Pet Sales Scammer

Apa khabar dan assalammualaikum. Saya Minie, berumur 23 tahun, masih belajar dengan bekerja sambilan dengan melukis. Long story short, saya sejenis manusia yang mmg suka tengok rakan2 saya gembira lagi2 keluarga saya.

Saya tak mahu panjangkan cerita. Disini saya nk berkongsi cerita berkenaan Pet Scammer.

Istilah Seller/Buyer Scammer dah jadi satu norma tapi saya sendiri pun tak pernah dengar isu pasal Pet Scammer. So, macam mana saya boleh terjumpa Pet Scammer ni?

Cerita dia bermula dari panggilan telefon ibu saya. Entah angin takde, ribut tetiba tiup, dia nak bela anak kucing sekor. Saya pun mmg lah pelik. Dulu dia kata dia tak nak bela kucing lagi. Adik saya pula mmg sedia ada alah sikit dengan kucing bulu panjang, tapi dia sayang kucing juga. Jadi, saya tanya dekat kawan2 saya dlm Facebook ni. Alang2 tunggu diorg punya reply, saya carilah kucing dekat Facebook sekali. Tup2, saya jumpa penjual nak jual kucing baka comel dalam harga RM300.

Nak jadikan cerita, saya nak beli kucing tu dengan duit saya sendiri then hadiahkan dekat ibu saya. So, saya contact seller tu, dpt gambar kucing dia, tunjuk dkt keluarga saya. Diorg mmg happy sangat masa tu. Diorg happy, saya lagi lah teruja nak adopt kucing dia. Owner ni, saya tak syak dia sebenarnya scammer. Meh, saya cerita sikit soal owner kucing ni.

Owner ni ‘kononnya’ berasal dekat Selangor. Wanita bekerja dengan suami yang sakit. Jadi dia terpaksa jual anak kucing kesayangan dia untuk duit perubatan suami dia. Saya pun rasa kesian dan email dia. Dalam email tersebut, dia kenalkan diri dia sebagai Barbara. Saya pikir dia india lah. Ibu tunggal berumur 42 tahun dengan 3 anak dan ada seorang cucu. Okay. Suami dia baru meninggal kot. Kesian. Barbara baru berpindah ke Bangkok atas sebab kerja. Then baru 5 hari lepas, anak bongsu dia meninggal atas sebab penyakit paru-paru. Kesiaaaaan. Lagi kuat reason dia nak let go kucing2 tu.

Saya yang bodoh ni dan terlebih excited ni, setujulah nak ambik anak kucing dia guna pet courier service. Dekat part saya kena transfer duit, dia suruh saya guna Western Union sebab dia lagi prefer saya salur duit ke group charity dia dekat Africa. Saya pun buat account Western Union. Ingatkan boleh bank-in transfer terus rupanya tak. Kena jumpa agent bank yang ada Western Union service. Okay. Esoklah, saya transfer.

Terdetik hati saya kata benda ni scam. Jadi saya buatlah research pasal pet sales scam. Rupanya mmg betul. Pet sales scam mmg tengah berleluasa dekat UK/US dan bergerak perlahan secara global. Lokasi duit kena transfer? Tempat yang sama seperti Si Barbara minta iaitu Cameroon, Africa. Zipcode pun sama juga.

Saya yang hati dah berkecai bila tahu pasal scammer ni, mmg angin satu badan saya. Si Barbara ni mula buat cerita sedih pasal orang Cameroon sekarang tengah ada krisis. Budak2 xde sekolah, xde internet dan sekian. Kemudian menuduh saya yang english saya lagi teruk dari dia. Lepas tu kata dekat Thailand native language diorg bukan English. Eh hantu, bukan kau kata tadi kau kena transfer kerja ke Bangkok ke?? Pehal ayat kau mcm kau lak duduk Thailand?? Si Barbara tak puas hati lagi, dia bagi link YouTube pasal dokumentasi entah apa2 pasal orang Cameroon. Siap suruh saya buat google search lagi. Really??

So ni tips nak elakkan kena scam dari Pet Scammer:
1.) Nak beli haiwan peliharaan, better face to face

2.) Nk bayar 50% dulu, minta nombor account dia. Kalau dia insist bayar full, suruh COD. Kalau dia deny request tu, cabut lari. Bila kita tahu nombor account dia, kita boleh report polis dengan bank kalau dia scam.

3.) Jenis beli online, kalau minta duit transfer guna Western Union atau money telegram ke hapa, itu Scammer. Biasanya duit minta hantar ke Africa, Cameroon.

4.) Pet Scammer suka buat cerita sedih. Kalah drama Tv3 kita.

5.) Kalau boleh, tak payah guna pet website nak cari binatang peliharaan. Cari kedai atau contact dengan breeder sahih.

– Minie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit