Public Figure dan Teguran

Assalamualaikum admin. terima kasih saya ucapkan andai confession saya ini terpilih untuk disiarkan. Dah lama nak luah benda ni. So, saya nak luahkan.

Sekarang ni adalah zaman dimana sosial media berkuasa. Mcam-macam kita boleh buat dengan social media. Boleh dikatakan semua orang ada akaun media sosial masing-masing macam instagram, facebook, twitter dan sebagainya. Manusia zaman sekarang semakin taksub dengannya sampai mereka lalai dan lupa pada Allah. Kenapa saya cakap macam tu? Cuba awak tengok apa yang mereka kongsikan dekat media sosial. Mereka tanpa segan silu mempamerkan dosa mereka secara umum. Malah mereka berasa bangga dengan perbuatan dosa mereka. Seolah-seolah apa yang mereka buat tu tak salah. Ada juga yang mempergunakan agama. Mereka tahu apa yang mereka buat tu salah. Tapi mereka mempergunakan agama untuk menutupnya. Ada juga yang tidak tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu salah. Ada juga yang tak tahu apa yang mereka buat tu salah. That’s why dalam Islam, ada adab-adab menegur. Tegur secara diam-diam dahulu. Then kalau mereka masih lagi sama malahan semakin berbangga dengan perbuatan mereka dan semakin rancak mempamerkannya, salah ke kalau tegur secara public? Especially kalau orang tu merupakan public figure. Mereka ada followers yang ramai. Apa yang mereka buat, pakai atau kata akan ada orang yang tiru. Sebabkan itulah mereka seharusnya menunjukkan contoh yang baik-baik.

Ingat ya, walau matlamat kita baik macammana sekalipun, tapi cara kita untuk mencapai matlamat itu salah, perbuatan itu tetap salah. Matlamat tak menghalalkan cara. Bila ada orang tegur, macam-macam mereka kena kutuk. Malahan mereka dituduh cuba membuka aib mereka yang melakukannya padahal mereka sendiri yang dengan bangga mempamerkannya secara umum. Aib itu adalah sesuatu yang kita sembunyikan dan taknak orang lain tahu tapi ada orang yang cuba nak mencari aib kita itu. Tapi bila kita sendiri yang tunjukkan pada orang, awak rasa itu membuka aib ke atau mencegah kemungkaran? Tapi kita menjadi terlalu sombong. Tidak mahu menerima teguran orang lain dan mempersendakan mereka. Sepatutnya, bila ada orang tegur, kita bersyukur sebab ada orang yang peduli pasal kita. Allah masih sayangkan kita sebab tu DIA hantar seseorang untuk tegur perbuatan kita. Jadi berterima kasihlah kepada mereka yang menegur kita.

Mempamerkn dosa secara terang-terangan dan mengundang fitnah itu memang menyedihkan. Tetapi apa yang lebih menyedihkan adalah apabila kita sesama Islam bergaduh kerana perkara tu. Bila ada orang tegur perbuatan tu, ada yang mempertahankannya. Macam-macam diorang cakap “Biarlah dia. Dia tak kacau hidup kau pun kan”, “Kau sendiri pun bukan baik sangat nak tegur orang”, “Mereka macamtu pun mereka Berjaya. Kau ada apa”, “Jealous la tu. Jangan pedulikan dia. Saya bangga sebab awak berani”, “Melayu ni memamng suka menjatuhkan sesama Melayu”, “Tak suka tak payahlah follow” dan sebagainya. Mari saya bagitahu awak. Awak tahu tak dengan kata-kata awak tu, awak secara langsung membenarkan kesalahan yang diorang buat. Awak support diorang. Maknanya, awak menyokong kemungkaran. Maksiat tu berlaku depan mata awak, tapi awak malah gembira sedangkan selemah-lemah cara mencegah adalah dengan membenci perbuatan tu. Allahu. Sebab itulah mereka semakin galak melakukannya sebab mereka fikir masih ramai yang menyokong mereka. Saya ingat lagi ada satu hari tu saya bagitahu umi yang saya nak beli satu produk kecantikan ni. Tapi umi saya tak bagi sebab dia cakap bila kita beli barang dia, maknanya kita sokong dia. Lagi susah untuk dia sedar kesilapan dia sebab dia rasa Allah masih bagi nikmat kesenangan untuk dia sedangkan itu istidraj. Umi bagitahu lagi, “Kita bukan nak menjatuhkan dia. Tapi kita nak dia sedar kesilapan dia tu”.

Kalau macam nilah situasinya, tidak hairanlah ramai yang terpengaruh dengan Dajjal nanti. Kita dah diberi peringatan awal-awal lagi tentang makhluk yang bernama Dajjal yang akan menyesatkan umat manusia. Tapi ramai yang akan menjadi pegikut Dajjal nanti sebab Dajjal akan menawarkan macam-macam pada manusia supaya manusia ingkar pada Allah. Sama la macam ni. Ramai yang buat main dengan hukum Allah. Mencemuh mereka-mereka yang cuba menyampaikan kebaikan. Membenarkan perbuatan yang terang-terang salah sebab orang tu banyak duit, berjaya dan famous. Jadi renungkanlah macammana keadaan kita bila Dajjal muncul nanti. Dah bersedia ke kita nak menghadapi fitnah Dajjal?
Awak-awak, nak menegur tak perlu tunggu diri baik. Kalau mampu tegur, tegur. Kita manusia biasa. Tiada yang sempurna. Sentiasa buat silap. Tapi kita cuba berubah untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Kalau awak tak mampu tegur, jangan la pula awak marah orang yang tegur tu. Yang paling penting jangan bertindak seolah-olah awak membenarkan perbuatan yang dah terang-terang salah tu.

Mereka yang menegur pulak, nak menegur janganlah sampai menghina. Jangan gunakan kata-kata kesat untuk menegur. Sebelum nak tegur tu, letak diri dalam situasi tu. Tanya diri “Kalau orang tegur aku macam ni, aku boleh terima ke”? Sebab kata-kata ni tajam. Boleh buat orang terasa sampai bertahun-tahun lamanya. Jadi gunakan kata-kata yang elok. Yang mampu diterima. Perbetulkan niat kita bila kita nak tegur seseorang tu. Ikhlaskan niat kita kerana Allah untuk melihat dia berubah bukan sebab nak malukan dia. Jaga adab-adab semasa menegur. Selebihnya, serahkan pada Allah. Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima teguran tu.

Kesimpulannya, jangan sombong. Bila ada yang tegur, terima dengan hati yang terbuka. Jangan melihat pada siapa yang menegur. Tapi lihat apa yang ditegur. Dan nak menegur tu, janganlah sampai menghina. Islam berikan kita garis panduan untuk menegur. Jadi gunalah. Seterusnya, sebelum kita nak kongsi apa-apa dekat media sosial, fikir dulu akibatnya. Kalau benda tu boleh mendatangkan fitnah, elakkan. Dan jangan sesekali mempertahankan perbuatan yang salah kerana ianya menjadi penyumbang kepada perbuatan itu untuk berterusan.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *