Poligami Selepas 2 Bulan Bernikah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/poligami-selepas-2-bulan-bernikah/).

Assalamualaikum semua, alhamdulillah dengan izin Allah SWT, terkejut cerita part 1 disiarkan oleh admin.

Saya baca komen positif dan negatif reader tapi saya terima dengan hati terbuka. Maaf memang khilaf saya sebab part 1 macam takda apa hikmah dan teladan yang baik untuk dicontohi. Maaf.

Ada juga yang suggest tak perlu sambung sebab bosan dan sebagainya tapi saya sambung sebab saya terharu ada reader yang nak ambik yang positif dari cerita pengalaman hidup saya.

Maaf. Saya takda niat pun nak jadikan contoh berzina tu adalah masalah biasa dan mahukan zina itu contoh. Tidak. Allahuakbar.

Saya dah pilih untuk putus tunangan dengan suami. Saya berdoa tidaklah bersyarat dengan Allah SWT cuma saya percaya,

Dan saya pernah terbaca juga cara berdoa, Allah SWT Maha Mendengar, Allah SWT dah tau tapi Dia tetap nak dengar apa yang hamba dia mahukan.

Jadi, saya mengambil cara berdoa pada ketika itu semata-mata mahukan petunjuk sebab semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Sebagai contoh, saya minta Allah SWT izinkan saya mengandung supaya saya boleh terus kuat bersama suami. Ye betul.

Alhamdulillah saya mengandung tapi beberapa bulan kemudian, saya tetap kehilangan anak tu atas desakan stress yang saya tak mampu tanggung.

Tapi saya tetap tidak tinggalkan suami, bukan sebab saya sayang suami saya semata-mata, tapi hidup saya ketika tu memang saya serah sebulat-bulatnya pada Allah SWT.

Hidup saya tak tentu arah, taktau mana yang saya perlu buat. Saya yakin, dan saya percaya, suami saya betul-betul ikhlas berubah dan bertaubat sekarang tapi semuanya datang dari pertolongan Allah SWT.

Saya rasa takda hikmah ye untuk saya bercerita mengenai macamana teruknya hidup poligami saya pada 2-3 tahun pertama. Allah SWT uji saya bertubi-tubi.

Saya keguguran pada Mei, dapat khabar dibuang keje pada Disember. Sejak keguguran saya tak dapat conceive atas sebab PCOS dan stress, sedangkn suami dan madu bertambah lagi seorang anak.

Sewaktu saya tau madu mengandung lagi, rasa macam terhempap batu besar atas kepala. Rasa hina, rasa lemah, rasa betul-betul gelap dunia.

Macamana saya nak hadapi hari-hari saya lepas tu bayangkan suami dan madu happy ada anak.

Saya dah melalui fasa nak bunuh diri, menangis hari-hari, selalu menyalahkan takdir. Kenapa aku? Ye fasa dalam mencari redha tu sangat lah susah bagi saya.

Tapi, saya boleh kongsikan apa yang saya rasa berkesan pada diri saya, walaupun susah pada mulanya, tapi alhamdulillah Allah SWT tu selalu ada.

Saya harap ada juga sedikit sebanyak perkongsian saya dapat membantu reader yang mengalami pengalaman yang serupa. In shaa Allah.

1) Mencari bahagia sendiri.

Bila saya dibuang keje atas keputusan syarikat, alhamdulillah saya dapat pampasan atau VSS. Untuk saya yang baru bekerja 2 tahun, saya dapat VSS hampir mencecah RM20k.

Alhamdulillah, bagi saya rezeki datang bergolek. Disebalik sedih ye saya menghadapi tekanan poligami, Allah SWT tu sayang dan kesian dekat saya, Dia bagi saya bahagia ikut bahagian lain.

Dengan VSS yang saya dapat tu, memandangkan saya masih lagi takda anak, saya spend most of the amount tu travelling.

Since saya kena retrenchment, dan masih ada gap cuti sebelum masuk keje baru, saya susun jadual pergi bercuti dengan kawan-kawan, family tanpa suami.

Time travel ni, saya akan buang semua masalah saya jauh-jauh, saya jadi ‘orang baru’ dekat tempat orang. Saya happykan diri saya. Sedikit sebanyak, hilang sesak hidup ni. Seolah-olah saya bagi timeout dekat diri sendiri.

Kalau takda duit yang banyak pun takpa, kita cari bahagia kita.

Mungkin dulu kita suka baking ke, pergi attend baking class ke, sebab kita je yang tau apa yang boleh bahagiakan kita.

In fact, sekarang ni pun, saya akan minta izin suami nak pergi bercuti sendiri, tanpa suami, bagi masa saya bercuti tu pada suami dan madu. Sebab saya tau, saya lebih happy macam tu.

2) Doakan kebahagian orang lain.

Mula-mula fasa poligami, memang saya benci suami dan madu. Saya tak boleh jumpa or dengar nama madu sampai tahap suami takut nak sebut nama madu, kalau madu call, cepat-cepat dia menyorok takut saya dengar.

Dalam setiap doa, saya akan sentiasa doakan dorang dapat balasan setimpal dengan apa yang dorang buat dekat saya.

Memang setiap kali solat saya akan sebut nama madu penuh-penuh, nak tunjukkan saya sungguh-sungguh doakan dorang dapat balasan khianat saya dan hancurkan hidup saya.

Dalam masa yang sama, saya tetap solat malam tapi hati tak pernah tenteram.

Saya doa minta Allah SWT kurniakan saya redha tu. Saya selalu sebut menangis bila solat malam, Ya Allah, macamana nak dapat redha tu, kurniakan lah redha tu pada saya.

Saya kadang tu rasa menyampah dengan suami, bencilah sebab dia dah musnahkan hidup saya. Saya teruskan pernikahan dengan dia sebab saya nak balas dendam, nak tengok dorang ni susah.

Tapi, ada satu hari tu, allahuakbar, semuanya dengan izin Allah SWT, terkeluar satu doa yang saya tak pernah sangka saya akan sebut.

Saya doakan kebahagiaan suami dan madu. Allah SWT gerakkan hati saya mendoakan kebahagiaan dorang supaya saya juga boleh dapat kebahagiaan saya.

Tanpa saya sedar, dalam satu jangka masa yang lama selepas saya selalu doakan macam tu, Allah SWT kurniakan saya bahagia dengan suami.

Daripada saya mula-mula menyampah, sakit hati dengan suami, sampai ke tahap, rasa rindu, rasa macam bercinta semula.

Bukan sebab saya sayang dia sebelum ni, saya dah buang jauh cerita 7 tahun saya kenal dia. Buku tu saya dah tutup lama. Bayangkan saya jatuh cinta dengan suami, dalam suasana bermadu. Alhamdulillah.

Saya percaya, kekuatan doa tu sangat kuat sebab tu doa tu senjata kita. Berdoalah. Berdoalah. Minta lah pada Allah SWT walaupun sekecil-kecil permintaan.

Saya pun pernah dalam keadaan tak terungkap sakit ye hati rasa hidup punah, sampai takda sebutan yang keluar ketika berdoa, hanya airmata jadi senjata doa saya.

3) Minta Allah SWT buang perkara yang menyakitkan dari hidup.

Alhamdulillah, saya cuba doa dan cara ni dalam keadaan saya betul-betul mahu redha dengan poligami ni, saya nak poligami ni juga boleh membawa kebahagiaan pada saya. Saya nak

Allah SWT buang perasaan sakit dikhianati supaya saya boleh bina hidup saya semula, dengan redha dalam poligami ni.

Kalau saya boleh bercinta dan sayang suami selama 7 tahun dalam hubungan yang tak halal, saya nak cuba bercinta dalam keredhaan Allah SWT, yang saya dapat sayang suami saya ikhlas kerana Allah SWT.

Sebenar ye, kakak saya sendiri yang share, sebab dia selalu ada pengalaman dikhianati. Saya baca potongan ayat ni setiap kali saya solat malam.

“يمح الله ما يشاء”

“Allah menghapuskan pada yang Dia kehendaki”

Saya letak tangan di dada, atau kepala, baca ayat ni 3x sambil saya niatkan dalam hati minta Allah SWT campak jauh-jauh perasaan sakit, benci tu.

Saya buat gerakan seakan-akan mencabut sakit dekat dada, dan ingatan dalam kepala dan seolah-olah melempar jauh perasaan tu.

Gerakan tu hanya simbolik, yang betul-betul hati kita kena percaya yang Allah Maha Menghapuskan. Hapuskanlah semua perasan benci dan sakit tu.

Selain tu, saya pun selitkan doa/ niat mintak Allah SWT tinggalkan hanya perasaan sayang seorang isteri pada suami dalam hati saya.

Cukuplah saya sayang suami, kerana saya seorang isteri selagi mana suami saya tidak mengkhianati saya, menjaga agama saya.

Alhamdulillah, kesan doa ni dalam masa yang panjang. Mungkin pada awal ye saya tak perasan, tapi lama-kelamaan, saya sedar Allah SWT makbulkan doa saya.

Alhamdulillah hari ni, takda rasa sekelumit pun benci pada suami dan madu. Sebab saya dah ‘campak’ jauh perasaan tu dengan izin Allah SWT. Hidup saya lebih tenang. Suami balik giliran umah madu pun, saya happy je.

Happy sebab saya selalu doakan, dengan setiap kebahagiaan, ibadah, pahala yang suami dan madu lakukan, dan saya redha, Allah SWT kurniakan saya pahala sampingan.

Tanpa saya buat apa-apa, saya mohon, saya dapat pahala atas setiap keredhaan saya dalam poligami ni.

4) Solat berjemaah suami isteri.

Allahuakbar, yang ni saya sangat sarankan pada pasangan suami isteri, walaupun bukan dalam poligami.

Saya jadikan habit seawal saya kahwin, sehingga sekarang. Saya akan sentiasa kejar solat berjemaah dengan suami. Kalau suami berjemaah dekat masjid, lagi bagus.

Alhamdulillah, tapi bila suami saya solat di rumah, saya takkan lepaskan peluang berjemaah dengan dia. Saya didik hati saya, seronok ye solat bersama suami.

Ketika solat tu, doalah kebahagiaan kita bersama. Ada sebab kenapa kita solat berjemaah, wanita di belakang.

Dalam islam, setiap gerak dan perbuatan kita ada sebab yang indah. Kita je yang tak mendalami dan menghayati.

Dalam pengalaman saya yang pendek ni, saya perasan, bila saya terbiasa solat dengan suami, rasa sayang ye kalau tak jemaah.

Bila saya terasa or bertekak dengan suami, bila nak solat tu rasa macam luntur ego kita ni.

Allah SWT lemparkan rasa macam ala rugi ye kalau tak jemaah ni, so nak taknak saya jadi lembut hati ikut solat dengan suami. Habis solat, alhamdulillah kitaorang suami isteri baik semula.

Even kalau tak melibatkan solat jemaah pun, Allah SWT selalu bagi kelembutan dalam hati kitaorang untuk mintak maaf semula. Kalau tak saya mintak maaf dulu, dia akan mintak maaf dulu.

Bertekak tu normal, ada masa saya macam orang gila jugak marah-marah tapi orang kata ‘downtime’ dia tu tak lama.

Mungkin asbab saya juga amalkan doa pelembut hati, surah al-Imran ayat 200. Saya takkan lupa baca ayat ni setiap kali solat, dan saya pun selalu baca dan hembus dekat ubun-ubun anak.

Alhamdulillah, anak saya takkan tantrum lama, senang dipujuk dan alhamdulillah, sangat ceria orangnya.

Saya percaya, ada je dikalangan suami isteri yang tak diduga dengan poligami tapi tetap juga tak bahagia. Mungkin ada silap pada ibadah solat.

Pada reader yang komen kata saya bodoh sebab terlalu sayang suami sampai suami berzina pun saya sanggup terima, saya hanya mampu response,

Ye suami saya mungkin penzina tapi dari semasa ke sesama sampai ke hari ni, suami saya Allah SWT rezekikan rezeki dunia yang melimpah, alhamdulilah cukup untuk dua isteri dan dikurniakan rezeki anak yang ramai.

In shaa Allah, 5 orang selama 4 tahun berkahwin. Suami saya tak kekok jadi imam solat saya, sentiasa tunggu saya berjemaah.

Sentiasa Allah SWT rezekikan solat jemaah di masjid surau. Solat suami saya alhamdulillah, kalau tertinggal khilaf tertido atau sebaliknya, saya tengok dia akan segera qada’. Atas pemerhatian saya, di belakang saya tu, tu urusan dia dan Allah SWT.

Ada orang tak percaya dengan peluang kedua, saya manusia biasa, saya pun pada mulanya tak percaya,

Tapi.. dalam keadaan saya ni, bukan saya yang bagi peluang kedua pada suami, tapi Allah SWT yang beri peluang kedua dan lebih banyak lagi peluang pada kami suami isteri untuk berubah dan dapat bahagia dengan cara kami sendiri.

Saya pernah sebut pada suami, ‘Abang, apa kesenangan, kebahagiaan yang kita ada hari ni, semuanya kerana Allah SWT. Selagi mana kita solat, jaga agama kita, selagi tulah ada kasih sayang kita sebagai suami isteri’.

Sebab sebodoh mana pun seorang perempuan/ isteri, bila dikhianati, hanya Allah SWT yang mampu gerakkan hati, berikan kekuatan dan tunjukkan jalan yang sebaiknya. Dalam setiap kekuatan dan ketabahan yang ada, semuanya dari Allah SWT.

Maaf andai sekali lagi, perkongsian saya membosankan atau tidak menghiburkan hati reader,

Saya tergerak hati confess dekat IIUMC ni sebab saya percaya, ramai reader yang fikiran lebih terbuka, ada perkongsian yang juga menjadi kekuatan saya di sini berbanding KRT (maaf saya membandingkan, based on pengalaman sahaja).

Saya tau ramai reader dekat page IIUMC ni pun mencari-cari perkongsian yang baik.

Akhir kata, carilah Allah SWT dalam setiap urusan hidup kita. Bila susah, cari Allah SWT, bila senang, Allah SWT jugalah yang pertama.

Assalamualaikum.

– Yang Pertama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *