Ragging di Sekolah III

Untuk part I, (https://iiumc.com/ragging-di-sekolah/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/ragging-di-sekolah-2/).

Assalamualaikum semua. Artikel ketiga aku adalah cerita gabungan kes-kes buli di sekolah harian dan sekolah agama/pondok.

Untuk pengenalan, sekolah agama dan sekolah harian itu mempunyai pelajar dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 6, Bezanya ialah pelajar Tingkatan 6 di sekolah agama mengambil STAM atau persediaan untuk ke negara di Asia Barat atau Afrika Utara (kalau ikut kedudukan geografi dari Amerika Syarikat ianya Timur Tengah).

Sekolah harian pula, Tingkatan 6 nya adalah untuk Pra-U ke IPT Malaysia. Di sekolah harian, aku tak masuk asramanya. Maka, kisah yang dicorekat merupakan dari mulut mangsa buli.

Untuk sekolah yang mempunya julat umur yang besar, maka istilah junior (baca: pelajar yang berpotensi untuk dibuli) adalah Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 3. Untuk Tingkatan 3, pelajar yang telah memunculkan sifat-sifat diri yang melawan, selamat dari buli.

Kes pertama yang aku tahu ialah pelajar Tingkatan 3 dibelasah oleh 7 pelajar Tingkatan 5 kerana tidak hormat senior. Dan, seperti kebiasaannya, para senior yang hina lebih memilih cara rewang (baca: pelajar yang dibuli akan dibelasah oleh sekumpulan pembuli).

Kes ni viral di sekolah kerana badan si pelajar Tingkatan 3 tu sedap, maka dia berjaya melawan balik kesemua pelajar Tingkatan 5 itu. Ketahuilah bahawa pelajar-pelajar senior yang mengamalkan konsep rewang di dalam pergaduhan adalah mereka yang tidak mempunyai kemaluan.

Kes kedua, warden belasah pelajar. Aku malas nak cerita panjang kerana aku tidak mau memberi konotasi negatif kepada pendidik anak bangsa. Aku tak nak para pembaca menyamaratakan mereka; ramai lagi warden yang mulia dan terpuji. Cukup untuk aku cakapkan, warden tu dah lama masuk balai kalau pelajar-pelajar yang pernah belajar di sekolah itu mendedahkannya.

Kes ketiga, yang ni aku dapat dari adik aku yang bersekolah di situ. Haritu, ditakdirkan bahawa salah seorang senior dari sekolah ni telah berjaya memenangi pertandingan realiti tv. Adik aku cakap, kalau dia dapat jumpa senior tu, nak je dia tanya apa perasaan senior tu semasa belasah dia di sekolah dulu.

Perghhh.. Rupanya adik aku yang pemain ragbi pun pernah kena buli dan dia tak pernah cerita pun sebelum ni. Boleh bayangkan muka senior tu sekarang yang dah suci mulus bercahaya atas cahaya (baca: nur ala nur) tu sebenarnya merupakan bekas pembuli semasa di sekolah dulu?

Mak aku yang dengar cerita ni mampu mengucap je la sebab Mak aku tu jenis layan tv dan radio XX yang si senior tu kerap bagi nasihat.

Kes keempat,, nama aktiviti ini ialah “Tumbuk Robok”. Istilah ini terkenal di semua jenis asrama (sama level macam lagenda Hantu Karipap). Caranya, hari pertama pelajar junior akan disambut dengan senyuman mesra para pelajar senior.

Seterusnya, pelajar senior akan bawa pelajar junior ke depan robok (baca: almari) pelajar junior tersebut dan menumbuk badan si junior sehinggalah terpelanting ke dalam robok.

Si senior haruslah berhati-hati semasa menumbuk si junior kerana tumbukan haruslah dilakukan sekali sahaja dan haruslah cukup kuat untuk mendorong si junior tercampak masuk ke dalam robok. Memetik ayat di dalam Pendekar Bujang Lapok, “gedebab dia jatuh… macam nangka daa”..

Nasihat aku untuk pelajar-pelajar di sekolah agama dan sekolah harian :

1. Lawan tetap lawan. Tiada konsep junior di “pukul untuk mendidik” (baca: belasah) oleh senior. Omong kosong.

Nasihat untuk warden dan pihak pentadbir sekolah :

1. Kekurangan warden tidak menghalalkan konsep “Senior Wakil Warden di Asrama” (diambil dari istilah; Raja Wakil Tuhan di Muka Bumi). Anda tahu tak berapa banyak kehancuran yang telah dilakukan oleh senior-senior ni?

Kelakarnya, sewaktu Tingkatan 3, aku pernah berniat untuk belasah seorang pelajar junior Tingkatan 2. Hal ini berpunca kerana si junior amat kurang ajar di dalam berinteraksi.

Tetapi niat itu tidak terlaksana kerana kemungkinan yang goda aku tu cuma syaitan yang berpangkat rendah, kalau pangkat Jenderal atau Syaitan Gemuk (baca: Majalah Asuh) mungkin dah jadi pergaduhan 1 by 1.

Ketentuan-Nya, semasa aku menemani bakal zaujah (baca: isteri) di lapangan terbang, boleh pulak terjumpa si junior. Rupanya, bakal zaujah dan si junior sama tempat belajar di Afrika Utara. Khulasahnya, syukur aku tak belasah junior tu.

Seorang terpelajar harus sudah berbuat adil sejak dalam pikiran apalagi dalam perbuatan.

TAMAT…

– Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *