Respon Artikel Tentang Zuriat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih admin jika sudi siarkan confession saya. Confession ini dituju khas kepada sis Arya Stark yg berjudul Zuriat https://iiumc.com/zuriat-2/ serta kalian yang berperasaan hampir sama. Saya tak boleh komen di confession tersebut. Almaklumlah, mak mentua pun follow page ni. Kang dia baca kecik hati pulak. Dah jadi kes lain pulak. Huhuhu.

Untuk pengetahuan sis, anda tidak berseorangan jika merasakan takpe kalau takde anak kerana saya juga merasai hal yang sama. Dan untuk pengetahuan, sejak dari hari pertama untuk kahwin juga saya telah menyatakan pendirian bahawa kalau takde anak pun takpe sebab Allah tak janji kau kahwin, kau dapat anak. Tapi Allah janji, kahwin dan rezeki kau akan bertambah. Dan saya percaya, rezeki itu bukan datang berbentuk anak sahaja. Dapat suami yg sekepala, penyayang tu pun rezeki kan? Hehehe..

Perlu diingat juga, anak itu pakejnya datang bersama tanggungjawab. Saya sedar, saya pun kategori seorang yang bukan suka kanak-kanak. Anak buah saya yang 4 ketul tu tu pun masa diorang tengah elok je saya layan, masa menangis, memang hantar kat ibu masing2.. Dan saya juga mengalami sakit kepala jika mendengar tangisan bayi/kanak-kanak. Kadangkala terfikir juga masih belum dikurniakan zuriat mungkin kerana saya jenis yang bukan penyabar. Allah masih bagi peluang untuk saya membuat persediaan untuk menjadi isteri dan ibu yg lebih baik untuk masa hadapan. Kalau kita lihat zaman sekarang cabarannya pun lain macam. Budak umur 5-6 tahun dah pandai main kahwin2 siap dengan adegan malam pertama. Nauzubillah min zalik.. Mohon dijauhkan dari keturunan kita semua.

Point yang paling saya suka dlm confession sis Arya adalah rimas bila orang tanya, bukan sedih jauh sekali kecil hati. Rimas jadinya bila asyik ditanya bila nak beranak? Kawen dah lama, takde isi lagi? Merancang ke? Dan bla bla bla… Kalau makcik atok nenek yang kita jumpa tu setahun sekali takpe, ni yang kerap jumpa, dan kerap tanya tu lah yang memang rasa makcik ni mintak makan mentega yang baru dipanaskan atas periuk ke macam mana? Memang stress tau.. Tapi saya ni jenis malas nak layan, hanya mohon mereka mendoakan sahaja disamping mereka pun bagi petua itu ini, pergilah berubat sana sini.

Kita iyakan sahaja. Malas nak cakap lebih, takut nanti mengguris hati mereka. Nasib mak jenis memahami. Pernah sorang makcik cakap rugilah takde anak, harta banyak nanti takde waris. Mak cakap, en Minah, kuasa anak aku ke dia tak beranak lagi? Ingat ada butang nak beranak ke tak? Tekan je terus keluar budak? Diam terus makcik tu. Sejak tu tak berani lagi tanya begitu. You the best mom! Hehehe. (Part harta banyak tu pada pandangan mereka je.. Realitinya hanya saya dan suami sahaja tahu keadaan sebenar dan apa yang kami lalui sepanjang 7 tahun perkahwinan ini).

Okaylah. Rasa macam dah banyak membebel dah ni. Apa pun, saya minta maaf jika penulisan tak berapa nak kemas, bercelaru. Mohon pembaca sekalian dan admin doakan kita sama-sama dapat menjalani kehidupan dengan bahagia dengan cara yang sendiri, berhenti membandingkan hidup kita dan orang lain. Paling penting, hidup kita sentiasa dalam lindungan Ilahi. Aammiinnn.

Salam Sayang,

– Diyana, Bukan Nama Sebenar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *