Purchasing / Procurement Syubhah? Perlu Ke Resign?

Assalamualaikum to all readers. Pertamanya, thank you kalau cerita kali ni disiarkan.

Tujuan utama tulis kat sini sebab betul2 nak minta pandangan dan buah fikiran orang ramai yang lebih arif tentang tajuk soalan ni.

Untuk yang trigger dengan tajuk ni, minta tolong baca sampai habis sebelum lontarkan apa2 kecaman.

Cerita dia bermula apabila saya ditugaskan dalam satu syarikat swasta, memegang jawatan sebagai assistant purchasing manager.

Minor role adalah of course untuk purchase all the items n goods for production n other ad hoc tasks. (yang ni akan diceritakan kemudian).

Okay, basically job role ni akan search for potential vendors untuk dapatkan tenders atau small projects untuk company. So, of course kita akan deal dengan ramaaaiiii purchaser/ accounts/ procurement team.

Dulu masa mula mula kerja, langsung tak terfikir masalah ni. Bila kita deal dengan tenders, of course akan ada banyak negotiation.

Jadinya behind the story akan wujud nya kes “tolong suap” / “duit tepi” secara direct atau in direct.

Kenapa saya kata direct? Kes direct ni baru saya jumpa baru-baru ni bila orang dari side company sana akan minta commission terus dengan saya untuk close deal. And of course berjaya close deal.

Case indirect ni pula baru saya tahu banyak kali jadi sebab boss pernah terlepas cakap, in order nak dapat tender bukan semua boleh direct. Kadang2 kita akan guna cara dalam atau under table.

So istilah suap ni dah terbiasa dalam company tu. Dan saya percaya mungkin common practice kat company lain juga.

Pendek cerita, saya cerita pada suami tentang hal ni. Tiba2 dia ada cakap, “Apa kata berhenti kerja, sebab dah macam shubhah gaji tu”.

Kata kata ni sangat bersahaja tapi sangat terkesan. Sebab saya dapat rasa kan mungkin Allah nak sampaikan mesej tu melalui husband saya. Teguran dari Allah untuk cari kerja lain.

Sejujurnya, gaji yang boss offer sekarang alhamdulillah sangat berbaloi. Tapi contra dia bila kes2 suap ni.

Saya tersepit, seandainya boss ada suap atau apa pun yang jadi untuk dptkan project tu, boleh ke saya katakan saya tak terlibat sebab tugas saya untuk cari tender saja?

Contra yang kedua bila saya juga kadang2 ditugaskan untuk buat benda yang saya rasa tak sepatutnya dari segi documentation. “Doing magic” is really unhealthy habit.

Contra seterusnya, saya juga diamanahkan untuk siapkan tugasan adhoc yang kadang2 melebihi tugas sebenar.

Contohnya, buat document yang related to government bodies, dll. (termasuk bancuh teh masa teatime).

Sesetengah tu memang membantu untuk saya tahu banyak benda. Tapi too much ad hoc task sampai kan bila tenders terlepas, saya dipersalahkan.

Pernah sekali saya cuba resign sebab makan hati seolah2 boss anggap saya tak buat kerja, sedangkan boleh kata semua benda atas kepala saya.

Lepas hantar surat resign, manager koyak kan surat tu kata tak terima n ask me to stay, explaining like they are under pressure for the sales target. So saya terkena tempiasnya.

Masa tu memang makan hati tapi saya cuba juga untuk bertahan.

Pro points untuk kerja kat situ sebab rumah dekat sangat, gaji boleh tahan okay dan saya agak rapat dengan bosses.

To all readers yang mungkin ada buah fikiran, perlu ke saya berhenti kerja dan cari kerja baru? Berkat ke gaji saya kalau saya dah terfikir tentang shubhah?

Suami saya nampak happy kalau saya tak kerja sana. Tapi dia bukan jenis mendesak. Katanya tak adil kalau dia keluarkan arahan bukan atas kerelaan saya.

Saya dah apply banyak kerja tapi masih belum ada rezeki. Minta tolong doakan ya. Thanks :)

Thanks for reading. Im so open to your response.

– Sis Buntu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *