Petua Buat Para Su4mi

Assalamualaikum warga IIUM Confession.

Tujuan saya menulis petua ini ialah untuk menjawab permasalahan para suami seperti,

“Batin yang Sengsara (https://iiumc.com/batin-yang-sengsara/)”,

“Perspektif Seorang Suami (https://iiumc.com/perspektif-perasaan-seorang-su4mi/)”,

Dan “Suami Yang Ketagih (https://iiumc.com/su4mi-aku-ketagih/)”.

Pendapat saya, masalah berkaitan seksual ini seolah olah menjadi barah dalam masyarakat kita.

Apabila isu ini menjadi taboo dan banyak pasangan suami isteri tidak mempunyai ilmu yang secukupnya, maka timbullah pelbagai konflik yang boleh menyebabkan sehingga perceraian.

Sepatutnya isu isu ni dah diajar semasa kursus kahwin. Sayang sebab masyarakat kita tidak ada pendidikan yang betul tentang perkara ini.

Suami yang buntu dengan masalah ini, terpaksa meluahkan pada kawan kawan. Kawan kawan pula mungkin akan suruh suami mencari skandal, isteri kedua atau melakukan onani.

Apabila kantoi dengan isteri, mulalah jadi konflik sehingga boleh jadi bercerai.

Jadi saya harap, tulisan ini akan memberikan sedikit pencerahan supaya para suami boleh menyelesaikan masalah ini dengan baik dan dapat menjaga rumah tangga masing masing.

Saya memohon para warga IIUM Confession untuk membuka minda anda semua dan jika anda rasa tulisan ini bermanfaat, mohon share pada kenalan anda yang mungkin mempunyai masalah yang sama.

Kenapa kebiasaan selepas berkahwin, nafsu (‘libido’) pasangan akan berkurang dan mungkin akan tertarik pada orang lain.

Jika ikut kata kata orang, ini adalah kerana hasutan syaitan yang nak kita melakukan benda haram, daripada melunaskan nafsu di jalan yang halal. Ye, boleh jadi itu betul.

Tapi daripada segi psikologinya, antara sebab kurangnya rasa libido ini disebabkan oleh terlalu perasaan selesa masing masing (rujuk buku “Mating in Captivity”, Esther Perel).

Contoh, selepas berkahwin, ramai isteri yang terlalu fokus pada suami dan anak anak, sehingga mereka tiada lagi masa untuk mempunyai kawan, hobi ataupun ‘me time’.

Pasangan menjadi satu satunya tempat untuk isteri mencari kebahagiaan sehingga mereka jadi terbeban dengan expectation macam ini.

Lama kelamaan, suami mula melihat isteri mereka seperti ‘ibu’ mereka, dan tidak lagi boleh mempunyai nafsu terhadap isteri.

Lebih lebih lagi bila sudah ada anak. Yang mana semua perbualan antara suami dan isteri hanyak melibatkan isu isu logistik macam siapa nak ambil anak di sekolah, siapa nak bayar itu ini, dan sebagainya.

Tiada lagi unsur unsur romantik, yang menyemai ‘passion’ dalam hubungan ini. Akhirnya hubungan suami isteri sama seperti ‘roommate’ sahaja, tidur sebilik tapi tiada asmara.

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ini?

Pastikan setiap pasangan mempunyai ruang yang cukup untuk ada ‘life’ sendiri.

Contoh, isteri ada masa untuk berjumpa kawan, untuk lakukan hobi, bersenam, me time dan sebagainya. Suami juga perlu melakukan perkara yang sama.

Bila ada sedikit misteri antara suami dan isteri, baru lah banyak perkara yang boleh dibualkan selain hal hal logistik. Dan barulah akan tersemai rasa tertarik pada pasangan masing masing.

Suami pula, pastikan awak layan isteri dengan baik. Jika isteri minta tolong sesuatu, terus buat. Buat suasana romantik dalam rumah tangga. Selalu puji isteri dan bagitahu awak sayangkan isteri.

Hargai pengorbanan isteri dan selalu cakap terima kasih. Lelaki mudah terangsang dengan visual, perempuan pula mudah terangsang dengan kata kata manis.

Jadi banyakkan cakap yang elok pada isteri. Beli hadiah, bawa isteri jalan jalan pergi dating dan cipta suasana supaya rasa cinta tu ada semula.

Jika isteri jenis yang suka membebel, dengar betul betul apa masalah dia. Tanya isteri sama ada dia mahukan penyelesaian, atau nak suami dengar sahaja.

Jika dia nak suami dengar sahaja, tutup mulut rapat rapat dan dengar. Kemudian ulang balik apa isteri cakap sehinggalah isteri rasa lega dia dapat lepaskan perasaan dia.

Akhir sekali, pastikan awak minta seks dengan cara yang baik. Perempuan ini perlu ada foreplay. Tidak boleh terus minta seks secara tiba tiba.

Dan foreplay tu bermula sebaik sahaja sesi seks yang sebelum ini tamat. Maksudnya, setiap kata kata manis, ayat ayat cinta, itu ialah foreplay.

Bagitahu isteri sebutir sebutir apa awak nak daripada dia. Adakah awak nak cium, peluk, penis-in-vagina (PIV) atau awak cuma nak klimaks?

Kalau isteri penat dan awak cuma nak klimaks, minta isteri teman, atau minta dia gunakan tangan dan sebagainya.

Pujuk isteri dengan baik. Dan kalau isteri tak nak juga, bagitahu isteri, “Saya nak dengan awak, tapi kalau awak tak larat, boleh tak teman saya?”.

Biasanya isteri okay okay sahaja. Yang penting jangan sampai tahap memaksa.

Sekian sahaja daripada saya, dan jika bermanfaat, saya akan share part kedua pula untuk petua ini.

– Jack (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *