Raya Yang Tiada Makna

Raya Yang Tiada Makna

Thanks admin sebab share confession ni. Jadikan pengajaran especially pembaca yang rasa umur dah lanjut (hahaha). Aku anak bongsu yang kematian ayah sejak umur 9 tahun. Aku duduk dengan mak aku dan seorang kakak tapi bila kakak aku dah kahwin, dia tinggal sendiri di tempat lain.

So, aku di jaga oleh mak sahaja yang abang2 dan kakak2 lain akan datang bila ada masa terutamanya hujung minggu. Aku dibesarkan dengan cara sangat tipikal, kalau buat salah cakap elok2 kurang daripada kena herdik, perli, sinikal dan pukul cuma bila dah remaja takdelah kena pukul lagi cuma herdikan, makian dan perli tu macam bread and butter but in the end kau ada masalah identity. Aku tahu bila dah ada anak bila ko banyak membaca.

Lagi satu aku ni selalu benar dinasihatkan oleh kakak tapi baru aku tau hasil pembacaan kalau ko terlalu banyak terima nasihat pun tak baik sebab ko akan kurang berdikari. Dalam mendidik anak2 aku prefer mendengar daripada expert dan juga pembacaan melalui tulisan expert serta perkongsian pengalaman daripada mereka yang aku percaya ada. Sebab family aku ni walau rata2 ada degree masih berpegang kepada kata orang tua2 walau secara saintifik tak dibuktikan serta takde benefit, ikut sebab masyarakat melayu buat. Kira tipikal totok la tu.

So korang dah tau latar belakang aku, meh aku sambung pasal Raya pula. Sejak remaja bagi aku Raya tu tak lebih kepada sembahyang Raya, abang2 dan kakak2 datang rumah lepas sembahyang Raya itu pun kalau turn rumah nak aku. Masak Raya kadang2 mak aku dan kadang2 kakak aku. Datang petang masak lepas buka balik rumah dia pagi raya lepas sembahyang baru datang.

So korang bayangkan itulah Raya aku tiap2 tahun. Nak rasa best pun kalau pergi beraya itu kalau ko pergi sebab ada orang bawak. Best ke tak? Hahaha…then, lepas SPM Aku pergi matrix, masuk uni dan kerja dan skrip cerita raya tetap sama hingga kahwin. Bila time aku balik rumah mak aku memang boring tapi balik lah jugak sebab mak, suasana masih lagi sama. Bila turn rumah mak mentua barulah ada sedikit meriah dan seronok sebab adik beradik wife jarak tak jauh dan kepala semua ok manakala sibling atas aku jarak 12 tahun. Korang bayangkanlah.

Disebabkan ko dah ada career sendiri dan pengalaman dan exposure yang dikutip tu berbeza confirm cara ko berbeza, pandangan ko berbeza cuma kalau adik beradik yang dah tua anggap selalu diaorang betul tapi sebenarnya tak betul akan jadi clash. Hubungan aku dengan mak aku suam2 kuku tak berapa baik sebabnya aku dah tak boleh terima banyak benda. Cara didikan yang aku lalui tu memang tak boleh brain lebih2 lagi bila ko dah ada anak ko lagi nampak cara tu. Aku sedaya upaya cari commonality dengan mak dan sedikit sebanyak bolehlah bertahan. Yalah sebab dia mak aku.

Beberapa tahun lepas aku bergaduh besar dengan nak aku last day puasa, aku rasa masing2 tengah tension sebab rumah mak aku kena pecah masuk banayk barang berharga hilang termasuk laptop company. Selepas rumah kena pecah, aku bawa mak aku dan bini aku ke bank sebab bini aku nak tukar duit. Biasalah bini aku jalan lenggang2 kangkong dalam kereta aku mengomellah lambat la bini aku ni. Mak aku dengar terus membebel2 yang ntah apa2 smpi aku tak tahan dan marah2.

Tapi waktu yang tension tu aku boleh je stay kat rumah mak aku lagi tapi sikap mak aku yang aku tak tahan even cuba berbuat baik nak salam minta maaf pun tak nak hulur tu tak nak sambut tu yang aku belah. Tahun tu adalah tak best sebab Raya kat hotel. Abang2 dan kakak2 aku marah tapi yang perempuan ada juga diplomasi. Dalam group whatsapp teruk aku kena maki. Sejak tu hubungan tak baik dengan abang2 aku kecuali dengan kakak2 aku sahaja.

Raya tahun ni adalah Raya yang tak best berbanding raya2 yang tak best seperti tahun2. Kakak2 aku cuba plan nak damaikan aku dengan abang2 aku yang lain tapi petang tu aku bergaduh dengan kakak aku sebab aku tak nampak pun apa yang dia nak smpikan melainkan nak cari salah aku je. Aku percaya abang2 aku ada cakap sesuatu dengan kakak aku yang sorang ni tapi bila aku tanya kakak aku cakap takde apa2. Aku tahu kakak aku yang ni reserve something daripada pengetahuan aku. Kakak aku yang sorang lagi call setting tempat nak jumpa apa semua dan berjalan lancar.

Tetapi masa jumpa tak berjalan lancar sebab dalam fikiran abang aku yang jumpa memang sengaja nak provoked aku. Sedikit perbualan yang aku rasa tak mendatangkan faedah aku terus belah sebab tak nak bergaduh depan orang ramai. Abang aku tak puas hati tuggu aku depan rumah. Sumpah seranah macam biasa walau baru balik bawa anak bini buat umrah, ketayap kat kepala pun letak tepi.

Aku dulu kerja enforcement aku faham lah juga technical undang2, memang Abang aku obstruct aku daripada masuk rumah (nak je buat report polis tak pun ko manipulate marah dia hingga breach undang2). Semata-mata nak dengar sumpah seranah dia. Segala perkataan yang bukan level umur nak masuk 50-an (confirm aku tak respek lepas ni) pun dia cakap.

Bila aku tak tahan aku psycho balik lagi la menyinga dan terus keluar yang aku ni tabur duit kat mak aku sebab aku banyak duit. Yang ni memang trigger aku, baru aku tau rupa2nya ada yang cemburu bila aku bagi mak aku duit. Ya, aku ada bg mak aku duit sebab tu tanggungjawab anak lelaki sebab mak aku tak bekerja harapkan pencen kerajaan yang berapa sen sahaja.

Perangai aku ni pulak suka kongsi, yalah aku dulu orang susah. Bila ada duit apa salahnya aku belanja family makan, bagi duit kat anak2 saudara yang masih belajar (bukan selalu pun) pengalaman aku dulu abang2 dan kakak2 aku ni bab duit berkira sedikit. Dia orang ada bagi cuma kadang2 ada juga aku minta tapi ko kena bebel lah dulu dia orang cakaplah yang aku suka minta duit boros, tak reti nak jimat bla2 apa semua, minta kat seorang abang sorang lagi memang taklah sebab, duit susu anak pun pinjam aku. Abang lagi sorang tu minta duit terus marah2. Since then aku tak pernah minta kecuali dia

Sejak perang mulut dengan abang2 aku pada malam Raya, memang Hari Raya tak best langsung, Raya pun sebab anak2 baru nak idup dan nak kenal raya. Hubungan adik beradik aku tak sure sebab ramai anggap aku tak sayangkan hubungan adik beradik tapi Allah sahaja yang tahu. Tahun depan turn aku Raya kat rumah mak aku, macam mana tu, aku kena plan something la gamaknya.

– Toyot (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit