REPLY: Nafkah Batin Seorang Isteri

Salam.. Hai semua.. Aku baru lepas baca confession https://iiumc.com/nafkah-batin-seorang-isteri/,

Sekali baca aku rasa macam story aku pulak. Hahaha. Cuma bezanya kami dah jumpa jalan penyelesaiannya.

Aku dah berkahwin lebih kurang 8 tahun, anak dah 3 orang. Awal perkahwinan bab nafkah batin ni memang okey tak ada masalah langsung. Tapi lepas anak dah bertambah2, makin lama makin jarang2.

Nafkah zahir tu lagi la tak ada masalah sebab suami memang seorang yang bertanggungjawab.

Suami aku pun macam suami confessor jugak bukan jenis yang romantik. Bab ni pun aku tak makan hati dah. Janji dia baik dapat jaga aku dan anak2 pun aku dah bersyukur dah.

Awal2 aku okey bila hubungan kelamin makin jarang2 buat. Maklumlah, kadang penat kerja, balik rumah urus anak2 dan rumah lagi, so kalau tak ‘dapat’ selalu pun aku tak kisah.

Tapi dalam beberapa tahun yang lepas suami berubah. Berbulan2 dia tak sentuh aku. Hampir setiap malam suami mengelak tidur dengan aku, kadang dia tidur kat bilik anak2.

Kalau tidur sebilik pun dia akan membelakangkan aku. Kalau aku bagi hint segala, goda dia ke apa, dia buat2 tak tahu. Benda ni jadi berbulan2 lamanya.

So satu hari aku confront la benda ni pada suami. Mula2 suami berat jugak nak terus terang. Tapi last2 dia bagitau jugak yang dia tak ada keinginan untuk bersama. Dia pun tak tahu kenapa.

Kalau bersama pun nampak dia macam terpaksa dan akan stop dipertengahan. Takde ending. Haha.

Kebetulan suami memang tengah ada masalah besar dalam company dia, jadi dia kata mungkin sebab terlalu memikirkan masalah tu dia jadi hilang nafsu s*ks agaknya.

Aku pun okey la dah dia kata macam tu kan. Aku pun fikir mungkin benda ni ada kaitan dengan psikologi. Mungkin banyak berfikir buat suami tak boleh nak fokus pada hubungan ni.

Tapi lepas dah beberapa bulan, masalah company dah makin okey, tapi dia masih tak okey. Waktu ni macam2 dah buat. Pergi bercuti honeymoon berdua dah buat. Dating berdua pun boleh kata selalu.

Rasa cinta dan sayang tu memang bertambah, tapi bila nak ber’hubungan’, suami macam tak boleh nak on.

Waktu ni aku tanya dia betul2, apa masalah dia? Kalau aku dah tak menarik dimata dia atau dia ada perempuan lain bagitau, terus terang tapi jangan buat aku macam tunggul.

Dia terus terang pada aku yang dia bukan sahaja tak ada nafsu kat aku, kat perempuan lain pun dia tak ada nafsu jugak. Punya la nak kata dia punya nafsu totally hilang.

Tapi bukan lah bermakna suami aku ada nafsu pada lelaki pulak lol.

Waktu ni aku dah rasa something wrong. Takkan mati pucuk pulak? Suami aku pun rasa benda yang sama. Tapi lepas berbincang segala bagai suami aku buat keputusan jumpa doktor untuk cek.

So kitorang search la klinik sakit tuan yang berdekatan, book appointment. Mula2 aku ragu2 jugak. Takkan la muda2 suami dah mati pucuk? Tapi suami tetap nak cek sebab katanya dia tak nak zalimi aku.

Katanya kalau betul dia mati pucuk dan tak ada rawatan untuk dia, dia akan lepaskan aku. Dia nak aku bahagia. Tapi kalau boleh dia nak try sampai boleh sebab dia sayangkan aku.

Aku ni tak ada la niat sampai nak berpisah sebab masalah macam ni. Lagipun aku percaya setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Disebabkan aku tengok kesungguhan dia, aku pun sama2 support apa yang perlu.

First appointment kena buat test darah. Resultnya amat la mengejutkan. Hormon testosteron suami sangat2 rendah. Doktor diagnosis suami aku menghidap disfungsi ereksi(mati pucuk).

Banyak faktor kenapa hormon testosteron boleh jadi rendah. Waktu ni jugak la suami aku baru tau dia ada beberapa penyakit metabolik, darah tinggi, kolestrol tinggi, dan itu antara penyebab jugak peredaran darah dalam salur darah kurang lancar.

Suami aku ni luaran dia memang nampak macam orang sihat je. Badan pun nampak fit. Tapi tu lah. Jarang buat medical check up, tak sangka rupanya ada penyakit. Mujur jugak buat test, dapat tahu lebih awal.

So, faham la aku punca suami ‘lari’ dari aku setiap malam. Dia malu nak mengaku ‘kelemahan’ dia.

Tapi setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Setiap penyakit ada ubatnya. Appointment berikutnya doktor bekalkan beberapa jenis ubat dan supplement. Diet pemakanan pun kena jaga, exercise kena rajin buat.

Alhamdulillah suami aku follow semua kata doktor, appointment pun follow tanpa gagal, kesihatan makin membaik, hormon testosteron pun dah semakin naik dan lama2 ubat pun dah semakin dikurangkan.

Dan semestinya hubungan kami pun dah kembali normal balik macam dulu.

So kalau ada yang menghadapi masalah macam ni, tak rugi pun sebenarnya bincang secara mendalam dengan suami. S*ks ni keperluan. Betul, benda ni fakta.

Mungkin masalah confessor tak sama dengan masalah yang aku hadapi. Tapi bab duduk berbincang dan cari jalan penyelesaian bersama tu kena buat. Jangan sampai makan hati.

Buang la rasa malu atau rasa terhegeh2 menagih cinta suami. Kena open, dalam masa yang sama jangan judge suami.

Suami pun seeloknya jangan la diam. Kalau ada benda yang tak kena pada diri atau isteri, kena bagitahu. Cari jalan penyelesaian sama2.

Kalau tak, sampai ke sudah tak tahu apa masalah, akhirnya batin isteri yang terseksa, awak pun dapat dosa.

Apa2 pun aku harap confessor dapat selesaikan masalahnya dengan baik dan dipermudahkan segala urusan.

– Dee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Masalah saya hampir sama dengan Pn Dee, cuma ia terjadi kepada isteri saya. Sekurang2nya suami Pn Dee masih mahu berubah. Saya masih bersabar dan cuba mencari punca, cuma saya tidak pasti sampai bila. Kerana setiap kali berbincang, isteri saya seolah2 ingin cepat habiskan perbincangan tu.
    Dia seolah2 tidak berminat untuk berbincang, saya rasa terabai dan sunyi.

    Sudah lebih 6 tahun keadaan saya begini.
    Saya percaya masih ramai suami di luar sana seperti saya, cuma diamkan sahaja sebab hal ini amat malu utk di bincangkan secara terbuka dgn org sekeliling, utk dapatkan nasihat dan panduan.

    Tolonglah, jangan pandang enteng hubungan intim suami isteri, matlamat perkahwinan bukan semata2 hubungan intim tetapi jika diabaikan, akan menjadi punca kepada perselisihan faham dan tekanan emosi dikalangan pasangan. Emosi anak2 juga akan terganggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *