PJJ Seorang Suami

PJJ Seorang Suami

Assalamualaikum. Saya isteri yang sedang pjj dengan suami.. Kerja saya tak menentu masa, saya dan suami masing-masing tiada keluarga berhampiran. All we have is only each other.. Suami ambil keputusan untuk jaga semua anak2 kami. Tiga orang semuanya. Hari jumaat saya akan pecut balik untuk jumpa suami dan anak2, hari isnin pagi saya akan terus ke tempat kerja. Masa amat pendek untuk bersama..

Saya nak share rutin suami setiap hari..ibarat single parent mengurus tiga orang anak. Pagi selepas bangun tidur pada jam lebih kurang 6 pagi suami akan mandi kemudian bersiap-siap untuk solat dan mengejutkan anak sulung untuk solat bersama.. Selesai solat, suami akan membaca Quran satu muka surat.

Anak yang sulung serta adik-adiknya akan mandi sendiri.. selesai mengaji, suami akan mengingatkan anak-anak supaya cepat siap mandi.. Kemudian suami akan turun ke dapur menyediakan sarapan. Tiap2 hari menunya adalah roti bakar dan air susu.. Alhamdulillah at least perut anak2 terisi sikit..

Suami akan masukkan baju salinan nak-anak, bekal air, susu ke dalam beg sekolah.. kemudian suami akan naik ke atas dan suami akan membantu anak-anak siap berpakaian.. yang sulung sudah pandai bersiap, tinggal yang kecik dua orang.. Suami ikat rambut, sapu bedak, sapu ubat kat perut dan dada.. Lepas tu anak-anak diminta turun ke bawah untuk bersarapan. Tak ada orang monitor jadi yang sulung kena bantu adik2..

Suami akan bersiap-siap dan kemudian suami turun.. Masa ni anak-anak kadang-kadang tak siap makan lagi, kadang-kadang dah siap. Suami akan bagi makanan wajib… Scott emulsion ikan kod.. Perisa asli. Anak2 semua gemar, berlumba-lumba sape nak makan dulu..lepas tu Semuanya diminta masuk ke dalam kereta, sebelum pergi kerja, suami akan menyapu halaman rumah. Banyak daun-daun kering.. Dah licin halaman rumah baru pergi kerja..

Suami akan hantar ketiga-tiga anak ke sekolah masing-masing.. Waktu balik, kadang-kadang suami terpaksa ambil lambat kalau ada tugasan luar.. Yang sulung terpaksa tunggu kat pondok jaga. Bila terkenang ni rasa sedih, tawakkal. terpaksa biar anak tunggu.. Sepanjang pjj, lebih 3 tahun ni.. suami tidak dapat ke kursus luar memikirkan anak2. Balik dari kerja suami akan singgah membeli makanan.

Sampai saja di rumah suami akan menyiapkan makan malam. Ada masa suami masak simple2.. selesai semua makan semua anak-anak Diminta untuk mandi. Walaupun yang taska dah siap mandi tapi suami akan tetap minta anak2 mandi lagi..suami akan membersihkan dapur, basuh pinggan, menyapu dan menyidai baju yang telah dibasuh.

Selepas anak2 siap mandi, giliran suami akan mandi dan bersiap-siap untuk solat Maghrib.. Biasanya suami berjemaah dgn anak2… Anak-anak akan main sekejap sebelum masuk tidur pada jam lapan.. Yang sulung kena tunggu sampai isyak.. setelah selesai anak-anak tidur, suami baru boleh membuat kerja kerja lain seperti kerja pejabat ataupun berehat, mengambil masa me time.. Alhamdulillah jadual ini dapat di ikuti oleh anak-anak..

Suami basuh baju dan lipat baju kadang-kadang sekali atau dua kali seminggu.. Selebihnya apabila saya pulang pada waktu hujung minggu, saya akan membasuh baju melipat pakaian menyeterika pakaian dan menyapu, mengelap seluruh rumah.. Suami bersetuju supaya saya tidak memasak sebab banyak nanti menghabiskan masa di dapur…

Anak2 pula selalu merengek nak bermain dan bermanja dengan ibu dia. Saya pula jenis stress kalau masa masak, anak2 bergayut kat kaki.. Risau kena minyak panas, risau capai pisau… Kadang2 saya masak just for fun activities with kids.. Buat biskut misalnya.. Masa hujung minggu saya try fully utilised dgn anak2…bagi perhatian pada mereka.

Itulah rutin suami… Penat nak handle 3 orang anak sendiri… 2 orang yang kecil tu fully potty train dgn suami… Malam tak pakai pampers dah. Kalau time bocor, suami basuh, lap lantai.. Anak no 2 dulu selalu muntah, masa kami duduk sekali dulu hampir tiap2 malam dia muntah… Jadi masa pjj, suami continue hadap stress tu sorang2…sekarang anak2 dah free diapers… Dan malam2 dah tak payah bangun buat susu….

Kadang-kadang waktu suami sakit, anak-anak akan menguruskan diri mereka sendiri kerana kekangan saya untuk pulang ke rumah.. anak yang sulung pandai bantu adik-adik.. dia mandikan adik adik dia.. Pakaikan baju mengikat rambut mereka.. anak saya yang kedua dan ketiga bagi saya sangat berdikari. kerana pada usia setahun setengah mereka sudah pandai menyalin pampers sendiri.. kecuali buang air besar yang perlu bantu mereka.

Mereka juga pandai makan sendiri sebab dari umur 6 bulan saya dah latih makan sendiri dan tak bersuap. Kalau makanan jatuh, mereka akan kutip dan licinkan pinggan. Juga kebiasaannya mereka akan mengambil sendiri makanan di dapur, kami ada sediakan stok makanan yang mudah dicapai.. Bukan mudah nak disiplinkan mereka. Supaya tak main benda bahaya, supaya tak conteng dinding, supaya tak sepahkan makanan..

Rumah kami duduk ni rumahnya lama dan usang. saya dan suami sama-sama mengambil masa hujung minggu buat sikit demi sikit.. baiki bumbung yang bocor, mendeko rumah dengan Bajet yang limited.. After 2 years, ada la nampak macam rupa “rumah” dah.. kadang-kadang pada waktu hujung minggu,kami keluar bersama anak-anak, tak buat apa pun.. Kadang2 ke taman bersenam dan jalan2..

Suami tak suka pergi shopping complex dan tempat crowded.. kami mempunyai hobi yang sama iaitu berenang… Kadang2 kami bawa anak2 ke swimming pool…yang no.3 masa umur setahun setengah dah pandai kick.. We tried to have same hobbies and activities.. Despite the sadness sbb masih lagi pjj..

Suami tidak pandai untuk mengeluh kepenatan.. kadang-kadang saya Rasa terkilan kerana majikan di tempat kerja tidak pernah walau sekali pun bertanya khabar. Saya pernah berjumpa dengan big bosses untuk buat rayuan, dah berapa ramai big bosses sebenarnya… Most big bosses menceritakan kesusahan diri sendiri tanpa ingin dengar, tanya situasi kita atau baca surat rayuan…

Ada seorang bos tu, menolak kembali surat rayuan itu kepada saya. Tak mahu baca, tak mahu terima, tak mahu tanya..macam saya tak wujud, tak pandang kita… Allahu. Buat saya terfikir, Memang yang mana makin jawatan tinggi ni makin hati kering hati batu ke.. Hilang rasa ihsan sesama insan. Belum lagi cerita bos yang jenis naik dengan menganiaya orang lain..

Sungguh pangkat boleh butakan mata dan butakan hati.. Nak tunggu siapa2 sakit terlentang dulu ke, atau tunggu siapa2 mati dulu ke… Benda yang boleh dimudahkan, masing-masing nak buat payah untuk jaga kepentingan sendiri..nasib orang lain diremehkan.. Kalau big bosses ini melalui pjj sama macam kami, the words yang keluar dari mulut mereka boleh diterima.. Tapi setakat yang jumpa ni, tak pernah melalui pjj..

Saya sentiasa bercakap pada anak-anak supaya doakan saya dapat kembali tinggal bersama mereka.. Hati kadang2 sakit dan pedih tiap kali tengok anak2 melambai di subuh pagi isnin untuk hantar saya ke tempat kerja.. Setiap kali pergi kerja perbaharui niat supaya ikhlas. Saya bukan jenis memberontak dan buat perangai, masih lagi cemerlang buat kerja..

Mudahan Allah ganti kesusahan ini dengan lebih baik. Bukan tak tau ramai orang lain lebih susah dari kami… tapi spesies sengaja menyusahkan orang lain apa lagi meremehkan kesusahan orang lain ni tak dapat diterima akal, mudahan dapat balasan setimpal…

Kerja untuk ibadah semoga dapat berkah.. Sape2 yang pjj lets share at comments…

– Una (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap