Pesanan Trauma

Assalamulaikum dan salam sejahtera. kepada pembaca-pembaca IIUM confession.
Aku kenalkan diri sebagai J. terima kasih admin sebab post confession ni .

Aku terbukak hati tulis confession bila terbaca confession “Trauma” . Memang tidak dinafikan bahawa sesiapa yang mengalami sexual abuse dan seumpamanya meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri seseorang. aku banyak baca dari IIUM confession ni. Sebenarnya orang yang mengalami masalah mental ni mereka keliru dan tidak tahu macam mana nak luahkan apa yang mereka rasa. Golongan ni kebanyakkannya hilang kepercayaan terhadap orang sekeliling kerana bagi mereka apabila diceritakan kepada orang yang rapat ataupun yang dipercayai mereka berharap untuk mendengar reaksi yang positif daripada si pendengar. Tapi, jika si pendengar itu sendiri not open minded dan terus menyalahkan golongan ini mereka akan lebih kepada memencilkan diri. Keadaan ini sebenarnya akan mendatangkan satu keburukan dalam diri orang yang trauma kerana mereka akan terus memendam apa yang mereka rasa dan akibatnya ada suatu ketika mereka sukar mengawal perasaan mereka. Hilang pertimbangan atau di luar kawalan minda sedar.

Tekanan
Orang yang mengalami tekanan ni memang bercampur emosi dia. Jadi, apa yang korang perlu buat adalah
1) Tarik nafas dalam-dalam.
2) Tenangkan diri. Renggangkan segala otot-otot badan. Relax. Kalau boleh pergi pusat rawatan tradisional. urut ke spa ke, etc
3) Sekiranya trauma atau tekanan melibatkan insan-insan yang tak bertangungjawab cuba cari saluran yang betul untuk meluahakan contohnya *family or therapist . cari orang yang anda betul – betul boleh bantu korang.

4) banyakkan ingat kepada kenangan manis ataupun suatu yang mengembirakan hati korang. Zikir pun digalakkan.
5) Apabila berhadapan dengan situasi yang sama, ataupun hampir sama, cuba elakkan ataupun jangan terlibat secara langsung sebab bagi aku keadaan tu akan menyebabkan imbasan kembali memori korang

6) aktifkan diri dengan aktiviti yang berfaedah.

Siapa yang patut mendengar suara golongan ini?
Ya, bagi aku semua orang patut mendengar luahan daripada golongan ini kerana apabila seseorang menghadapi trauma mereka akan mencari satu jalan untuk keluar dari kemelut trauma yang dialami. Tidak dinafikan keluarga dan rakan memainkan peranan penting namun di dalam masyarakat kita pada hari ini apabila stress ataupun depresi mereka sering mengaitkan kurang iman. Aku tak nafikan ilmu agama ni memainkan peranan penting dalam merawat trauma tapi jangan terlalu menekankan kurangnya iman sebab semua orang ada emosi dan perasaan. Untuk orang-orang yang ada masalah seperti ni boleh reffer terus kepada doktor psiko atau kaunseling. Jangan biarkan terus melarat. Sakit dalaman lebih derita daripada luaran tau.

Akhir kata, aku mohon maaf lah kalau confession ni tak berapa nak cantik sangat penulisannya. Tapi aku harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan.

Pesanan : Kepada wanita di luar sana tolong lah jaga maruah dan diri anda sekalian. Di zaman serba canggih ni macam-macam boleh jadi. Aku pun jadi binggung dengan keadaan anak muda zaman sekarang. lebih dahsyat. Bukan
apa sebab ada yang aku baca ada yang tanpa segan silu menyatakan pernah melakukan hubungan luar nikah. Bukan apa. antara maruah dengan duit bagi aku maruah. Aku tak tahu lah korang. Tapi jangan kecam tau sebab tu sekadar pandangan aku je. Lupa pulak, bukan setakat wanita sahaja. Lelaki pun sama. korang jaga diri korang jugak. sekarang penjenayah dah tak kira jantina.

– J

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit