Ragam Customer

Hai Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau cerita aku ni di approvekan. Aku Orked, berumur 22 tahun dan bekerja sebagai cashier di pantai timur. Hari ni aku cuti. So, tetiba tergerak hati nak menulis (dah lama sebenarnya tapi takde masa, hihihi)

Maaf kalau cerita aku ni panjang dan berbelit belit. Aku lama dah keje cashier ni, habis SPM terus keje. Sepanjang aku keje cashier macam macam perangai customer aku kena hadap. Hari hari okay, bukan kadang kadang. Waktu cuti je aku dapat relax kan kepala otak aku ni.

Sini aku nak cerita ragam customer:

1) Tak menyabar.

Hah ni perangai customer yang banyak buat aku tarik nafas dedalam pastu rasa nak hembus kat telinga customer.. Kau bayangkan eh.. Dia baru letak barang, pastu terus cakap “berapa dik, nah duit” aku scan pun tak lagi.. Yatohannnnnnn.. Sabar itu separuh daripada imannnnnn.

2) Duit berlipat lipat.

Aku boleh brain kalau dia takde purse atau wallet.. Tapi masalahnya purse dia bling bling lawa nak mampos tapi duit berkedut kedut apo coghitoooo.. Lepas tu berlipat lipat.. Ya ampunnnn ingat ni cabutan bertuah ke nak suruh bukak satu satu? Supriseeeeee huhuhu nangis kakak.

3) Campak duit.

Yang ni lagi aku tak boleh terima.. Main campak campak duit.. Eh eh eh ehhhhh kau ingat aku apaaaaaa.. Wahai customer yang acah acah ‘customer is always right’ tu (mata ke atas) jangan lah buat begitu.. Sila beri dengan baik ye lepas ni.. Kami ada hati dan perasaan tau.. Aku campak baki kau kang tau kau mengamuk, huhu.

4) Bina menara.

Aku taktau lah dia ni dulu bekas contractor ke apa, tapi kebanyakan nya semua macam ni.. (takkan semua orang kat sini keje buat bangunan kotttttt) korang dah kenapa susun barang bertingkat tingkattttt.. Gigih dorang susun susu tin tu tinggi tinggi.. Dalam hati aku, ya Allah Kau kuatkan lah hatiku ini ya Allah..aku pun slow slow lah amik bawak turun.. Bukan apa, kang kalau jatuh ke apa susu tu kena kaki macam mana? Dah aku yang dipersalahkan.. Cakap cuai buat keje ke apa.. Lerrrrrr.

5) Menebeng kat kaunter.

Anak anak kecil, jangan duduk dekat dengan kaunter pleaseeee..kami buat kerja bukan jadi model tegak kat situ..ni habis semua anak beranak dia duduk depan kaunter sekali tangan ada atas kaunter..macam mana nak buat kerja (nangis lagi) kalau kena tangan adik adik macam mana?? Mak ayah dorang buat taktahu je..mak ayah tolong alert benda..benda ni nampak remeh, tapi sekali dah jadi? Hmmm.

6) Acah ‘Datin’.

Kerja cashier ni mesti tak terlepas dari kena orang yang macam ni.. Aku selalu kena.. Beli barang bayar guna kad.. Padahal barang tak sampai RM30.. Sekali kad dia tak boleh pakai.. Dengan angkuh “ehh dalam tu ada 5k okayyyyy..macam mana tak boleh use plak? Your card machine tu beli mana?” Daripada muka aku semanis honey terus bermuram durja..maleh layan spesis gini.. Huhhh.

Hah tu jela dulu. Nanti ada masa aku sambung balik. Aku nak habiskan baca novel. Sedih pula cerita dekat novel ni. Byeeeeee.

– Orked

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *