Rasa Cinta

Hai. Nama aku B. Aku sudah berkahwin.

Tiba-tiba teringat kisah cinta syok sendiri aku sebelum ini, maka aku ingin berkongsi.

Sebelum berumahtangga, aku ini seorang gadis introvert juga low self-esteem. Tidak pandai bergaul terutama dengan lelaki.

Aku tidak pernah bercinta, tidak ada teman lelaki, malah anti betul dengan orang cinta-cintun ini. Bagi aku, semua itu berdosa dan membuang masa.

Setelah grad, aku ikut satu kursus di mana peserta daripada semua universiti. 6 bulan juga aku di sana.

Antara banyak-banyak lelaki dalam 20 daripada 40 peserta, ada tiga orang yang sangat aku hormati sebab sering imarahkan surau.

Aku pun tidak tahu tiba-tiba perangai aku pelik dengan seorang mamat surau ini. Kita gelar dia Firdaus saja ya.

Tiba-tiba aku berdebar-debar bila berselisih dengan dia.

Tiba-tiba bila dia present di hadapan, aku terpaksa keluar kelas sebab dada rasa nak meletup.

Tiba-tiba bila dia tiada, aku tercari-cari. Padahal aku dengan dia jarang bercakap!

Aku tertanya, hei, kenapa dengan aku ni? Perasaan apa ni? Ya Allah, aku tak pernah rasa. Seksa tapi sweet gitu. Huhu.

Maka setiap pagi juga aku tahajud, tapi aku tak tahu nak doa apa.

Perasaan ini sungguh sayang untuk dibuang, tapi dibiarkan dalam diri sungguh menyeksakan. Baru aku tahu penangan cinta!

Dipendekkan cerita, baru aku tahu dia dah bertunang.

Tunangnya aku pernah jumpa, sweet gila, solehah lagi. Memang jauh beza dengan aku yang ala-ala tomboi hitam manis ni.

Maka, menangis lagi aku tak berlagu.

Tapi sekarang aku dah kawin dengan suami yang perangai macam aku juga.

Ada yang kami sangat kontra, namun ada juga persamaan yang buat kami saling melengkapi.

Sampai sekarang, aku lebih memahami mereka yang bercinta sebab aku sendiri pernah merasa.

Rasa itu anugerah, cuma perlu dikendali supaya tidak tergelincir. Cewahhh.

– BB (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *