Retak Takkan Terbelah

Aku lelaki, 30 tahun. Berkahwin anak 3. Mungkin apa yang nak aku ceritakan agak tak sesuai. Harap pembaca boleh bagi pendapat.

Aku seorang yang ada kerjaya, berpendapatan 5 angka sebulan. Aku sangat profesional dan rasional sebagai seorang ayah, suami, anak, menantu dan pengurus di tempat kerja.

Aku korbankan segala-galanya untuk keluarga yang aku bina. Isteri aku seorang suri rumah. Berpangkat jugak sebelum ni. Berhenti kerja atas persetujuan bersama.

Apa yang dia contribute pada keluarga dia semasa bekerja dulu, aku gantikan malah lebih lagi dari yang dia bagi.
Kami masing2 sangat rapat dengan keluarga mertua masing2.

Di rumah, aku sediakan segala-galanya. Semua keselesaan dan keperluan lebih dari mencukupi.

Kami berdua tak berasal dari keluarga yang senang, jadi aku berusaha keras untuk memberikan lebih kualiti kehidupan.

Isteri aku seorang yang sangat baik, tak materialistik, tak meminta2, soft spoken, kelakar, mendidik anak2 kami dengan sangatlah baik.

Sebagai seorang anak, menantu dan ibu, dia sempurna. Dengan kecantikannya, kami sering dipandang perfect combination family oleh kawan2 kami di luar mahupun di alam maya.

Tapi hakikat sebenar, aku sering makan hati bila diminta layanan seorang isteri. Dia begitu passive dan susah menerima ajakan untuk bersama.

Kalau diterima pun sekadar gitu-gitu je. Karakter aku seorang yang suka confront untuk berbincang bila ada masalah.

Di rumah Aku seorang yang lemah lembut, bergurau dan suka berbincang instead of menggunakan kuasa veto seorang suami walaupun di tempat kerja aku seorang yang lebih garang dan keras.

Sepanjang 5 tahun perkahwinan, Kami dah beberapa kali duduk berbincang dengan baik tentang perkara ni. Tapi tak jumpa jalan keluar. Walaupun dah berjumpa pakar untuk cek kalau ada masalah. Jawapannya tiada masalah.

Janganlah korang kata 5 tahun kahwin dah 3 anak pun kata isteri tak bagi. Sebab dia akan bagi bila kami merancang untuk dapat anak saja. Dia sukakan budak-budak.

Dan aku pun bukanlah seorang lelaki yang tiap-tiap hari nak. Tapi sebagai lelaki aku perlukan at least seminggu sekali.

Kerja aku memerlukan aku selalu outstation luar negara dan dalam negara.

Aku pernah cakap kat dia, kalau berterusan macam ni, aku mampu je untuk buat benda bukan-bukan. Tapi aku tak buat sebab aku setia dan tahu agama.

Tiap kali kami berbincang, dia tak banyak benda untuk disuarakan. Perbincangan tak mencapai tujuan. Aku taktau nak buat macam mana lagi.

Aku tak rasa poligami sebagai jalan, aku tak sanggup lukakan hati dia lagi pun aku seorang yang sangat sibuk.

Kesibukkan aku agak melampau sampaikan jarang aku boleh bantu kerja-kerja rumah. Ada beberapa part je aku buat. Tapi yelah, aku sibuk pun sebab nak bagi kesempurnaan pada keluarga.

Pernah juga beberapa kali aku terdetik nak duduk berasingan supaya ada lebih rasa rindu. Tapi aku rasa cuma lebih memburukkan keadaan.

Pernah juga beberapa kali aku rasa nak ceraikan. Supaya dia tahu aku berani melepaskan walaupun terlalu sayang.

Tapi aku sayang anak-anak aku. Aku taknak diorang membesar dengan kasih sayang dari kejauhan. Dan aku juga kesiankan dia, MUNGKIN agak sukar untuk dia dapat kehidupan yang sekarang.

Aku pernah berbincang dengan dia kalau kami berpisah, dia akan tetap duduk rumah ni, aku yang akan keluar dan teruskan bayaran bulanan bank.

Nafkah anak-anak aku tetap akan bagi sama macam sekarang. Aku takkan abaikan sikit pun.

Dan walau nafkah dia bukan lagi kewajiban, aku tetap bagi sebagai upah supaya dia jaga anak2 kami dengan baik. Dia tak perlu downgrade kehidupan, cuma mungkin dia perlu bekerja untuk keperluan diri sendiri je sebab upah aku bagi tu taklah 2-3K sebulan.

Dia mengenali aku sebagai seorang yang gentleman dan walk the talk. Tapi dia tetap tak sanggup.

Sampai sekarang belum ada improvement lagi dalam hubungan batin kami. Bab lain makan pakai semua disediakan tiptop, top to toe.

Hubungan kami sebagai suami isteri sangat enjoy dan happening macam bestfriend. Cuma hubungan batin kami sangat bermasalah.

Dia ada minta maaf dan minta aku terima kekurangan dia bab itu. Aku pun cuba sedaya upaya terima seadanya. Tapi aku lelaki, aku tak boleh tipu kehendak aku.

Apa lagi solusi yang aku ada atau mungkin boleh berubat dimana-mana (bukan sihir) ?

Terima kasih buat yang membaca dan bagi pendapat bernas.

– Musang King (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Sbg wanita..ada je bukan suka sgt seks2 ni..lebih kpd suka dimanjai dipeluk je
    Kdg wanita mgkn rasa sakit di bahagian bawah jd xde mood kalau nak bersama atau dia penat urus rumah seharian jd mood ke arah tu tkde

    Cuba bawa isteri bercuti rasakan balik saat honeymoon tu.Sewa apartment yg ada 3 bilik.Asingkan anak2.Encik boleh beromantika dgn happy.

    Dan maaf..sy risau juga isteri encik terkena penyakit ain sbb dia lawa.Dan jd dingin hubungan.Cuba bawa jumpa ustaz yg blh dipercayai utk merawat.Sebab tu life bahagia kita dan foto2 kita jgn selalu ditayang dlm medsos.

  2. Salam,

    Orang lelaki kalau berbincang dengan isteri hatta soal apa sahaja jangan datang dengan tangan kosong dan bermodalkan air liur sahaja. When you got nothing to offer, nobody listen, interest or attracted to you. Kalau anda panggil kucing, kucing akan datang pada orang yang ditangan orang yang ada makanan. Nih logik untuk attract semua benda hidup.

    Ada lelaki dia berdepan dengan isu seks pasif dengan isteri. Jadi saya dan kawan kawan tanya, isteri dia suka apa, dia jawab isteri dia suka emas, jadi kami cadangkan, oleh sebab seks suami isteri nih ibadah jadi masukkan sekali sedekah biar makin berkah. Isteri dia suka emas, lepas seks bagi lah hadiah goldbar ke isteri, start small jer 0.5 gram pun tak apa.

    Si suami start dengan 1 gram, after seks dia bagi ke isteri sambil cakap terima kasih layan dia elok atas katil. Isteri dia jadi serba salah, mungkin sebab si isteri dihadiahkan dengan benda yang dia paling suka tapi dia pun faham layanan dia kurang pada suami, tapi suami tetap cari cara tunjukkan kasih sayang.

    Nih isu tahun tahun lepas, dua dua end up bahagia, dua dua untung, si suami dapat seks yang terbaik dari isteri, si isteri dapat collection gold bar yang dia tak pernah terfikir akan ada pun. Tak ada kerugian pada isteri yang amalkan ibadah, tak ada kerugian pada suami yang sedekah.

    Lelaki zaman now, nak isteri beraksi macam pornstar, macam bohsia lorong, paksa isteri sumbat benda kotor dalam mulut, kena pula isteri pembersih, mana nya dia suka tempat kencing suami. Berhubungan badan tak sesuai agama, jadi pada isteri seks lebih pada trauma dari enjoy. Harap isu nih tak berlaku dalam confession di atas.

    Ada juga suami isteri 2 tahun kahwin belum seks, kahwin atas permintaan keluarga, diberitahu isteri dia dulu bekas penari budaya. Dinasihatkan ke suami, izinkan si isteri join mana mana dance class berdekatan, kembalikan isteri ke nature dia asalkan isteri pandai jaga diri. Si suami berat hati, tapi tetap beranikan diri bagi izin, tak nak perap isteri kat rumah. Isteri join kelas zumba 2x seminggu, dapat kawan baru apa semua.

    Si suami cerita, waktu makan yang senyap sunyi, si isteri dah mula start bercerita, pasal kelas zumba dia, pasal kawan kawan zumba. Cerita pasal dance, benda yang dia suka ke suami. Dulu dulu waktu si suami nak pergi kerja si isteri cuma salam cium tangan. After join zumba dalam sebulan, si isteri dah start cium mulut suami, terkejut suami dia cerita. Kitorang tak terkejut memang begitu kan. Nak naikkan libido isteri kena naikkan adrenaline isteri dulu. Bagi apa yang dia suka. Happy wife happy life. Now anak dah 2.

    Ada suami tahu isteri dia dari zaman anak dara suka berniaga, suka bekerja, lepas kahwin dia halang, jangan berbisnes, jangan work from home, jangan itu ini urus anak jer. Isteri jadi berdendam, tahan seks, sebab apa yang dia suka suami tahan, jadi dia tahan apa yang suami suka. Saya tak nak go deeper, banyak kes macam nih. Ramai sebenarnya suami tahu apa yang dia buat dan apa punca isteri tak nak seks dengan dia.

    Jadi kalau sembang pasal seks suami isteri kena cari punca utama di mana, nak selesaikan kena ada long term solution. Saya kurang setuju, minta maaf kalau ada yang kata bawa isteri pergi vacation, pada saya nih short term solution. Bawa isteri sebulan sekali jalan jalan, isteri rasa seronok 3 hari tapi 27 hari dia bosan dan back to boring housewife life. Vacation sepatutnya untuk celebrates achievement bukan tujuan untuk rawat duka dirumah, lepas vacation balik kerumah berduka semula. Bad pattern.

    Jadi kepada para suami, stop malukan diri sendiri, stop posting kat social media pasal isteri tolak seks malaikat laknat, biar isteri nampak post tuh, stop ugut isteri pasal cerai, sembang pasal poligami, pisah rumah, nak bercerai bagai. STOP. Stop being delusional. Jangan macam samseng dengan isteri, jadi takut isteri tuh. Ngeri dia dengan perlakuan anda. Berbincang dengan isteri macam isteri manusia terpaling bermasalah didunia.

    Semua suami bila cerita tentang diri sendiri kemain elok, terpaling bagi nafkah, terpaling itu ini. Bila tanya tahu tak 2,3 hari sebelum haid itu waktu terbaik isteri sedang turn on, jangankan isteri, kucing betina waktu tengah on heat dia pusing satu taman cari jantan. Bila tanya bulan nih bila tarikh isteri haid, pun dia tak tahu, macam mana tuh. You want sex but you won’t get involved. How.

    Orang lelaki stop panggil isteri ibu, ummi, mommy, mama. Isteri you bukan mak you. You bukan anak isteri. Isteri pulak stop panggil suami abang, sejak bila suami kau jadi abang kau. Serupa incest sorang kahwin mak, sorang kahwin abang. Love language kelaut dalam. Panggil dengan panggilan yang elok, sayang, cinta, cantik, hensem, my everything, my love. Asalkan elok.

    Ada doktor kat sosial media kata nak naikkan libido isteri kena galakkan isteri makan coklat, berapa kilo coklat isteri kena makan. Ada yang penjual booster kata isteri kena makan ubat, berapa botol ubat isteri kena telan, ada ustaz kata kena bagi isteri minum air tawar, berapa liter air tawar isteri kena telan. Doktor, peniaga ubat, ustaz tak kenal isteri anda, anda yang kenal isteri anda.

    Jadi soalan saya kepada semua suami, Apa yang anda boleh offer pada isteri untuk motivates isteri, agar isteri lebih bersemangat nak seks dengan anda tiap minggu. Anda nak kejar isteri, isteri anda akan lari, ini hukum alam, yang dikejar pasti lari. Jadi belajar lah cara nak attract isteri. 2 cerita diatas sebagai contoh suami yang berjaya bina hubungan seks secara semulajadi hanya dengan embrace minat isteri masing masing. Jadi ini benda normal, semua orang boleh buat, tak ada rahsia, if you want something gives something.

    Tutup salam.

    • setuju juga point panggil isteri dengan panggilan yang manja. bukan, ibu, mama, mummy huhuh suami sy pun kalau dia panggil sy ibu, sy tak menyahut sangat, kecuali kalau dia panggilkan untuk anak. sebab sy bukan ibu dia hahahah

    • mcm good2 je si taro ni nk sekolahkan org. ko la terpaling bocah konon hero gadis2 moklu! dah kenapa setiap kali nk seks kena bagi emas abes botak kepala si abg. isteri yg tolak pelawaan suami tanpa sebab munasabah patut diceraikan terus! nokhta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *