Rahsia Orang Perempuan

Assalamualaikum wbt.

Aku nak share rahsia orang perempuan. Haa.. maybe ada yg dah tahu. Tapi ada juga, yg dah kahwin bertahun-tahun tapi tak tahu lagi. Sedar-sedar nak bercerai dah. Kira untuk bantu korang-korang yg dalam dilema lah.

1) Orang perempuan suka bermanja
Kalau kau tengok orang perempuan ni, tiba-tiba bercakap nada pun keras je dengan kau. Adalah apa yg dia tak berkenan tu. Mula-mula kau kena tahu, dia tengah datang bulan ke tak. Kalau ye, atau pun going to be, kau takyah sentap-sentap sangat. Orang perempuan kalau dia uzur, dia nak juga bermanja. Bukan masa lain je tau. Cukup kau peluk dia, tanya dia ‘how’s your day today?’. Lepas tu kau dengar luahan dia, maybe 30minit ke sejam dia bercerita. Bila selalu kau buat, percayalah dia akan kurangkan masa dia bercerita tu.Masa ni dia suka coklat tau, tak semua perempuan macam ni, tapi try lah bagi coklat.

2) Orang perempuan suka surprise
Kadang-kadang a small thing kau buat, boleh buat dia terharu dan ternanti-nanti kepulangan kau untuk dia dakap kau selepas penat dia bekerja (termasuk yg kerja housewives). Contohnya delivery sekuntum bunga. Ok-ok. Mahal jugak ni kut nak upah orang bagai. Hahaha. Contohnya kau tinggalkan sweet notes kat dalam beg kerja dia ke, tepek kat peti sejuk ke. Ingat, kena sweet tau notes tu. Jangan tulis “jangan lupa ambik Haqif arini tau”. Siap lupa letak love ke, smiley ke. Pastu, jangan pulak kau beli groceries, balik-balik isteri kau tolong kemaskan barang-barang, tiba-tiba dia jumpa coklat 5 ringgit. Tiba-tiba kau cakap, ambiklah, surprise untuk you tu. Sambil campak stokin kat lantai. Hukhuk. No, no. At least, kau hug dia, bagitau ” i know this chocolate is the chocolate that you usually buy, but i dropped by today and bought this, just for you,” peluk cium sikit dia, kau kena tahu lahhh timing bila dia jumpa coklat tu. Alahh…sure dia senyum simpul. Dari nak masak telur goreng je malam tu, terus tukar nak masak paprik ayam.

3) Orang perempuan tamak
Kau tolonglah jangan taburkan hadiah mahal-mahal untuk dia, for sure demand dia lagi tinggi lepas tu. Lagi-lagi awal-awal kahwin. Silap-silap dia guna kelemahan kau untuk dapatkan something dari kau, macam budak-budak umur 2 tahun buat tu kalau nak apa-apa. Kau mulakan dengan bagi small things, pastu sesekali bagi lah hadiah mahal for some memorable occasion. It is more valuable bila kau buat benda ni berterusan. Itu menggambarkan komitmen hubungan kau dengan dia tak pernah surut. Penting ni untuk long term relationship. Melainkan kau ni memang buaya miang, habis manis sepah dibuang. Memang trick hadiah mahal ni, senang nak pancing orang perempuan.

4) Orang perempuan senang cemburu
Kau salam ipar kau yg seksi dan free hair pun, dia boleh tak senang duduk. Ingat! haram bersalam dengan perempuan bukan mahram tau. Kalau kau suami, ada isteri howwttt and lawa, takyah lah duk upload gambar yg dekat-dekat sangat dengan kamera. Sampai bulu hidung isteri howwwt kau orang lain boleh kira berapa helai. Haihhhh, kalau bulu hidung pun kau boleh kira, tu tak kira alur jenis apa yg kau pampangkan, kawan-kawan kau boleh terliur meleleh bila on fb. Bila isteri kau tertengok kau macam tenung gambar bini orang lain (padahal kau tiba-tiba teringat dalam 2 minit, apa lahhh nak jawab kat boss kau esok ) masa kau tengah skroll fb, tu pun boleh jadi asbab dia muncung sedepa. So ladies, kau pun kene bijak jugak lah, dah si dia bagi password fb,insta dia…kau pi lah hide / unfollow mana-mana yg kau tak berkenan. Selamat mata suami kau, selamat hati kau juga. Buat diam-diam sudah.

Ok, cukup dulu 4 tips. Aku nak cebok anak jap. Chiao.

– Azroy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit