Saya nak luah cerita saya yang seakan sama dengan artikel yang bertajuk ‘Isteri Setia’, https://iiumc.com/isteri-setia/
Saya Yuyu, seorang ibu kepada 2 orang anak. Kahwin dah dekat 9 tahun. Saya pernah alami macam puan. Cumanya suami saya tak mengunyit dan tak main perempuan. Tapi ambik syabu, tengok porn, panas baran, malas kerja, dan fetish pada swinger.
Saya nasihatkan puan cek suami ada ambil apa2 barang terlarang atau tak. Kadang2 efek barang terlarang yang buat dia berhalusinasi dan fetish pada hal tak masuk akal.
Suami saya ambik syabu masa tahun ke 3 kami kahwin. 2 tahun pertama kami sangat bahagia tanpa ada masalah apa2. Masalah muncul bila dia start ambik dadah.
Suami saya bila under syabu, dia sangat high, tak tidur malam sebab asyik menonton porn. Saya tahu sebab banyak kali kantoi dan banyak kali juga kami bergaduh teruk. Syabu membuatkan dia bernafsu tak kira masa.
Saya tengah tidur pun kalau dia nak, dia nak jugak. Tak fikir saya penat atau nak kerja esoknya. Disebabkan hubungan seks tak menentu ni, saya ambil perancang kehamilan.
Suami saya malas kerja. Dia kerja bila bersemangat je sebab syabu buat dia cergas. Bila efek syabu habis, dia jadi malas dan mampu tidur 24 jam. Bangun hanya untuk makan. Solat pun tak. Last, bos dia fedup dan suruh dia berhenti.
Makanya dia jadi biawak selama berbulan-bulan tanpa usaha cari kerja lain. Kami kerap gaduh bila saya suruh dia cari kerja.
Dia juga join forum swinger malaysia. Banyak kali dia pujuk saya buat seks dengan lelaki lain, dia nak tengok. Dia pernah pm laki lain and set masa dan tempat untuk saya. Tapi saya tolak dan marah. Sangat2 marah masa tu.
Pernah juga saya cek fon suami dan kantoi dia upload gambar saya tengah berkemban pakai tuala di platform swinger tu. Semua laki2 horny komen sangap dekat gambar saya.
Saya rasa sangat malu dan marah sangat. Saya suruh dia delete gambar dan delete acc swing tu. Saya marah macam orang gila dan pecahkan segala barang, sampai dia pula menikus.
Kadang2 ketika kami berhubungan intim, dia akan cakap kuat2 seakan2 sedang berhalusinasi saya dengan lelaki lain. Saya turn off dan terus stop. Saya tak layan imaginasi dan keinginan dia.
Suami sangat obses dengan bentuk tubuh saya sampai nak kongsi saya dengan orang lain. Nauzubillah. Mujur saya jenis tegas orangnya.
Suami jugak panas baran. Faktor ambil syabu akan buat dia moody tiba2. Takde angin takde ribut akan ada fasa dia akan cari gaduh dengan saya. Dia akan attack saya. Saya menjawab saya kena. Saya diam pun kena. Ya, kena maki, kena pukul.
Saya dan suami pernah ke pejabat agama untuk dapatkan sesi kaunseling. Saya yang ajak. Tapi bila dah dapat tarikh, suami tak nak pergi. Means, macam2 cara juga saya usaha untuk bagi dia berubah dan pulihkan hubungan rumahtangga. Tapi tak menjadi.
Hal2 yang berlaku semua buat saya sangat stress dan tak enjoy sebagai isteri. Jadi tak seronok nak jalankan tanggungjawab.
Duit pun tak pernah cukup sebab saya satu2nya provider, gaji pula tak setara mana. Hidup dalam ketakutan. Saya jadi anxiety, dan risau dengan keselamatan saya dan anak2.
Jadi, saya report pada AADK, buat surat untuk masukkan suami saya ke pusat pemulihan dadah. Bila dia dah masuk sana, saya tetap pergi melawat dia bawa anak2, sepanjang dua tahun dia ditahan disana.
Cuma bila suami tiada di rumah, saya jadi lebih happy dan tenang, muka saya pun glow up dan jauh jadi lebih cantik. Anak2 pun ceria, takde lagi resah gelisah.
Semua tu cerita 3 tahun yang lalu. Lepas suami saya bebas, dia kembali jadi suami yang macam saya mula2 kenal dulu. Jadi suami dan bapa yang bertanggungjawab, takde lagi marah2.
Dia bagi tahu, masa kat dalam pusat, dia selalu dihantui dengan salah dan dosa2 dia pada saya dan anak2. Tapi kaunselor dan ustaz2 dalam tu banyak menyedarkan dia, membantu bagi tazkirah dan nasihat.
Kesimpulannya, saya pun isteri yang setia. Setia tak bertempat kan? Saya tahu orang geram sebab saya masih setia pada laki macam tu.
Cumanya kes puan di artikel sebelum ni mungkin lagi teruk sebab dah melibatkan zina dan seks songsang. Saya nasihatkan puan keluarlah tinggalkan suami yang toxic tu. Bahagiakan diri dan anak2.
Anak2 kita perlukan ibu yang sihat mental dan fizikal untuk meniti hari2 mereka. Baru lah mereka dapat membesar dengan happy.
Andaikata ada di kalangan pembaca, yang ada masalah suami kaki dadah, sila lah buat laporan pada AADK. AADK takkan mendedahkan nama pelapor. So jangan risau ok.
Dan please, ambillah perancang. Bukan hanya sebab masalah kewangan, tapi untuk mental health kita. Terus kuat ya wahai para isteri yang dianiaya dan dizalimi.
– Yuyu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah. Terima kasih puan sebab kongsi pengalaman di sini. Semoga Allah melindungi puan dan keluarga puan.
Masya Allah puan. Kesabaran puan sangat dikagumi. Semoga puan lebih berbahagia sekarang bersama suami dan anak².