Reply, (https://iiumc.com/sisi-gelap-dunia-hiking/).
Hi semua, saya Aina. Rasa terpanggil untuk menjawab penceritaan Fiqah mengenai sisi gelap dunia hiking.
Saya juga membaca semua comments yang ditinggalkan oleh pembaca. Ada beberapa perkongsian dan soalan yang saya ingin tahu dengan lebih lanjut berdasarkan cerita dan comment pembaca.
Isu pertama yang ditulis adalah buang sampah merata. Yang ini saya setuju. Memang ada segelintir peserta yang mengambil jalan mudah.
Berdasarkan pengalaman saya, kejadian ini berlaku kalau pergi hiking dengan organiser yang tidak sediakan plastik sampah. Tapi yelah, kalau takde plastik sampah pun. Bukan ticket untuk buang sampah merata.
Isu kedua etika pemakaian. Ini bagi pendapat saya issue peribadi. Cuma saya bersetuju juga la dengan Fiqah. Kalau pergi hiking tu. Pakai la baju proper sikit. Lain lah kalau pergi hiking dengan group semua perempuan.
Macam saya, saya selalu memilih untuk pergi hiking dengan group semua perempuan. Sebab saya pakai tudung. Jadi bila dengan group semua perempuan, boleh la saya freehair. Lebih selesa untuk hiking.
Isu ketiga pasal kencing. Sangat taboo untuk kita cerita kan isu ini secara terbuka. Tetapi apa yang diceritakan oleh Fiqah itu, ada kebenarannya.
Kalau saya pergi hiking dengan group campur lelaki perempuan, banyak kali juga saya nampak lelaki kencing sewaktu hiking. Mungkin mudah la kot. Boleh berdiri. Tapi nasihat saya, sorok-sorok la sikit belakang pokok. Sebab jelas sangat kencing tak basuh tu. Malu sikit.
Kalau yang Fiqah cerita kencing mengadap sesama peserta perempuan tu, so far tak pernah la lagi saya jumpa. Sebab kalau hiking, normally kami akan kencing bersama rakan-rakan kami yang rapat je.
Tipu lah kalau tak nampak masing-masing punya masa kencing. Tapi bukan la mengadap. Hanya sekilas lalu macam tu je la. Takde nak tenung pun. Masing-masing pun ada juga kan.
Isu terakhir adalah solat. Fiqah ada cerita dia perasan ramai yang tinggal solat masa hiking. Bukan la saya nak buka aib. Tetapi saya salah seorang yang tinggalkan solat masa hiking.
Reason saya, sebelum solat, kena tukar pantyliner dulu. Macam mana nk tukar semasa hiking? Soalan serius. Sebab masa hiking tiada toilet.
Macam mana peserta perempuan solat kalau tak tukar pantyliner atau pun boleh share dengan saya macam mana korang tukar pantyliner sewaktu hiking?
Reason kedua related to issue kencing di atas, kalau kencing dekat kawasan berbatu, confirm terpercik kena seluar. Mungkin applicable untuk lelaki juga. Sebab mereka kencing berdiri, Susah untuk tukar seluar dan baju. Sebab tu susah untuk solat masa hiking. Ni pendapat saya la.
Sekadar itu lah perkongsian saya. Semoga pembaca dapat membantu saya supaya saya boleh improve diri saya masa hiking next time.
Terima kasih..
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
senang cerita, tak yah gi hiking.
Ada camper bawa portable toilet dan juga portable changing tent. Cara tu boleh diguna pakai juga untuk hiker.
Bab bersihkan najis ringan macam kencing dan keputihan, boleh cuba bawa portable bidet yang boleh ‘attach’ dengan botol mineral, pastu wet tisu. Lap dengan wet tisu saja pun dah ok. Cara istinjak ni banyak, kita belajar dulu kalau tiada air pun boleh istinjak dengan batu/kayu dan daun kering.
Ada juga orang taknak solat sebab peluh2 lumpur2 tapi itu bukan alasan sebab tu bukan najis. Boleh saja lap2 peluh dan kibas2 seluar. Paling2 pun tukar seluar pakai kain pelikat/batik. Islam tu indah dan mudah. Kita niat pergi ke suatu tempat kerana Allah, kita akan cuba cari solusi untuk tak tinggal benda wajib iaitu solat walaupun kita berada dalam situasi yang tidak beberapa selesa. Anggap situasi tak selesa tu sebagai satu cabaran jika dilanda musibah (banjir, tiada air, etc), kita tetap cuba tunaikan kewajipan.
Islam itu indah dan mudah.