Ragam Orang Kita

Assalamualaikum. Aku nak cerita sikit pasal kaum kita sendiri, iaitu MELAYU. Aku kerja sebagai kerani kat kilang perabot. Masa aku masuk kerja tu, bahagian production jawatan operator kekurangan pekerja. So boss aku minta aku cari pekerja melayu untuk jawatan operator ni. Aku pun buat iklan jawatan kosong kat fb, yelah fb kan banyak group jawatan kosong tu kan. Btw, boss aku cina. Untuk bahagian office ni, aku sorang je melayu.

Lepas je aku post, memang ramai yg comment, yg whatsapp aku tanya pasal kerja tu. Yg comment & yg whatsapp tu pulak, tanya beria2 last2 tak datang pun interview. Basic gaji kat kilang ni RM1000 je. Majoriti yg comment tu tanya pasal gaji, bila aku cakap basic RM1000, terus cakap ”takpe lah kak, gaji kecik lah.” Aku dulu masa mula2 kerja pun basic RM1000. Bila dah lepas 3bulan, aku jadi permanent staff. Terus gaji aku naik RM1500. Kalau campur OT boleh dapat RM1900.

Tapi tulah, budak2 sekarang ni gaji nak yg besar je, dah tu memilih kerja. Its normal lah kerja operator basic gaji RM1000. Kalau dah permanent baru boleh naik gaji. Tu belum campur OT lagi kan. Diaorg ni masa minta kerja bermulut manis cakap boleh OT lah, attendance boleh full, kerja rajin apa semua. At the end, haremmmm.

Kadang kadang sampai aku naik fedup nak reply whatsapp budak2 yg tanya pasal kerja kosong tu. 90% budak2 lepasan spm & umur bawah 25 yg minta kerja tu. Aku rasa better dapat gaji RM1000 daripada tak kerja langsung kan? Tak semua budak melayu macam ni, tapi kebanyakkan memang memilih kerja. Aku nak cerita pasal sorang budak ni. Aku namakan dia sebagai K. Dia dapat kerja kat sini sebagai operator.

K start kerja bulan 4, kalau ikutkan K memang dah jadi permanent staff tapi masalahnya K ni selalu tak datang kerja. Boss aku tu boleh dikatakan baik lah jugak sebab tak pernah marah dia. Tapi boss selalu tanya aku kenapa K tu tak datang? Aku dah sampai naik berbuih mulut ni nak jawab soalan boss aku tu. Yg si K tu pun satu hal, nak cuti ke apa, bagitahu lah. Ni tak, diam je. Last2 aku yg kena.

Korang bayangkan eh, sebulan kerja, attendance dia tak pernah full. Si K tu, datang kerja just 9 hari je. 9HARI JE OKAY! Kau rasa? Punch card dia selalu kosong. Dengan basic RM1000, kalau kerja 9hari, berapa sen lah sangat dapat. Umur dia dah 24, takkan dia tak terfikir nak kumpul duit ke apa. Nak bagi mak ayah dia lagi. Aku bukan apa, kita sama sama melayu.

Kalau dia kerja bagus, attendance full memang dia dah boleh jadi permanent staff dah & dapat naik gaji. Tapi masalahnya dia yg taknak tolong dia sendiri. Aku ada jugak tanya kenapa selalu tak datang? Dia jawab, ada masalah peribadi. Lahhh, kalau ye pun takkan lah sampai seminggu tu langsung tak datang? Lepastu dia diam je. Aku pun dah taktahu nak buat apa dah.

Hari ni 04/12/2018 dia dah diberhentikan sebab hal ni lah. Seminggu straight tak datang kerja, tak inform HR. Alasan dia pergi terengganu, aku tanya apesal tak inform HR? Dia jawab no hilang. Aku nak je bagi kaki kat dia. Kalau no HR hilang, no aku kan ada. Hilang akal apa, memang saja cari nahas. Last2 boss cakap berhenti jelah sebab dia pun dah dapat last warning tapi still lagi buat hal yg sama.

Dia dah kerja kat sini 8bulan dah. Lama tu, bukannya sekejap. Zaman sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Bila dah dapat peluang kerja tu, kerja lah sebaik mungkin. Sekarang ni, kat bahagian production dah ada 4org budak melayu yg kerja. Empat empat tu lepasan spm. Itu pun sama juga perangai macam si K tu.

Ingatkan bila K dah berhenti, takda lagi masalah macam ni. Eh eh ada juga. Sabar jelah diknon. Tapi budak2 lepasan spm ni dengar cakap sikit. Hope aku tabah lah untuk handle diaorg nanti. Hahaha doakan aku guys. Sayonara…

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *