Realiti Mempunyai Ahli Keluarga Yang Bekerja Di Awan Biru

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana memberi peluang kepada pengakuan aku diletakkan dalam laman ini.

Aku anak kepada seorang ayah yang bekerja untuk salah sebuah syarikat penerbangan ternama dunia. Tujuan aku menulis “confession” ini bukanlah untuk membangga diri, tetapi untuk memberitahu realiti yang ramai tidak tahu dan sedar.

1) “Mesti selalu cuti luar negara naik first/business class”

Ramai orang beranggapan bahawa menjadi ahli keluarga kepada seseorang yang bekerja di awan biru ini selalu bercuti, tidak kira di dalam atau ke luar negara. Untuk anak/isteri/suami juruterbang, all the way first/business class. Memang tidak dinafikan, entitlement ataupun privilege yang diberikan oleh premier airlines seperti Singapore Airlines (SQ), Malaysia Airlines (MH), Emirates (EK) kepada juruterbang – salah satunya ialah tiket percuma dalam kabin premier. Dalam syarikat yang bapa aku bekerja dengan, setahun dua kali, apa yang aku dengar, confirmed business class, standby first class (for now it’s only applicable for A380 due to the availability of cabin). Memanglah entitlement akan diberikan tapi hanya kami yang tahu betapa peritnya nak dapat release ticket.

Bukan tak bersyukur, sangat bersyukur dapat peluang melancong tetapi apabila nak dapat boarding pass, punya la susah. Cuba bayangkan, pernah sekali, aku sekeluarga ingin pulang dari Istanbul, boarding pass kami diberikan 20 minit sebelum kapal berlepas. Belum kira jalan ke imigresen, kastam dan ke balai berlepas. Nak jadi macam Usain Bolt pun dah dekat dah. Masuk kapal pun orang lihat macam kena kejar anjing. Kau juga berisiko untuk diturunkan kelas kabin (downgraded) kalau flight tu penuh. Masa case aku dari Istanbul ke Kuala Lumpur, aku seorang kena duduk di Economy. Dulu aku ada stigma tentang class Economy untuk long-haul flights ni teruk betul, lepas beberapa flight aku kena downgrade, aku conclude yang takda la teruk sangat.

2) Hidup dalam igauan yang boleh menjadi menakutkan

Kebelakangan ini, insiden kemalangan kapal terbang menjadi bualan utama. Sebenarnya, benda ni dah lama dah, cuma sebab baru-baru ini Malaysia Airlines terlibat dalam kemalangan yang tragis (pada pandangan aku, bukan salah mereka pun, MH is known for having the best safety records). Sejak kecil lagi, kau terfikir adakah kau akan jumpa ayah kau untuk kali terakhir. Kau tengok Air Crash Investigation di National Geographic, apabila ayah kau tiada, mula la gambaran yang tidak elok. Pernah sekali, ayah aku punya scheduled flight tidak sampai-sampai, sampai mak aku kena call Crewing Office. Kau bayangkan suspense masa tu. Time typhoon yang melanda sesetengah tempat di dunia dan kau tahu ayah kau ada flight to and fro that particular place.

Aku minta kepada sesiapa yang kenal orang yang mempunyai ahli keluarga yang bekerja di awan biru, tolong la jaga apa yang dilontarkan dari mulut. Aku pernah sekali pergi kelas memandu, instructor siap tanya ayah kerja apa. Dah tanya tu, dia boleh cakap pulak, “tak takut ke ayah mati tak berkubur?”. Apa perasan kau kalau kau jadi aku dan masa tu ayah kau tiada di rumah. Aku faham ada yang merely curious, tapi tanya la dengan sopan. There are more car crashes than flight crashes, we all know that. Aku tahu ayah aku berusaha mendapatkan income yang halal dan aku tawakkal kepada Al-Ahad (yang Maha Esa).

Salah seorang kawan ayah aku, dulu sama tempat kerja, sekarang telah berpindah ke Hong Kong. Dia balik sebulan sekali, anak-anak dan isteri tinggal di Kuala Lumpur. Tipu la kalau tak risau. Dulu ada ura-ura ayah aku ingin ke Saudi Arabia,gaji 3 kali ganda, rumah bungalow diberi, dapat duduk Riyadh atau Jeddah. Seronok aku dengar sebab Riyadh ialah bandar yang membangun dengan pesat dan kau boleh jumpa masyayikh seperti Shaykh Saalih al-Fawzaan. Jeddah, dekat dengan Makkah, imagine the blessings of living in Saudi. Tolak tepi segala stigma yang ada tentang negara Saudi – tak kenal maka tak cinta. Tetapi antara polisi syarikat itu ialah, kalau kau bekerja bersama mereka, 12 bulan pertama, anak bini tak boleh ikut. Aku tahu ramai juruterbang yang pergi bekerja di syarikat penerbangan Timur Tengah kerana pulangan yang lumayan. Namun, mak aku tak sanggup, maka ayah aku pun stay dan Alhamdulillah, blessings came in other ways.

3) Their absence on family gatherings/important events isn’t something new

Ni aku rasa hampir semua tahu, they won’t be around at most times on gatherings and events like Eid, Result Day, Graduation Day, et cetera. Tahun 2014 ialah tahun pertama ayah aku bekerja pada Eid ul-Fitri, selama hampir 2 dekad mak dan ayah aku berkahwin, itu kali pertama. Janggal juga rasanya namun itulah pengorbanan yang kau kena lakukan. Nak marah pun buat apa, selama ni, orang lain juga kerja time Eid. Aku ingat time aku PMR, masa result keluar, ayah aku tiada. Time Grad sekolah, dia pun tiada. Kalau kau ada family member jadi aircrew, kau akan faham. Bukan aircrew je, doctor pun. We always stick to the mindset of there’s time that you’d have to sacrifice.

4) Dipandang Sebelah Mata oleh Sesetengah Airport Ground Staff

Ini aku tak tipu. Memang obvious. Kalau ada yang kerja ground staff dekat airport, maaf, tapi memang ada segelintir macam ni. Kadang-kadang sampai naik bosan nak check-in, sebab dilihat kami ni macam peminta sedekah. Bukan nak mengungkit, tapi the entitlement is what we deserve but we’re treated like third-class citizens. Aku dengar cerita tak elok daripada seorang travel agent tentang ground staff juga tapi aku memilih untuk tidak bagitahu. Aku bukan mengugut, tapi cuma nak nasihat, kalau kau buat benda tak elok, Tuhan nampak. If you get reported to the management office, you’ll be in hot water. Looking at the bright side, there are good ground staff. They help you out from check-in to seat allocations, dorang memang all out tolong sebab they have nothing to lose and they enjoy doing their job, I guess?

5) Standby

Standby ialah term ‘on-call’ untuk aircrew. Kalau kau kena standby, jangan la menggatal nak pergi Sunway Lagoon, tengok wayang, masak dodol ataupun pergi berjalan-jalan jauh. Standby untuk aircrew selalunya diberikan time frame, contohnya, kau ada standby 10 am – 6 pm, Monday to Tuesday. Maka hari Isnin dan Selasa tu, lepas pukul 6 la baru kau boleh berura-ura nak buat itu ini. Jangan la buat gila taknak angkat phone, tak pasal pasal ada bad record. Aku pernah baca, ada seorang stewardess, zaman handphone bukanlah necessity lagi, hanya telefon rumah menjadi medium perantaraan, time dia standby, dia pun main keluar rumah. Balik je rumah, airline van hon macam nak roboh dekat pintu. The airline will get you, in any way they can. Tak terkejut kalau tengah family gathering, tiba tiba kena balik sebab ayah kau ada flight dalam masa 2 jam.

6) “Kerja pilot/steward ni senang. Duit banyak tapi kerja senang.”

This is ridiculous. Ada yang cakap profession in the aviation industry ni easy money. For pilots, you have base checks, twice a year, every six months. Tak silap aku, kalau kau fail, kau grounded. Aku tengok ayah aku belajar buku tebal-tebal pun aku seram. Simulator (machine yang jadi training place untuk pilots) pun ada exam and they have irregular usage hours, ayah aku kadang-kadang pergi simulator exam pagi-pagi buta. Tak pasal-pasal ‘jet-lag’ tanpa travel pun.

Cabin crew ramai orang assume they chant “chicken or fish” and “coffee or tea” only. Those who said that probably don’t know, they have emergency evacuation procedures to follow, CPR certification to pass and a lot of things that cover a lot of career scopes. Jangan senang senang panggil orang in-flight waiter/waitress. I know a steward who could speak various languages, accompanied Mahathir to be a translator. It came to my knowledge he also knows Swahili. Cabin crew pun kena belajar how to evacuate hundreds of passengers within minutes in case of emergency. If you watched the video of the Emirates plane crash, you surely must have seen how to crew rushed to get everyone out. Tak kira lagi yang bersihkan muntah anak kau, toilet dalam kapal yang bersepah lepas guna dan macam-macam lagi. It came to my concern to tell, kalau you naik flight dan guna toilet, tolonglah bersihkan before you keluar. Lagi lagi long-haul flights, bukan you seorang je nak guna, ramai lagi. At least kalau sink tu kotor, lap la guna tissue, sampah buang elok elok. Kan elok tu. *thumbs up*

I think I’ve talked a lot on this issue and I’m glad I’ve addressed it. Ramai orang tanya, taknak jadi macam ayah ke? I’d say, I don’t have to passion to but I’m really interested in the aviation industry as a whole. Macam Richard Quest. To anyone who’s pursuing or wants to pursue aviation as a career, I wish you all the best!

– Taknak Jadi Pilot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit