Pyar, Ishq, Mohabbat

Pyar, Ishq, Mohabbat

Apa erti sayang? Erti setia? Setiap hari sayang, yang luar biasa.

Jangan nyanyi pulak. Haha. Assalamualaikum semua. Perkongsian harini simple je. Pasal sayang menyayang, cinta dikenang, lumrah kasih berpanjangaaaannn…

Okaylah. Dalam hidup kita ni, mustahil kalau kita tak pernah rasa sayang pada orang walaupun sedikit. Mustahil kalau kita tak tahu rasa cinta dan kasih pada orang tu macam mana walau hanya sekadar 5 percent. Orang lain mungkin boleh kata, cintaku 100 percent! Tapi kita cuma diberi peluang untuk merasai hanya 5%. Sekurang-kurangnya, kita pernah merasa, betul?

Bila sayang, jantung mula berdegup degup. Tak tenang. Tapi hati rasa lapang. Hidup jadi bahagia. Ini, perasaan ni kita rasa bukan bila kita rasa sayang dengan pasangan je, tapi setiap kali kita menyayangi orang, rasa tu akan timbul, betul?

Cinta, kasih dan sayang itu adalah fitrah. Suatu perasaan indah yang Allah hadirkan dalam hidup manusia. Tapi perasaan itu juga boleh menjadi ujian kepada diri kita. Kenapa? Bila kita tersalah menyayangi, maka saat itulah ujian timbul pada kita.

Renungkan kembali. Dalam hidup ni kita sangat memerlukan manusia dalan hidup kita. Perlukan mak ayah, sahabat, pakwe makwe (huh? Tak payah nak berpakwe-makwe sangat. Tak perlu pun. Biashe ye tu). Sampai satu saat, kita tak sedar, bila dah terlalu rapat, sayang kita pada manusia tu akan muncul, melebihi sayang kita pada yang sepatutnya, iaitu Tuhan yang Maha Esa dan Rasul yang mulia. Dan sayang pada yang tak halal tu lah yang paling cepat mengalir, membuatkan manusia terpana dan terleka dengan indahnya dunia.

Dalam Surah At Taubah ayat 24 ada menyebut

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai LEBIH daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka TUNGGULAH sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Dalam ayat ini dijelaskan bahawa manusia itu tak sepatutnya melebih-lebihkan perasaan cinta itu kepada kebendaan selain daripada Allah dan RasulNya. Bukan bermakna kita dilarang untuk mencintai perkara yang lain. Sudah tentu tiada larangan, tetapi cuma tolong jangan berlebihan, even dengan mak ayah kita sendiri. Sebab kita tak tahu bila azab Allah itu akan muncul. Tak takut ke, bila Allah kata TUNGGU LAH. Muhasabah sahabat.

Namun Islam tak juga pernah melarang untuk kita ada perasaan menyayangi. Sayangilah sesiapa pun yang berada di muka bumi ni, supaya kita akan disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit. Sedangkan kalau kita sayang sahabat pun Nabi pernah berpesan dalam Riwayat Abu Daud

Anas r.a mengatakan bahawa seorang berada di sisi Rasulullah, lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sebelah Rasulullah itu berkata: “Aku mencintainya Ya Rasulullah.” Rasulullah bersabda “Apakah kamu sudah memberitahunya?”. “Belum”. Lalu Rasulullah bersabda “Katakanlah kepadanya”. Orang tersebut memberitahu sahabat tersebut “Aku mencintaimu kerana Allah.” Kemudian orang yang dicintai itu menjawab “Semoga Allah mencintaimu, kerana engkau mencintaiku keranaNya.”

Jelas di sini dikatakan bahawa, kita seharusnya mendahulukan Allah tanpa alasan. Apa apa pun yang kita lakukan, utamakanlah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terlebih dahulu dan jangan berlebihan dalam menyayangi yang lain. Berpada-pada dalam menyayangi, berhati-hati dengan ujian yang diberi. Kembalilah ke jalan yang Allah redhai.

Sekarang ni saya tengah siapkan manuskrip. Salah satu tajuknya adalah apa yang saya sampaikan sekarang ni. Ada sambungannya. Cuma penyampaiannya tak lah sesantai ini sangat. Hahaha. Kalau nak baca, berdoalah supaya manukrip saya tak direject. Ada banyak benda yang saya nak bahaskan. Semoga yang baik-baik untuk kalian jua.

Terima kasih ye. Kalau ada tajuk best best nak rekomen, dipersilakan ibuk ibuk bapak bapak semuanya yang ada di sini. Muah ciked.

– Saranghaeyo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit