Perubahan Fasa Kehidupan

Assalamualaikum semua. Ada sorang kakak pernah bagitahu aku “nanti dah kahwin pandailah kau urus diri & keluarga”. Masa tu aku bujang, baru kerja dalam setahun, kalau tak silap umur aku masa tu 25 tahun. Mula-mula kakak tu Tanya pasal pasangan & lepas tu meleret ke perkahwinan.

Aku masa tu single & tak fikir pun soal kahwin. Jawapan aku masa tu “diri sendiri pun saya tak terjaga kak, macam mana saya nak kahwin. Kena urus rumahtangga, suami. Tambahan kalau ada anak. Tak dapat bayangkan” sambil aku gelak-gelak. Sekarang aku kerap teringat kata-kata kakak tu. Yes, it works on me. Orang lain aku tak pasti lah.

Kehidupan aku masa bujang & single memang membosankan. Aku penuhkan waktu aku dengan kerja & blogging. Aku kerja dari Isnin- Jumaat, 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Lepas tu aku sambung buat partime kat kedai makan sampai pukul 10 malam. Balik rumah untuk bersihkan diri & tidur je. Masa tu aku tinggal dengan mak aku (ibu tunggal). Kesian mak aku. Tengok muka aku beberapa jam je dalam sehari. Sabtu & ahad pun aku kerja partime kat kedai makan tu jugak.

So basically life aku memang untuk kerja je cari duit. Bangun pagi ngam-ngam untuk solat, bersihkan diri, makan (sarapan pun mak yang masakkan) & pergi kerja. Tu pun aku rasa terkejar-kejar sangat. Kadang-kadang tak sempat pun nak bersarapan dengan mak aku, aku tapau sarapan yang mak aku masak tu makan dekat office sebab aku dah terlambat. Aku punch card kat office pun ngam-ngam je waktu kerja pukul 9am. Kadang-kadang awal sikit 8.58am. Kadang-kadang lewat sikit 9.04am hahaha.

Aku berkenalan dengan suami aku sekarang pun dari tempat kerja. Masa tu aku dah tukar kerja ke sebuah kilang. Lepas 3 tahun kerja kat kilang tu, aku berkahwin dengan suami aku. Aku kahwin agak lewat, masa umur aku 28 tahun. Selepas berkahwin, kehidupan aku ada sikit perubahan berbanding masa bujang. Aku sempat masak sarapan pagi untuk kami suami isteri, tapi selalunya tak sempat nak sarapan bersama, masing-masing tapau je sebab dah lambat nak pergi kerja. Makan kat office. Masa aku punch card masuk kerja pun masih sama, hujung-hujung waktu je. Sampai aku pernah terima email dari bos aku, minta aku masuk sekurang-kurangnya awal 10 minit sebab aku akan ambil masa untuk setup laptop, buat air & makan sebelum mula kerja.

Lepas 5 bulan perkahwinan, aku disahkan hamil. Alhamdulillah, berita yang memang aku tunggu-tunggu. Tapi fasa mengandung ni adalah fasa cabaran bukan kat aku sorang je, tapi suami aku jugak. Masa kandungan masuk 2 bulan, aku mula alami alahan. Aku langsung tak mampu nak buat kerja apa-apa. Aku pergi office pun dalam keadaan terpaksa & kadang-kadang aku menangis-nangis sambil mandi pagi sebab taknak pergi kerja, taknak mandi, taknak makan, cuma nak baring & tidur. Aku dah mula tak masak, mula berperangai pelik, suka menangis, taknak bercakap. Apa makanan yang suami aku beli semua aku tolak, tapi aku mengadu lapar.

Pernah aku cuti selama 2 minggu sebab alahan & sepanjang 2 minggu tu cuma beberapa kali je aku mandi. Suami aku tak mampu buat apa-apa. Tetap kena peluk & cium aku jugak, kalau tak aku merajuk menangis-nangis. Tak tahu lah macam mana dia bertahan dengan aku berbulan-bulan. Masuk usia kandungan 6 bulan baru aku beransur normal. Tapi kekucar-kaciran aku setiap pagi masih sama. Waktu ni aku dah tak masak sarapan pagi. Setiap hari kami pergi kerja dengan perut kosong. Kalau sempat kami singgahlah beli nasi lemak atau kuih-kuih kat tepi jalan tu. But seriously, setiap pagi rasa kucar-kacir & rushing sangat.

Aku cuti bersalin selama 3 bulan. Masa dalam pantang, aku selalu fikir macam manalah kehidupan aku nanti bila dah masuk kerja.

1. Aku mesti rindu anak aku.

2. Aku mesti bertambah huru-hara.

Mana nak siapkan anak aku, nak siapkan sarapan, nak prepare bekalan susu badan perahan (ebm) untuk anak aku kat rumah pengasuh. Bila anak aku dah boleh makan, aku kena prepare makanan bekal dia jugak. Hari-hari aku fikir pasal ni sampai aku jadi risau sangat.

23 Feb ni anak aku genap setahun. Alhamdulillah, apa yang aku risaukan tu sangat dipermudahkan oleh Allah swt. Sekarang ni, bukan je aku mampu sediakan sarapan pagi untuk aku & suami. Tapi kami sempat sarapan bersama-sama kat rumah sebelum pergi kerja. Lebih advance, dapur pun akan siap berkemas & takkan ada pinggan & kuali kotor dalam sinki. Bekalan EBM anak aku sempat prepare comel-comel dalam feeding bottle (6 feeding bottle setiap hari). Masa anak aku masuk umur 6 bulan, aku mula sediakan makanan solid untuk bekalan dia ke rumah pengasuh.

Aku memang berniat dari awal nak jaga pemakanan anak aku. Biarlah makanan dia dari air tangan aku sendiri, susu dia dari susu badan aku. Bekalan makanan anak aku pulak bukan biasa-biasa. Lengkap dengan sarapan pagi, lauk lunch & dinner. Masuk umur 8 bulan aku dah mula dengan makanan yang pelbagai. Cucur jagung, lepat pisang, roti telur, mee sup, ayam masak kurma, tomyam, siakap steam halia, sup tofu telur. Eh pendek kata memang beriya lah aku prepare semua tu. Dan tak disangka-sangka, aku mampu buat semua tu dengan lebih teratur sekarang. Oh, aku selalu masuk kerja awal 15 minit. Pernah aku sampai awal 30 minit sampai kena tegur “awalnyeeeeee harini”.

Ibu menyusu yang bekerja akan faham macam mana banyaknya peralatan mengepam & botol-botol susu yang perlu dibasuh, steril & disediakan setiap hari untuk bekalan anak ke pengasuh & persiapan ibu untuk pam semasa kerja. Tapi aku manage to handle all this dengan izin Allah.

Bila aku fikir balik kehidupan aku dulu, aku naik pelik kenapa masa aku takde komitmen dulu aku tak mampu urus hidup aku dengan lebih teratur? Kalaulah aku boleh setenang ini dari dulu alangkah bagusnya.

– Aminah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *