Pilihan Kita Berbeza Dengan Orang Lain

Assalamualaikum.

Hidup zaman sekarang ni, semua orang bebas memberi pandangan dan pendapat masing-masing.
Lagi kalau isu-isu panas macam breasfeeding vs formula feeding, ibu bekerja vs surirumah, perubatan alami vs perubatan moden, hantar anak ke pengasuh vs jaga sendiri vs mak/mak mertua jaga and macam-macam lagi la. Isu-isu ni kalau orang berbalah kat ruangan komen tu, sampai bila-bila tak habis.

So tips aku la untuk wanita-wanita di luar sana (sebab aku rasa wanita je yang emo naik status panjang-panjang sebab nak bagitau orang kenapa dia buat sesuatu pilihan tu) adalah dengan mencari self value diri sendiri.

1. Sebagai contoh surirumah. Bila kau dah putuskan nak jadi surirumah tu. Pastikan keputusan nak jadi surirumah tu memang lahir dari hati kau. So bila orang persoalkan belajar tinggi-tinggi tapi duduk rumah, buang duit, buang masa, takde masa depan, kau tak akan melatah pun. Datang la sejuta orang cakap benda yang sama, kau akan rilek dan tenang sebab kau yang buat keputusan tu. Tau tak kalau kau rasa tak tenang, kau rasa marah, sebenarnya memang kau tak rela pun jadi surirumah. Masih terdapat di sudut hati kecil kau tu kau nak kerja macam orang lain, kau nak ada income sendiri. Sebab tu bila orang cakap kau terasa. Yela, sapa makan cili dia rasa pedas kan? So kalau kau memang minat dengan tugas surirumah tu, kau takkan memberi 1001 sebab mengapa jadi surirumah tu lebih bagus dari orang bekerja. Jadi nasihat saya, kalau yang rasa diri tu hina setiap kali orang cakap dia hina sebab jadi surirumah, sila bekerja. Kalau nak jadi surirumah, pastikan jadi surirumah yang bahagia.

2. Contoh wanita bekerjaya pula. Kalau kau dah decide nak bekerja, sila akui kau kene banyak berkorban jiwa raga semua. Bila orang cakap, mak yang berkerjaya ni best. Tak payah jaga anak, tak payah kemas rumah, ada kawan-kawan kat ofis, boleh pakai baju cantik-cantik pergi kerja, jangan nafikan sebab benda betul kan? Tak payah nafikan semua tu sebab mak mana yang 12 jam dia kerja tu dia asyik ingat anak je? Kalau macam tu, memang dah lama kene berhenti kerja sebab kerja asyik termenung ingat kat anak. Extra-extra work yang kene buat bila kat rumah tu hadap je la. Tak perlu nak listkan semua tugasan yang kau buat sehari sebab nak cakap orang bekerjaya ni buat kerja lagi banyak dari surirumah. Semua pun nak menang kan? Penat betul. Wanita bekerja ni pilih untuk kejar minat dia, sebab dia tau kalau dia duduk rumah jaga anak dia tak gembira. So kalau nak bekerja tu boleh, pastikan jadi wanita bekerjaya yang bahagia.

Banyak sebenarnya kalau nak kupas satu-satu isu. Tapi senang cerita, kita tak perlu meyakinkan orang lain tentang pilihan yang kita buat. Semua orang nak yang terbaik untuk diri sendiri. fikirlh, takkanlah kita je yang ada sebab untuk sesuatu pilihan yang kita buat tu kan? Orang lain punya pilihan tu rasa-rasa diorang main pilih je ke? Rasa-rasanya diorang bodoh sangat ke sampai tak fikir dulu sebelum buat pilihan tu. Semua pun mengharapkan yang terbaik.

Jadi lepas ni, harap semua orang lebih menghormati pilihan masing-masing. Macam kata cikgu aku dulu, kalau semua orang buat pilihan yang sama, dunia ni akan kurang warnanya.

– MD

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit