes serious and kuat bebel macam mak nenek. Hahaha

Macam ni cerita dia. Masa zaman universiti dulu aku pernah menyampah seorang mamat ni sebab pertama kali dia approach aku masa kat universiti dulu annoying gila. So sepanjang sem 1 ada jer benda yang buat aku rasa nak mengumpat dia (tapi takde la sampai jaja cerita buruk. Cuma mengata dia kaki ponteng class jela). Haha. Tapi aku pon tak tahu kenapa masa cuti sem nak masuk sem 2, tetibe dok teringat lah kat mamat ni. Macam orang angau. Allahuakbar.. So start dari cuti sem tu aku mula buat solat sunat istikarah, solat sunat hajat, solat taubat. Aku betul-betul mintak petunjuk Allah apa maksud sebenar perasaan aku ni. Masuk sem 2, ditakdirkan aku 1 group lab dengan dia. Aku control macho lagi macam takde apa prasaan aku kat dia. Takde nak caring. Lagak aku seperti biasa dengan gelak besar takde nak control ayu or berbaik-baik ke hape. Just focus dengan kerja and study kami. Sepanjang dari sem 2 sampailah sem 4 aku tak berhenti buat solat istikarah & hajat mintak petunjuk mintak Allah buang prasaan aku ni sebab bagi aku tak best lah jatuh hati kat kawan sendiri. Susah nanti. Tapi prasaan tu keep remain in my heart. Makin lama makin kuat. Kadang tu sampai menangis aku dibuatnya sebab nak kena berlakon aku okay nak sorok apa yang aku pendam nak paksa untuk buang prasaan sendiri. Sampailah sampai satu tahap aku tak mampu tahan prasaan ni, aku share dengan mak aku. Aku memang rapat dengan mak aku. Selalu share cerita dengan mak tapi selama aku hidup ini kali pertama aku suarakan soal hati pada mak. Aku bagitahu mak semuanya. Dari A-Z siap aku tunjuk lagi muka lelaki tuu. Mak berkenan lelaki tu. Aku bagitau mak, antara sebab kenapa aku boleh jatuh hati dengan lelaki tu sebab dia jaga solat dia. Itu jer reason dia. Haha. Tak masuk akal betul. Dan korang tahu ape response mak aku? Mak aku suruh aku confess dekat lelaki tu. Mak cakap “Takpe, terus terang saje dekat lelaki tu. Bagitahu semua. Tapi kalau lelaki tu tolak, jangan terhegeh lagi. Stop untuk suka dia. Kita perempuan ada maruah & harga diri”. Dan disebabkan pandangan mak, almost 2 tahun aku simpan perasaan, aku pon confess lah perasaan aku dekat lelaki tu thru whatsapp. Aku ingat lagi masa tu bulan Ramadhan, lepas subuh 3 hari lagi nak raya. Hari yang sama jugak lelaki tu reply, dan tolak aku secara baik. Alhamdulillah aku okay jer kena tolak cara baik macam tu. Tak sedih tak marah. Dia dan aku kena balik universiti awal sebab nak handle junior baru masuk. So, setakat tu kami professional jer. Takde apa yang berlaku. Segala aktiviti sama-sama semua okay jer. Alhamdulillah. Tapi semuanya jadi lain bile masuk semester baru. Hubungan aku dengan dia jadi sangat awkward walaupon diberi tugasan dalam satu group dari awal hingga akhir semester. Dingin. Lepas tu seorang demi seorang kawan kami (lelaki) which is kawan-kawan dia tahu kisah aku confess dekat dia. Aku dibahan oleh diorang. Mulut diorang sangat longkang. Subhanallah, malu. Malu sangat tapi aku gelak-gelak jer depan diorang macam takde apa yang berlaku konon-konon acah hati kental.. Balik hostel aku menangis, mengadu dekat kawan rapat aku. Demi Allah aku tak benci pon dia reject aku. Dia ade hak untuk reject orang, dia ade hak untuk pilih partner hidup dia ikot taste dia tapi kenapa perlu hebohkan pada kawan-kawan lain buat macam aku seolah-olah takde perasaan seolah-olah perempuan takde maruah. Since dari kejadian tu, aku jadi paranoid. Sangat paranoid. Behaviour aku pon bertukar. Aku bukan aku yang dulu. Well said, kite akan berubah bila kite terlalu banyak terluka. Setahun jugak la aku nak recover rasa malu aku tu. Masuk 4th year baru aku cool down sikit dan aku tahu dia suka one of my geng. Mula-mula pedih gak laa. Kenapa dalam ramai-ramai orang, kawan dalam geng aku jugak yang engko berkenan tapi aku belajar redha, okay jer siap doakan lagi kebahagiaan diorang. Sebab bukan jenis aku nak pedengki hidup orang.. Aku tak marah tak sedih dia reject aku tapi aku memang takkan lupakan apa yang berlaku bile dia bagitahu kawan-kawan dia dan aku kena ejek. Ejekan paling aku tak boleh terima dan sampai ke hari ni terngiang-ngiang lagi dekat telinga aku “Perempuan desperate” & “Kau tu perempuan tak laku, takde siapa nak”. Even, tengah taip confession ni pon mata aku bergenang kenangkan hal ni. Sakit sangat. Aku memang tak boleh lupakan perkara ni sampai bila-bila.

Sekarang aku dah kerja dan lalui rutin harian yang mencabar dengan ekonomi sekarang. Happy busy jalani aktiviti bersama family dan kawan-kawan. Perkara yang berlaku ni memang terkesan dalam hidup aku sehingga ke hari ini. Now aku hampir memasuki 30-an masih bujang single. Mak aku pon dah mula risaukan aku tanya bila nak kahwin tapi entah la, aku takde jawapan untuk tu. Pernah mencuba terima & berkawan dengan lelaki yang hadir dalam hidupaku tapi aku tak boleh nak go on.. Ada lelaki yang datang dalam hidup aku pon aku tolak sebab kadang aku rasa aku tak layak untuk sesiapa. So conclusion dan point yang cuba aku sampaikan kat sini:-

1) Tak salah pon perempuan nak confess. Perempuan tu tak murah pon selagi dia tahu jaga maruah, batas dan harga diri dia. Jangan pandang macam kami buat salah besar, seolah-olah kami buat dosa.
2) Betul boleh ikot cara seperti Siti Khadijah R.A yang melamar Rasullah S.A.W menggunakan orang tengah tapi zaman sekarang ni ramai yang sukar dipercayai. Takut apa yang cuba disampaikan salah penyampaiannya kepada lelaki tersebut. (Mungkin kena cari orang yang betul-betul boleh dipercayai)
3) Kepada lelaki, bile awak sudah reject seorang perempuan tolong lah jaga maruah perempuan tersebut. Awak tak hebat pon bila ada orang confess pada awak. Kebetulan awak insan terpilih. So, please.. awak ada ibu, adik beradik perempuan or maybe suatu hari nanti punyai anak perempuan. One day, maybe boleh jadi pada keluarga awak. Please respect.
4) Ejek-mengejek actually mental abuse that sometimes will be affected to victim. So please, hentikan lah. Nampak macam kelakar tapi tak pon sebenarnya. The worst situation, kalau seseorang boleh jadi kemurungan disebabkan ejekan. Kemurungan/ depression bukan sesuatu perkara yang boleh diambil ringan. Alhamdulillah, Allah selamatkan aku dari perkara ni.
5) Memaafkan kesalahan sesama manusia mungkin senang, tapi untuk melupakan tak pasti bila. Luka mungkin boleh berhenti berdarah tapi parut tu nak hilang mengambil masa yang lama. Chewah! Jiwang pulak tetibe. Hahaha. Okay chow dulu.

Sekian. Coretan aku. Moga Allah beri kekuatan pada kite semua untuk lalui ujian masing-masing. Assalamualaikum

– naz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments