Hi warga IIUM Confession. Aku Ms.Santan. Aku cuma nak meluah. Emm… Mungkin hanya bercerita.
Aku dan Mr.Nyoq kenal dari sejak bangku sekolah. Tapi tidak pernah kenal rapat. Setelah masing-masing masuk ke alam pekerjaan, kami bertemu semula.
Dan hampir setahun kenal rapat kami ambil keputusan untuk bertunang. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah.
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Kami diuji. Selepas bertunang, kami jarang bergaduh sebenarnya. Jika bergaduh pun. Beberapa jam sudah berbaik.
Tapi ada suatu hari, kami bergaduh hal yang remeh sebenarnya.
Entah apa yang buat aku rasa sangat marah. Aku ungkit semua dari awal perkenalan. Yang buatkan dia rasa trigger. Terus minta untuk putuskan pertunangan. Masing-masing dengan ego sendiri.
Aku diamkan diri. Fikiran kosong. Skrol instagram, tiktok, facebook hanya pandangan kosong. Puas aku cari. Apa yang patot aku rasa sekarang.
Yelah. Selepas disakiti cinta monyet zaman sekolah dulu aku hidup single-mingle sahaja. Selepas perkenalan balik dengan Nyoq. Barulah belajar balik cinter-cinter tu.
Sambil baring di atas katil yang empuk tu, aku membebel seorang diri tapi dalam hati jela.
“Ini putus tunang. Bukan break (couple), aku nak kena buat apa ni. Nak kena nangis ke. Umur dah 27 tahun kena buat apa? Takan nak buat macam putus cinta zaman sekolah dulu-dulu. Dengar lagu sendu. Update status sedih-sedih. Tukar profile picture hitam, nangis bawah selimut”.
Tetiba satu whatsapp masuk. “Adik, Kakzah ni. Baju adik dah siap”. Yaa baju yang aku tempah untuk akad nikah dah siap. Aku ajak kawanku Si Ropeah.
“Wahh. Cantik kau pakai. Tak sabar nak tengok nanti masa akad nikah”.
Aku hanya senyum kelat. Nak sedih ke gembira ke. Aku tak pasti. Tapi memang baju tu nampak lawa sangat. Tapi sayang. Mr.Nyoq tak mau pulaa dekat aku. Em..
Selesai semua. Kami pulang. Aku mula terfikir kembali. Selalu malam begini, aku cari di semua platform sosial media tentang barang-barang perkahwinan.
Katering, MUA & Dewan semua itu aku dah book sebelum kami bergaduh itu hari. Tapi itulah. Em… Jadi disebabkan aku tak mahu ambil pusing.
“Emm nak buat apa eh? Selalu malam-malam begini skrol tktok risik-risik baju kahwin. Tapi sekarang… Ahhh tidur jelaa”. Aku pun lelapkan mata.
Keesokkan harinya, aku menunggu juga chat/call dari Mr.Nyoq. Tapi sunyi. Fikir aku. Masih marah agaknya. Jauh sudut hati aku. Aku masih harap dia mencari aku. Sebab selalu kebiasaaannya, jika kami bergaduh. Tidak akan lama.
Macam bermimpi pula, baru pagi semalam aku buatkan “wedding planning book” kami. Dari menu katering, looks MUA yang aku inginkan. Eh alih-alih tengahari dah bergaduh. Huhu…
Tiba-tiba satu notification masuk. “Salam, Santan&Nyoq plan nak pakai baju warna apa untuk sanding?”. Rupanya ibu Nyoq yang whatsapp.
Dalam hati aku hanya berkata, “Warna apa pun tak tahu. Anak ibu dah taknak kan saya” … Aku hanya membalas “Wasalam, tanyalah anak ibu. Saya hanya ikut saja”. *Bluetick.
Dari whatsapp ibunya, aku faham. Dia belum beritahu keluarganya. Semasa kami bergaduh pun. Masing-masing berkata akan cancel semuanya dan akan beritahu keluarga. Tapi aku hanya diam. Jalani hari-hari seperti biasa.
Malam kedua selepas kami bergaduh. Tiada juga khabar apa-apa. Buatkan aku tiba-tiba sesak dada. Air mata berjurai. Menangis juga bawah selimut. Huhuu..
Esok pergi kerja macam biasa. Perasaan bercampur baur, rasa nak pergi pujuk. Tapi rasa macam tak kena. Kadang rasa macam “alaaaa burn deposit pun tak apala. Janji tak siksa hidup orang dengan sifat aku”.
Jauh sudut hati aku. Masih mengharap tapi tidak terlalu mengharap. Susah nak explain.
Kadang terdetik juga. Umur-umur macam aku tak laa tua tak laa juga muda. Kalau jadi macam ini, perlu buat apa.
Waktu malam, menangis lagi. Di tempat kerja. Menangis lagi. Boleh menangis jela. Diam-diam. Nangis kuat-kuat malu dekat orang pula. Rasa sedih sikit-sikit ada laa. Dah air mata ni nak keluar. Aku support jela. Pergi tandas haa nangis la puas-puas.
Habis pening pikir kemelut dalam kepalaotak aku ni. Susah sangat. Aku whatsapp Nyoq “Kau betul-betul nak putus ke?”
Dia hanya membalas “Entahla. Dengan perangai kau suka mengungkit pasal aku sampai nak dekat kahwin pun masih macam ni. Takan lepas kahwin pun nak macamni?”
Aku hanya membalas “Tak…”
Aku hanya berfikir sebenarnya. Kebiasaaan sifat seorang perempuan menggunakan emosi dahulu. Mulut laju bicara. Untuk puaskan hati. Hujung-hujung baru gunakan akal. Rasa bersalah.
Actually, bila aku marah. Mulut aku laju bercakap. Untuk puaskan hati aku. Tapi mula hati dah sejuk kembali. Aku hanya rasa menyesal dengan apa yang aku “beletiaqqqkann” tadi.
Tengok mak-mak kita sudahlaa. Jika marah. Baju tak kemas. Pinggan tak basuh. Laju saja mulut berkata macam-macam. Ungkit besarkan kita dari kecil hingga dewasa. Alih-alih bila semua dah selesai. Ketuk pintu panggil makan. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Entahlah. Point aku ni sampai ke tak. Macam mana eh nak ubah sifat mengungkit untuk perempuan ni. Penatlah jadi perempuan. Nak jadi lelaki tak cukup handsome pula.
Whatsapp aku tadi Nyoq hanya bluetick. Biarlah dia fikir dahulu. Korang doakanlah yang baik-baik untuk aku yeee.
– Ms.Santan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit
Orang perempuan macam kau ni buatkan lelaki turn off, sumpah aku cakap, especially kalau lelaki tu lelaki baik. Ayat kau pasal “Kebiasaan Perempuan mulut laju bicara” ni, kau kena2 hati. Do your best untuk berubah. Kau dah 27 tapi tak ready lagi nak faham perasaan lelaki, aku suggest kau follow EmilyWKing untuk tahu pasal lelaki yang keluar dari mulut orang perempuan, selalunya 99% apa dia cakap lelaki setuju. Aku putus tunang dengan ex aku satu sebab je, sebab mulut jahat dia. Dia buka aib gaduh aku & dia kat kawan2 dia post kat wasap story, yang cilakak tu dia tunjuk part jahat aku je, part jahat dia, dia simpan, tunjuk konon dialah perempuan paling tersakiti hahah macam fak. Aku pun kenal ex aku since 2012 sekolah now 2024 aku 27, dia 26. Masing2 background kerja okay, family okay, sekufu la senang kata. Mulut dia & insensitivity dia terhadap aku & family aku tu paling aku tak boleh nak maafkan. Not only that, ex aku pernah tumbuk muka aku masa aku gaduh and aku diam. Aku ingat masatu aku boleh accept perbuatan tu,, rupanya,, bila dah clash ni,, aku tawar hati & benci dia sungguh2 sampaikan aku tak pernah terfikir dia akan jadi musuh pertama aku. Aku lelaki with mindset provider and tak pakai duit dia pun everytime dating, jarang gileeeeee lah guna duit dia, but now, hahaa since dia ego nak mampus,, asyik aku je kena rasa bersalah pujuk dia,, memang sampai matilah aku takkan nak dia dah. Aku nak orang lain. yang betul2 perempuan baik, bukan perempuan narcissist macam dia. Aku harap kau pujuk lah tunang kau sungguh2, merayu if perlu, and ubah diri jadi lebih baik so that tunang kau akan auto jadi baik bila dapat kahwin dengan perempuan baik.
Semoga dipermudahkan hidup awk Ms Santan, sy doakan Allah buka ruang yg terbaik utk awk, sy doakan yg baik2 utk awk