Pointer ku, Pointer mu Jua

Assalamualaikum, hi. Aku seorang pelajar di salah sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur. So, bila dah nama pun student, aku nak bercerita pasal kawan pemalas time belajar. Macam biasa lah siapa je tak pernah merasa ada kawan pemalas ni kan. Yang belum dapat kawan spesies macam ni, tak apa, maybe next sem, next year, next universiti/kolej, korang dapat lah kot seorang dua yang pemalas. Mula-mula memang semua nya okay, tambah-tambah lagi awal semester. Dengan tak kenal siapa yang rajin/malas, baik/buruk, dalam class kita tu. Cuba kalau dah lama, assignment subject lain belum masuk lagi ni.

For those yang tak pernah ada kawan macam ni, boleh la kata, “Ala kawan kau yang malas wei, bukan effect dekat kau pun”. Ye wei memang tak effect dekat kau la bila awal-awal tu. Bila dah dapat group assignment atau kerja pair, masa tu kau tahu betapa bahananya dapat group dengan kawan macam tu. Sebab tu la masa-masa tengah belajar ni, orang tak kesah sangat pasal friendship. Tak kesah la berapa lama kau kenal dia walaupun dari awal semester dah start rapat ke apa. Sebab niat kau bila dah sampai menara gading, nak belajar, nak banggakan mak ayah kau. Ingat tu! Bukan nak cari kawan. Yang betul-betul jumpa kawan, jodoh yang baik tu tahniah lah. Yang tak bernasib baik tu, bawa bawa lah rajin kan diri dengan assignment sendiri ye kalian.

So, berbalik kepada kisah aku. Ya, sejujurnya aku ada kawan yang pemalas. Tapi aku tahu dia bukan pemalas sebenarnya, disebabkan dia kerja, dia rasa dia penat dengan kerja, jadi dia tak cukup masa nak fokus belajar. Ada juga yang memang tak berminat nak belajar. Aye brother, sister, kalau dah rasa malas sangat nak belajar tu, bagitahu je lah parents korang yang korang tak rajin dah nak belajar. Jujur kan bagus. Memang lah ada setengah parents yang suka paksa paksa anak sambung study ni. Tapi kan ibu bapa, ingatlah, kalau anak anak awak semua dah malas, jangan salah spend duit tu dekat dia. Satu sebab dah memang tahu bazir dah, sebab anak anak tuan puan tak nak belajar sangat pun dan sebab lagi satu ialah sebab berkemungkinan besar, anak anak tuan puan ni boleh rosakkan markah student macam saya. Bukan rosakkan markah je, rosakkan mood study saya, rosakkan pointer saya, buang tenaga saya. Haaa perit tau. Yang kerja part time ni boleh hilang fokus sebab kadang kadang tak cukup masa nak study, so boleh jadi seseorang tu akan berat sebelah. Tapi normally orang akan lebih kan kerja la kan? Sebab belajar mesti pakai otak, penat, jadi kerja pula yang di lebih kan. Kalau korang rasa korang tak boleh nak manage masa belajar dengan part time sebetulnya, lebih baik belajar je lah. Buat benda penting dulu baru kerja. Main target datang sini pun belajar kot. Atau pun kau kerja awal sem je, dah nak dekat final, kau stop or minta cuti. Kedua, kerja dapat duit. Kalau cakap pasal duit, semua orang boleh senyum. So, duit dari kerja part time tu pun jadi masalah bila mana kau tu seorang pelajar, tapi duit pun kau nak juga. Ha kan dah ada problem dekat situ.Tapi apa yang jadi sebelum ni saya tabah kan hati je. Sebab saya tahu, Allah ada, dia sayang saya. Eh panjang sangat ni.

Okay sambung balik, benda ni jadi masa semester aku sebelum ni, kira before new year la jugak. Aku tak berapa kenal sangat classmates baru aku masa mula mula sem, jadi, bila dapat assignment yang aku kena buat dalam group, aku redho la siapa yang nak grouping dengan aku. Then, yas i got 3 person yang nak join aku. Okay lah aku bagi nama groupmates aku yang first, Azwan, second, Azman, sorang lagi opposite gender, perkenalkan Nur dan aku Danial. Azwan dengan Azman ni memang aku kenal lah dari awal semester dan Nur aku baru kenal masa semX bermula. Semua bukan nama sebenar ya rakyat jelata sekalian. Aku cuma tak nak guna alphabet as their name. Jadi aku gantikan dengan nama yang sedap sedap ye nok.

Baiklah, aku pun okay je. Day 1 lepas dapat assignment, ok. Group whatsapp juga sudah diwujudkan dengan amannya. Aman bagaikan bila kau try panggil sorang hamba Allah dalam group tu pun, boleh bergema dengar panggilan kau tu tadi. Day 2 sampai seminggu sebelum due date juga baik baik saja. Walaupun sepanjang hari ke2 dan seterusnya itu ada whatsapp berbaur ajak gather, nak siapkan assignment sampai petang, tapi hampeh ye anak anak. Semua agenda yahudi belaka. Masing masing busy last minutes. Agak memberansangkan juga lah bagi diri aku ni. So, aku decide lebih baik aku start buat assignment tu sikit sikit. And yes, i did (bangga gue). Walaupun banyak, bermati matian juga lah nak siapkan.

Boleh dikatakan semX aku ni, memang grouping dengan antara mereka je. Sebab memang mereka je yang aku kenal dalam class tu. Bukanlah classmates lain aku tak kenal, tapi yang lain memang dah ada group sendiri. Fyi, ni cerita pasal last grouping aku dengan mereka ni. Assignment yang sebelum sebelum ni pun boleh dikatakan lebih kurang sama macam yang jadi ni. Memang ada sekali tu, sorang sis ni macam dah fedup sebab kawan dia tak sumbangkan idea. Lebih kurang sama kes macam aku. Tapi, aku macam tak sampai hati pula nak tinggal kan group yang ada ni. Sebab pertama nya, masa lecturer terangkan pasal assignment tu, Azwan dengan Azman tak datang. Nur ni aku boleh katakan dia tak reti nak handle group la. Actually aku nampak dia memang tak ada minat nak belajar. Ke2, disebabkan mereka berdua tiada, so topic assignment ada dekat aku. Ke3, topic group aku tu, aku dah study and start buat analysis hampir separuh nak siap. So, memang tak boleh sangat lah aku nak masuk group lain. Lagipun group aku lah antara group dalam class yang susah nak gather, seorang busy dengan part time nya, sorang ada masalah kesihatan dan sorang lagi macam takde minat nak belajar.

Walaupun assignment agak mudah, tapi kerja berkumpulan memang tak boleh handle seorang ya saudara saudari sekalian. Bertimbun wei. Assignment lain jangan cakap lah. Dengan nak edit lagi, print. Belum buat slide presentation lagi. Nak print, pakai duit, buang tenaga dengan duit (grab car, mycar, ezcab, etc) nak pergi kedai. Kalau markah tak lawa juga, tak tahu nak kata apa lah bro.

Several days before presentation day, aku memang dah siapkan semua part yang aku kena buat. Kerja yang mereka kena buat memang aku dah bahagi kan memandangkan mereka pun tak tahu apa nak dibuat kan. Benda banyak yang simple je aku suruh siapkan. Yang susah susah bagi aku, sebab aku je yang faham lecturer nak yang macam mana. Lagipun aku je yang start buat sorang sorang dulu. Okay aku happy kerja aku dah settle. Malam sebelum aku tidur tu, aku suruh mereka email part mereka. Few hours later, reply dari mereka pun masuk, dan semuanya bermodalkan alasan like, “lepas pukul 12 nanti aku start buat, tengah kerja ni”, “internet aku lambat, esok pagi kalau dah clear aku email”, “aku dekat luar, nanti aku buat”. Yang dekat luar tu dimaafkan lah, tapi bila call, baru tahu dia lepak mamak. Kalau dah dekat mamak tapi tak bawak laptop, background pun bunyi tengah membawang memang tengah betul betul lepak la kan? Tapi memang mereka kena start malam tu jugak sebab lagi berapa hari je nak start presentation.

Aku pun tidur lah dengan sejahteranya pada malam tu. Sebab apa? Sebab apa yang aku patut buat dah siap. Nikmat dia siap assignment awal macam tu la. Semua smooth je. Hati pun tenang. Tapi aku lupa, yang nak edit assignment dari mereka nanti tu aku. Walaupun dah bagitahu font apa, spacing berapa, isi/huraian berapa, perenggan nak berapa, benda yang mereka email kan still macam orang yang tak pernah buat assignment sebelum ni. Sampai la 3 malam sebelum presentation, ada lagi yang belum email. Apa la nasib aku dapat group macam ni. Kalau nak kata aku tak remind mereka, hari2 aku remind dalam group. Aku masih jawab soalan soalan bangang mereka macam “font apa?”, “Spacing berapa”, “aku part mana?”, “Part yang aku dapat ni macam susah je”. Aye satans, kau ingat aku ada masa ke sebenarnya nak layan soalan soalan macam tu. Tapi aku sabar, aku jawab juga even dah berpuluh kali jawab. And yes email pun masuk. Alhamdulillah seorang hamba Allah ni dapat buat dengan jayanya. Aku just kena justify je. Tiba tiba seorang lagi whatsapp personal, bagitahu laptop dia tak boleh connect dengan hotspot dia. Nak pinjam thumb drive aku esok, katanya. Aku macam biasa, okay kan je. One group member left. Tiba tiba email masuk. Kerja untuk aku edit bermula semula. Dengan ayat pendek, tak formal, tapi tak apa. Benda dah siap. Sikit sikit tu boleh lah aku betulkan.

Keesokkan harinya, pap! Dapat tahu seorang group member aku tak datang. Few hours before presentation pulak, slides aku hilang. Aku dengan Nur je yang gather dekat library masa tu. Alhamdulillah aku bersyukur gila dia boleh sumbangkan idea dekat aku walaupun sebelum sebelum ni susah sangat nak buka mulut. So, i bet selama ni dia tak ok dengan 2 lagi group member aku. But idk la siapa. Masa group sebelum group aku present, kami ni cuba la bagitahu lecturer. Bila dah bagitahu, siap kena marah. Dia kata kenapa tak ada plan lain. Okay, masih cool walaupun berbekalkan bebelan Madam Nazirah ni. Masa tu Allah je tahu apa yang terdetik dalam hati aku sebenarnya. Rasa macam nak present sorang pun ada sebab part aku semua dah settle, dah siap print, slides pun cun. Tapi apa kan daya. Bebelan seorang lecturer rock ni dah pun patah kan semangat aku. Presentation pun boleh start minggu berikutnya. Aku pun ambil kesempatan masa yang ada, bagitahu mereka suruh betul kan balik part mereka. Yang 2 orang ni dah ok, yang seorang lagi sent dekat aku dengan spacing tak betul, font lain, tak justify. Wei c’mon la wei, benda ni bukan baru sekali ni buat. Dah banyak kali dah. Arahan aku bagi tak reti nak ikut ke? Aku siap sent contoh analysis yang kita kena buat tu, topic pun sama dengan example. Buang la penyakit M tu. Fikir lah sikit, bukan assignment ni je satu satunya assignment yang aku ada. Ada banyak lagi assignment subject lain yang aku nak kena buat. Fikir lah sikit masa tidur aku, duit grab aku, masa lunch aku, respect lah sikit aku. Dah lah aku yang nak kena terangkan balik assignment tu nak buat macam mana, tajuk apa, aku bahagikan buat part mana, yang editkan pun aku, yang print aku, yang consult dekat lecturers pun aku. Masa consult tu bila aku terangkan, aku terangkan pasal apa yang korang patut buat je. Belum aku cerita lect marah ke apa. Marah pun bukan salah aku, marah sebab yang lain tak datang. Memang dia tak marah aku, tapi vibes marah dia tu effect dekat aku juga. Walaupun aku tahu nak jawab apa sebab mereka tak datang. Still! Still aku yang macam kena marah sebab mereka yang tak datang ni. Tapi siapa la aku kan nak bagitahu segala benda mak nenek yang lecturer tu bebel kan. Tu pun bila suruh buat, masih macam orang tak pernah buat assignment. Kau just kena buat seketul bahagian yang aku bagi tu je kot dengan apa yang aku dah terangkan.

Aku sabar kan juga semua yang jadi, sebab aku fikir inshaAllah ini assignment last yang aku akan grouping dengan mereka. Alhamdulillah, habis juga presentation dengan analysis tu. Aku lega sangat walaupun analysis tu nak kena betul kan lagi. Tapi siapa lah aku nak terhegeh hegeh bagitahu mereka apa lagi nak kena buat, sebab mereka takkan nak ambil tahu pun pasal assignment tu, sikit pun aku rasa tak terdetik nak ambil kisah. Jadi, aku betul kan assignment tu buat kali terakhir nya sebelum hantar analysis yang lama dengan yang baru seorang diri. ULANG SUARA, SEORANG DIRI YE KAWAN KAWAN. Before and after sama je result dia. Aku still buat sorang.

Aku malas juga nak ambil kisah sebenarnya pasal apa yang jadi antara group member aku ni. Tapi aku tahu la juga serba sikit kenapa masing masing jadi baloq liat, pemalas ni. Sebab ada yang tak suka antara sendiri dalam group aku ni. Ini pun satu problem yang aku nak sentuh. Sebab bila kau dapat group member yang kau tak suka, automatically kau memang tak nak hadap orang yang kau tak suka tu. Tapi c’mon la hooman, dah 20above kot, be professional lah. Dont mix your personal problem into your study group. Once you messed with your work, you messed with the result too. So, fikir rational sikit.

Habis semua pasal grouping aku yang last tu. Ada lagi final project where we have to shoot a drama. Ye, assignment ni pun tak mudah. Tapi aku fikir, kalau aku pilih group member yang boleh buat kerja, mesti journey nak buat drama tu pun senang kan? So, why not aku masuk je group lain tanpa Azwan, Azman dengan Nur ni tadi. Bagi lah chance dekat classmates lain yang lagi memerlukan ahli. Lagipun aku dah bagitahu mereka elok elok. Aku tak berniat nak jadi selfish, tapi memandangkan selama group member aku yang sebelum ni pun selalu tak datang, tipu lah classmates lain taknak tegur aku. Selama dah start kawan dengan classmates yang lain tu, mereka pun offer aku untuk masuk group mereka. Aku pun join lah. Rezeki jangan ditolak kan? So, aku terima dengan gumbiranya. Lama tu, aku sedar something is very wrong, macam no way back dah untuk jadi right. Guess what? Sorang hamba Allah which is ex group member tadi ni marah aku rupanya.

Bila aku nak discuss elok elok, dia taknak. Dia still salahkan aku sebab tinggalkan dia. Aku bila orang taknak discuss ni, aku okay je kalau taknak fix balik pun. Sebab kalau kau nak kata kau betul, aku tak patut tinggalkan kau demi group lain, fikir balik benda baik apa yang kau buat sampai aku tidur tak cukup, waktu lunch tak ada, penat lari dari kampus balik rumah sambung buat kerja, pergi kedai print segala benda untuk group kita yang dulu. Lepastu nak salah kan aku macam tu je. Siap burukkan aku dekat someone tau. Tapi tak apa, aku tak datang universiti untuk bangga kan orang yang tak sepatutnya. Aku nak banggakan mak ayah aku. Jadi, aku harap kau boleh lah berubah. Be a better you, maaannnnn. Kalau Malaysia dah baru, kau bila lagi? Goodluck lah untuk semester akan datang until graduation day nanti. Make sure tak ulang dah apa yang korang buat dekat aku ni.

Belajar rajin rajin. Aku tak benci kau, aku cuma nak kau sedar yang aku tinggalkan kau demi pembelajaran aku je. Dekat luar kau masih kawan aku. Dah lah tu salah anggap dengan aku.
Jangan lupa belajar rajin rajin tau. Terima kasih untuk semuanya, untuk idea dan tenaga yang pernah anda curahkan sepanjang assignment kita. Bawa bawa la remind diri tu sendiri. Cause karma is a b*tch, it comes back to remind you. Sebab lepas lepas ni aku tak remind korang dah nak kena buat apa, assignment macam mana, topic apa, font apa, spacing berapa, perenggan nak berapa. Biar karma pulak yang remind kan. Bye kawans. Terima kasih untuk segalanya sepanjang semX ni.

Sekian.

– Danial

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *