POV Kahwin dengan Duda

Kenapa tak ada side story daripada seorang isteri kepada duda atau mak tiri? Adakah kalau ada yang meluahkan nanti bekas-bekas isteri akan trigger dengan apa yang mak tiri cerita ke?

Aku isteri kepada duda anak dua yang mana bekas isteri masih hidup, belum berkahwin dan anak-anak di bawah jagaan dia. Apa yang aku nak cerita adalah kisah aku, cerita daripada side aku yang kahwin dengan orang begini.

Perkahwinan masuk dua tahun, masih lagi rezeki berdua belum ada anak. Hubungan suami isteri yang turun naik, hubungan dengan anak-anak tiri yang elok. Mungkin mereka pun tak tahu aku ni siapa? Yang dia cuma tahu panggil aku mama je.

Kalau turn suami ambil, duduk rumah kami, mereka cuma panggil, “Mama nak mandi, Mama nak tengok TV, Mama jom shopping.” Hakikatnya, dia tak tahu pun aku mak tiri diorang atau isteri kepada ayah diorang.

Sebab setiap kali jumpa, mesti bercerita mami itu, mami ni, “Dedi tak nak tinggal dengan mami ke? Mami cakap dedi kerja jauh. Dedi jom shopping dengan mami.” Aku? Hidup macam halimunan. Biarkan mereka anak-beranak luangkan masa.

Aku dah berhenti kerja sejak Februari lepas sebab ikut suami berpindah. Masih mencari kerja setiap hari tanpa jemu. Suami aku alhamdulillah, kerja elok, gaji besar pada aku untuk bayar sewa rumah, utiliti, beli barang rumah dan nafkah anak-anak.

Mind to share, aku bukan penyondol atau pemecah rumah tangga orang. Sebab stigma orang sekarang, kahwin duda je, kira penyondol. Aku kenal suami lepas dia dah tiga tahun cerai.

Sejak dua tahun kahwin, aku cuma merasa duit gaji suami aku cuma tiga bulan. Duit jajan yang dia bagi. Aku tak nak cakap nafkah sebab dia dah sediakan rumah, belikan barang dapur, baju baru untuk hari raya sepasang. Dia bayarkan sewa rumah dan segala bil.

Selepas tiga bulan, suami kena simpan duit untuk dia pindah tempat kerja dan negeri. Dalam masa yang sama anak kecil dia on off masuk hospital dan anak pertama nak sekolah.

Kami PJJ hampir setahun setengah. Makan masa untuk aku decide berhenti kerja dan ikut suami, sebab tempat kerja aku seronok, ramai kawan, senang cuti, bos yang baik. Sayang nak tinggalkan tempat macam tu.

Selama PJJ, aku kembali duduk rumah family aku sebab takut duduk sendiri. Selama setahun PJJ, dia tak pernah bagi duit nafkah atau jajan. Duit untuk rumah family yang aku duduk pun aku bayar sendiri.

Duit dia habis semua dekat anak-anak. Mahkamah dah tetapkan nafkah sebulan berapa perlu bayar. Dia ikut. Tapi bekas isteri setiap bulan masih bagi resit-resit yang suami perlu bayar, atas alasan “ni kan anak”.

Jujur, sikit pun aku tak pernah merasa duit gaji dia sepanjang kami PJJ. Kalau suami balik kampung jumpa aku, jumpa anak-anak pun, aku yang kena keluarkan duit bila berjalan.

Aku yang bayar makan diorang anak-beranak, aku yang kena bayar untuk beli mainan anak-anak dia. Semua aku. Duit dia? Berabis untuk nafkah.

Semakin tinggi gaji suami, semakin banyak habis untuk anak. Anak pertama, bekas isteri hantar sekolah tadika Cina, sedangkan suami aku mampu bayar untuk tadika atau taska sahaja.

Tapi bekas isteri tak nak sebab semua kawan sekerja dia hantar anak dekat sekolah Cina. Tapi suami aku ikutkan walau tak mampu sebab inikan untuk anak.

Walaupun pakaian adalah nafkah, tapi suami aku mampu belikan baju baru anak setiap dua bulan sekali dekat Padini atau Brand Outlet atau TikTok Shop.

Tapi bekas isteri tak nak terima sebab tak ada jenama. Dia suruh beli dekat butik atau Mommy Shop. Setiap bulan resit baju dia hantar dekat suami. Tak ada duit tapi suami tetap ikutkan sebab inikan untuk anak.

Aku pernah belikan baju anak-anak dia dekat Padini, sebab aku suka belikan anak buah aku baju. Alang-alang aku belikan untuk anak tiri sekali. Tapi bekas isteri dia komplen, “Asal tak beli kat Mommy Shop?” Lepas tu tak pernah nampak pakai pun. Bila tanya mana baju? Dah bagi kat orang lain. Sedih aku.

Sekarang anak no dua nak sekolah. Pun nak masukkan dalam sekolah Cina. Tapi bekas isteri tak nak. Sebab sulung dah sekolah Cina takkan adik nak masuk tadika je? Nanti adik cemburu dengan sulung.

Bila suami cakap dah tak mampu ni, “Saya ada tanggungan lain, saya ada komitmen, saya ada isteri.” Jawapan bekas isteri, “Kan untuk anak jugak. Siapa suruh kahwin lain kalau tak mampu.” Aku rasa nak maki je.

Suami aku ni pula, bila bekas cakap macam tu, dia tak reti nak bidas ke apa. Senyap je, ikutkan je. Sampai aku terasa hati. Tapi suami buat apa? Cuma minta maaf, “Nanti bulan depan abang belikan sayang hadiah.” Tapi tak pernah ada sampai hari ni.

Bekas isteri suami aku ni memang tak bagi suami aku ada hidup lain ke? Memang nak sedut semuanya sampai habis ke? Orang lain ada anak, tapi elok je boleh bercuti, makan luar.

Aku tanya adik-beradik aku, macam mana belanja bila ada anak? Diorang share, kalau dah tak guna susu, pampers, save bajet sikit. Sebab baju, seluar, kasut beli lah bila mampu atau ada duit lebih. Bukan setiap bulan tukar. Habis bekas isteri suami ni tiap bulan belikan anak-anak dia baju baru. Aku stress.

Duit dia bayar komitmen dia, komitmen aku RM250, nafkah anak-anak. Hujung bulan tinggal RM1++ je kadang. Komitmen aku tu pun sebab aku tak kerja sekarang. Kena bayar PTPTN, prepaid telefon.

Nasib baik aku tak ada banyak hutang. Dulu ada kereta tapi aku bagi adik aku guna sebab tu kereta abah aku. Hutang kereta pun dah habis. Tu jelah.

Aku tak pernah menyesal kahwin dengan duda. Aku sayang suami aku. Tapi dalam masa yang sama, aku masih makan hati.

Dah lama aku dengan dia tak keluar sama-sama, tak makan luar sama. Setiap hari memasak tanpa miss. Nak keluar boleh, tapi just ambil angin je. Sebelum keluar kena makan dulu, nanti tak lapar.

Aku teringin nak ada anak. Tapi bila fikir aku dengan suami belum mampu, aku tahankan niat aku dulu. Pernah period aku tiga bulan tak datang. Aku takut aku pregnant.

Aku sampai minta doa jangan bagi aku pregnant dulu, sebab suami aku memang tak ada saving ke apa setiap bulan. Lepas tu takkan semua duit aku untuk aku survive dengan anak aku? Habis tu dia? Habiskan untuk anak-anak dengan bekas isteri je ke? Nasib baik belum pregnant. Tapi aku sedih. Aku sunyi.

Bila bersama je, either buang luar atau pakai kondom, atau buang dalam masa bukan tengah subur. Sebab aku kesian dengan diri aku, dengan anak aku. Nanti aku je yang kena usaha untuk anak sendiri.

Aku sayangkan perkahwinan ni. Aku sayangkan suami aku tapi aku dah tak ada hati nak tengok suami aku. Bila dia balik kerja, kalau dia nak me time tengok TV ke online lama-lama, aku biarkan je. Kalau masa makan dia nak cerita apa-apa, aku dengar. Tapi kalau tak ada cerita, diam jelah.

Bila dia cerita pasal anak dia, tunjuk gambar, aku cuma tengok jelah. Tak ada respon apa-apa. Aku sedih. Entahlah. Tak tahu perlu kuat, sabar dan makan hati sampai bila.

– NIENA AIRA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Apa yg aku boleh nasihat lepas baca kisah puan ini, dua2 ada salah. Puan lebih kenal siapa suami puan dan puan lena terus terang cakap apa yg puan tak suka. Puan juga tak perlu cakap ttg salah org lain dalam hal ini kerana puan tak mampu pun kawal apa org lain fikir. Buat perlu buat apa yg puan buat sahaja. Sekiranya puan dah buat apa yg sepatutnya puan buat, jika tiada perubahan juga, puan perlu buat keputusan dan bukan salahkan org2 lain yg terlibat. Kita org dewasa, buat spt org dewasa dan ambil tanggungjawab terhadap segala keputusan dan perbuaran kita sahaja.

  2. Apakah Nasib Si lelaki, bini lama hauk, bini baru pulak perangai sauk. Bini lama cemburu dengan bini baru, habis duit si lelaki kena perah. Bini baru pulak cemburu dengan anak-anak. Yang tersiksa si suami. Kerja pagi petang siang malam, dengan bini lama dapat layanan buruk, dengan yang baru pun 2×5. Baru kahwin setahun jagung dah beria kata bersabar kalah orang yang kahwin 20 tahun. Sama perangai dengan bekas isteri, dua-dua bukan calon isteri yang baik, yang seorang dah di lepas, yang baru tak mencapai piawaian.

    Kalau aku jadi kawan kepada si lelaki nih, aku suh dia kahwin lagi 1, perempuan yang ketiga, ciri-Ciri dan karakter biar jauh beribu batu dari bekas isteri dengan isteri baru. Jenis perempuan yang bila suami bayar yuran sekolah cina anak dia, si perempuan akan kata TAHNIAH bang bagus awak tak culas bayar yuran, bayar nafkah, nanti anak dah besar pandai cakap cina, nak kerja nak bisnes senang boleh cakap banyak bahasa. Jenis perempuan yang tiap hari ucap terima kasih ke si lelaki sebab sediakan nafkah cukup pada dia dalam masa yang sama si lelaki cuba sedaya upaya cukupkan nafkah anak-anak tiri. Jenis perempuan yang cantik, mulus, gebu gebas, bekerjaya, yang high class tak masuk campur urusan bapa dan anak-anak, yang tak terhegeh nak dihormati anak-anak tiri. Jenis buat hal sendiri.

    Harapan aku semoga si lelaki kahwin lagi 1, perempuan ke tiga ni akan jadi tempat tenang dia, ketenangan yang dia tak dapat daripada bekas isteri mahupun isteri baru. Memang logik lelaki boleh kahwin sampai empat. Bekas isteri si lelaki dan isteri baru dah boleh buat WhatsApp group kecam perempuan ke tiga nanti, sebab dua-dua perangai hauk, dua-dua nak menang, dua-dua play victim dan bukan tempat untuk si lelaki hidup tenang. Lelaki yang bertanggungjawab layak dapat isteri yang baik. Isteri yang puji dia bila dia berjaya lunas kan nafkah tiap bulan, isteri yang bagi semangat ke dia, isteri yang gembira kan dia bila dia sedih. Isteri yang berfikiran luas, matang dan positif tentang masa depan. Kesal sangat bila tahu lelaki yang baik susah dapat bini yang baik. Serius tak sekufu.

    Bekas isteri si lelaki dengan isteri baru dua-dua perangai sama, cara berfikiran sama, karakter sama, dua-dua suka sangka buruk pada si lelaki. Dua-dua serupa kembar lain mak lain bapa. Dua-dua tak ada nilai tambah dalam hidup si lelaki. Makin lower the value si lelaki. Bayangkan diri anda para pembaca di tempat si lelaki, ada bekas isteri perangai hauk, ada isteri baru perangai sauk. Apa anda nak buat, yer kahwin lagi satu, tak menyelesaikan masalah, maaf kata perempuan yang terbaik akan selalu ada jalan penyelesaian pada semua masalah rumahtangga, yang si lelaki jumpa 2 perempuan hauk, dia belum jumpa lagi high class woman, 2 perempuan yang bagi dia masalah akan tercampak jauh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *