Rasa Cemas Yang Melampau II

Untuk part I, (https://iiumc.com/rasa-cemas-yang-melampau/).

Hye aku Bayang, ingat tak aku pernah cerita aku berdebar sampai kena masuk ward.

Berbalik kepada telinga aku, yang sakit, pada mulanya 2 bulan sakit sebelah kanan, 4 kali tukar ubat sebelum ke pakar ENT. Tapi hampa, bagi aku dekat pakar ENT periksa main main, tak teliti seperti klinik kesihatan, tapi siapa aku?

Aku hanyalah pesakit, sudah lah selepas periksa dia cuma cakap jaga kebersihan telinga je.. So selama nie aku tak jaga ke.

Tapi lepas pembantu dia sedut nanah yang bersarang dalam telinga aku, dan tukar ubat lagi, lega lah sikit.

Tapi selepas tu aku dirujuk ke mopd sebab jantung aku tinggi masa dekat emergency department, alhamdulilah aku bebas dari tyroid, jadi tak perlu datang dah. Kecuali untuk ENT.

Jadi semalam, kakak ajak pergi tengok anak kawan kami, sakit kanser, 1 jam lebih dari rumah kami, tapi sebelum ke hospital kami pergi shopping dulu, jalan jalan.

Batuk aku okey, selesma pun tak teruk, cuma telinga sebelah kiri rasa pelik. Ye asalnya sebelah kanan, selepas 3 hari jumpa pakar ENT telinga kiri pula rasa sakit.. Tapi cuma skala 2. Senang kata aku sihat, masa sebelum sampai hospital.

Jadinya berbalik pada hospital, kakak tolak aku atas kerusi roda nie, lalu bahagian kecemasan, jalan pintas nak ke ward. Zap… aku berdebar nak pecah rasa dada lepas nampak doctor di bahagian kecemasan, padahal doctor tu hensem apa, baju pun bersih.. Tapi aku tak senang duduk.

Tunggu depan lift, tetiba sekumpulan misi, dan katil kosong ada dalam lift, zap aku berpeluh dingin.

Sampai di ward kanak kanak, ramai doctor disitu, aku hilang suara.

Disebabkan anak kawan dia duduk dalam bilik lain dari lain, jadinya kakak tolak aku masuk dulu dalam bilik tu walaupun anak dia tak ada, pergi cucuk.

Jadi disebabkan aku ber wheelchairs, kakak masukan aku dulu, sebab tak nak serabut dengan orang nanti. Dalam tu sejuk tapi aku berpeluh. Dalam tu ada atuk baby dengan mak dia, tapi aku tak mampu nak bersembang walaupun aku ikut dna ayah aku loyer buruk,

Tiba tiba nurse ke sapa ntah masuk bilik tu, aku berdebar nak mati, aku ketuk cermin, suruh kakak keluarga aku, kakak buat muka garang seolah olah cakap, ‘ko duduk situ diam diam’.. Akak pasrah!

Akhirnya baby sampai lepas kene cucuk, comel.

Akhirnya waktu kami pulang, Allahu nak keluar dari ward ramai sungguh doctor aku nampak, sampai masuk kereta aku cari air.. Tekak aku dahaga.

‘Weh sapa berjalan, sapa kene tolak nie’. Tanya mama, kakak, adik.

‘i don’t care’.

Lepas tu aku batuk teruk, kepala aku pening, selesma teruk, mulut aku tak boleh buka luas! Sakit, telinga kiri yang tadinya sakit skala 2 sekarang skala 5.

‘Weh, ko nampak jenazah ke apa, sampai macam tu, soal kakak’.

‘Tak’.

Hahaha, punya teruk sampai kakak tanya nampak jenazah ke. Pukul 7, batuk aku makin teruk, kau bayangkan dah sakit telinga, batuk kuat pergh jauh pergi dia..

Kakak nak hantar pergi klinik, tapi masa tu magrib jadi kami balik je lah, ingat nak pergi hari nie tapi aku mlas, sakit dah kurang, tapi aku ngeri juga nie apa jadi dengan dengan telinga kiri aku nie.

Lepas pick up nenek aku, dekat rumah sedara, nenek bising sebab aku batuk, kau rasa?Tak pasal pasal aku naik angin.

Sudahnya sampai rumah pukul 8, aku tak solat magrib lagi, tapi serabut aku mandi sampai terlepas magrib..

Lepas tu pukul 9, tidur dekat sofa, bangun pagi, mak ayah tidur bawah sofa. Hahaha, biasalah aku kalau jadi macam tu, meracau sikit malam malam..

Sekarang ni, patut tak aku pergi pakar tu balik cakap pasal telinga kiri?

Dah sebenarnya apa jadi dengan aku, asal pergi hospital je teruk, tapi asal pergi je balik terus tak sihat.

– Bayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *