Philophobia

Terima kasih admin kalau approve confession aku ni. Hi warga iium confession, maaf kalau penulisan aku tak berapa formal but I’ll try to make it readable as much as I can.

Philophobia is the fear of falling in love or having emotional attachment to anything or everything. Dan aku rasa aku adalah seorang philophobic. Dari kecil aku memang takut nak dekat dengan orang. Masa aku kecil mak ayah aku terpaksa bagi aku dekat orang sebab keluarga aku susah waktu tu. Aku anak keempat, yang bongsu. Alhamdulillah atuk dan nenek (aku panggil baba dan oma) sdara aku rasa kesian dekat aku dan decided untuk adopt aku dan bawak berpindah ke negara seberang tambak. Baba dengan oma memang sayang betul dekat aku, tapi sedara-mara aku selalu cakap yang baba dengan oma ambil aku sebab mak bapak aku tak nak aku. I was an unwanted child that is why they gave me away. Sepanjang 8 tahun aku duduk dengan baba dan oma, mak bapak aku ada lah datang jenguk, dua bulan sekali or tiga bulan sekali. Aku cuba untuk sayang mereka, tapi sepupu-sepupu aku asyik ejek aku anak buang jadi aku insecure. Makbapak aku ni betul ke tak sayang aku. Dan puncak insecurity aku terhadap mak bapak aku ialah bila mak aku lahirkan adik aku. I was 5 at that time. Tak tahu apa-apa. When I was 6, mak ayah aku datang bawak adik aku jumpa aku, sikit pun aku tak happy. I was only 6, tapi dalam otak aku dah fikir, kalau mak boleh lahirkan dan jaga adik, maksudnya family dah ok kan? Kenapa pilih lahirkan adik, kenapa tak pilih untuk ambil aku semula? Aku fikir banyak kali. Dan confirm la mulut-mulut jahat cakap yang makbapak aku bukan tak mampu nk jaga aku, tapi diorang memang tak nak aku. Kalau x mampu, takkan la mak beranak lagi kan?

Tapi bila aku umur 8 tahun, makbapak aku ambil aku semula walaupun memang dapat tentangan dari baba dan oma. Baba dengan oma kalau boleh memang tak nak lepaskan aku, tapi mungkin diorang fikir I deserve to be with my biological family, they let me go. Aku memang kena culture shock masa pindah masuk balik keluarga aku, tak biasa langsung. Makbapak aku memang focus dekat adik, abang dengan kakak aku pulak jauh jarak umur dengan aku. I was alone unlike back when I was with baba and oma. Rasa awkward kat family sendiri ni memang berterusan sampai aku la ni mencecah 20’an.
The insecurities that build up in me become so massive that it messed with my head. Aku develop satu perasaan dimana aku tak layak disayangi. Aku tak ada bestfriends, aku tak ada ramai kawan. But at one point aku dapat la berkawan dengan dua orang manusia paling baik dalam hidup aku. I know what friendship is from them. Bila aku start belajar menghargai dan menyayangi, tiba-tiba macam satu persatu benda or orang yang aku sayang tu diambil dari aku. Baba meninggal masa aku berumur 17 tahun, oma follow suit after 3 years dan dalam tahun yang sama kawan baik aku meninggal dunia.
Kawan aku yang lagi sorang pulak meninggal dua tahun selepas tu and I watched her as she breathe her last breath. Lagi satu, dari aku kecil, abang aku memang selalu cakap aku ni sial, sampaikan dia suruh aku mandi bunga la, suruh aku pi bunuh diri la, sebab aku ni “sial”. Kakak aku memang tak suka aku dari dulu sampai sekarang, I don’t know why. Aku pernah tanya mak, kenapa semua orang tak suka aku, mak aku cakap it perasaan aku je. Bapak aku lagi la, bila aku tanya, dia bluetick terus. Dari situ aku rasa yang there is something in me yang membuatkan orang rasa benci dekat aku, jadi aku tak boleh datang dekat or getting attach to people sebab nanti orang meluat ataupun orang tu pun akan terpalit sial aku.

Sekarang umur aku dah 20’an dan sedang dalam tahun akhir pengajian di IPTA. I am in a relationship with someone and I don’t know if I should continue with this. He is so nice and provides everything for me although I rejected each of it. Disebabkan aku ada philophobia ni, aku selalu push everyone that tries to get close to me, especially people who expected a relationship with me. Tapi this guy, aku tak tahu kenapa aku decided to give him a chance and now I regretted it. He has this clear vision of us having a life together and the only thing inside my head is how to get out of this relationship. I love him, I do..tapi… urghh…Kadang-kadang bila timbul mood aku nk jadi annoying, aku akan cari the smallest point to irritate him tapi dia tak pernah marah. Even kalau aku yang salah, he will be the first to say sorry. Hari tu aku ada bergaduh besar dengan dia, salah aku, aku tahu. Tapi dia tak salahkan aku langsung. Dia salahkan diri dia sebab bagi aku opening untuk feel insecure, he said that he should do better. Bullshit, he is perfect already. I know he loves me, tapi aku takut.

Aku takut kalau-kalau satu hari nanti kalau aku dah sayang dia, dia akan buang aku. Aku takut kalau aku dah sayang dia, Tuhan ambil dia dari aku. I am getting anxious day by day. Dia nk kenalkan aku dekat family dia, aku tak nak. Aku takut kalau aku dah rapat dengan family dia, anything happened to us, then what? What if the family hates me? Makbapak aku pun tak sayang aku, lagi la mak bapak orang? Dua hari lepas, aku sepatutnya pergi dinner dengan boyfriend aku dan abang/kakak ipar dia. Aku dah ada dekat restaurant tu, dah duduk dah. Tapi tiba-tiba anxiety aku datang dan aku blah. Kesian dekat boyfriend aku terpaksa explain things to his brother and sister in law, tapi aku terpaksa. I was just waiting tapi aku dapat cold-feet sampai rasa nak menangis.

Sekarang ni aku dah 2 hari tak contact boyfriend aku. The last time was me texting him, I am sorry. Aku bagitau dia yang aku balik kampung weekend ni tapi sebenarnya aku ada je dekat rumah sewa aku. He keep texting and calling tapi aku langsung tak respond. Sumpah aku tak tahu nak buat apa sekarang. Aku nak putus. Aku nak putus sekarang sebelum dia lebih sayang aku dan aku sayang dia. Aku dah banyak kali cakap nak putus, tapi dia asyik berjaya yakinkan aku yang we can work this out. WE CANT. I. CANT. AKU. TAKUT. Aku dah pernah cuba istikharah (all the time), tapi blank. Aku minta nasihat orang dan semua memperkecilkan ketakutan aku. Aku rasa useless. Aku takut nak minta nasihat orang yang aku kenal sebab diorang akan cakap aku paranoid, needy, manja, idk, all those negative things. That is why I wrote this confession, maybe to seek for advice from the readers but in anonymous identity, so I won’t feel judged, or maybe I just need an outlet to voice what I’ve been feeling all this time to someone. Maaf confession yang panjang. Sekian.

– – Khalia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit