Resign atau Minta Naik Gaji?

Resign atau Minta Naik Gaji?

Assalamualaikum dan hi kepada semua reader. Perkenalkan aku perempuan berumur 25 tahun. Belum berkahwin dan sudah bekerja. Aku dapat offer kerja lepas je aku habis praktikal.

Kerja biase je as Admin. Aku kerja area Puchong. Memang lepas aku habis praktikal, aku plan untuk cari kerja dekat KL. Sebab aku fikir aku nak dapat gaji yang agak tinggi compare to duduk dekat kampung. Tapiiiiii ternyata aku silap.

Masa aku kerja Admin tu diorang offer gaji RM1.8k, after confirm dapat la naik RM2K. Mase tu aku rase dah banyak la since aku tak tau range gaji untuk lepasan degree mase tu. Btw aku ada degree in Engineering. Aku pun terima offer and start kerja. Semue okay, kawan2 pun ok.

After 3 month, aku dapat offer kerja kat tempat lain. Company kecik je tapi ok lah since dekat dengan rumah. Diorang offer RM1.8k mase tu, tapi actually aku mintak lebih lagi. hmm tak dapat so sad guys .Time tu aku pun dah redho jela sbb aku pikir mungkin tu standard gaji untuk degree holder. Aku pun kerja la dekat situ. Mula2 semua okay. After 1 year kerja , aku stress yang amat dengan officemate aku.

Most of the task aku kene buat. And die selalu buat salah, bende simple2 je pun. Aku ni la terpaksa double check kerja die. Stress bile terpaksa check kerja orang lain. Kerja aku , aku buat sendiri. Die tak masuk campur. Tapi kerja die, aku terpaksa buat sekali. Since boss aku kate kitorng should work together sigh. Actually boss and kawan2 semue okay. Aku pun teruskan hari2 aku dengan happy yang dibuat2 hahaha.

After 1 year plus, aku dah start rapat dengan sorang kawan sekerja aku. Senior dekat situ lah. Die dah kerja lama. And tahu banyak la pasal company. Gaji orang pun die tahu. So nak dijadikan cerita lah, masing2 tanye pasal gaji. Die lah yang bagitahu dulu. Then die cakap gaji aku tu terlalu rendah as a degree holder. Aku pun mcm hmm yeke. Serious aku betul2 tak tahu tentang range gaji. Aku rasa unfair la untuk aku. Jujurnye, memang aku tak boleh survive duduk dekat KL ni.

Aku confess ni memang untuk legakan perasaan aku ni. Sebab aku tak tau nak cite dekat sape. Aku stress. Nak kerja pun takde semangat dah. Aku pergi kerja pun naik bas, jalan kaki dalam 10 minit lepas aku turun bas stop tu. So aku memang plan la nak beli kete. Senang untuk aku pergi kerja, balik kampung. Tapi tula duit gaji pun ciput je. Duit makayah memang aku tak pernah miss bagi every month sebab aku tau tu untuk keberkatan hidup kita. Saving pun ade. Aku dapat jugak menyimpan dalam RM500-RM600 sebulan.

Sekarang aku betul2 rase unfair. Kerja aku buat same je mcm org lain malah lebih banyak lagi kerja aku. Tapi gaji aku rendah sangat. Aku tahu aku kene bersyukur, sebab aku tahu ramai lagi yang mengganggur kat luar sana. Cume aku nak tanye pendapat korang sama ada aku perlu resign and cari kerja lain atau aku try slow talk je dengan boss aku. Help me guys. Aku betul2 buntu tak tau nak buat ape ni. Aku rase aku makin malas nak pegi kerja ni. Dulu happy je aku kerja, hahaha.

Thanks u readers sebab baca :)

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit