Rezeki Allah itu Luas

A admin,
Aku harap kau approve confession aku ni walaupun agak panjang.

Nama aku Muzha (bukan nama sebenar). Baru-baru ni terbaca viral tentang seorang engineer yang di 'offer' oleh kawannya untuk jawatan kerani. Kisah ni membuatkan aku terpanggil untuk kongsi kisah aku, yang sememangnya seorang kerani ni.

Pertamanya, aku bukanlah graduan UIA. Aku bekerja dikilang yang tak berapa kecil dan tak jugak segah mana. Tapi, alhamdulillah aku bersyukur sebab, sekurang-kurangnya aku punyai kerja berbanding ratusan lagi graduan yang masih mencari. Dekat sini, aku nak kongsikan tentang mentaliti masyarakat kita yang sangat menyedihkan (lebih menyedihkan, bangsa Melayu aku sendiri), bahawasanya orang yang bekerja kilang tu adalah golongan yang kurang cerdik atau belajar tak habis. Kebanyakan mereka memang berfikiran sedemikian berbanding beberapa kerat yang berfikiran sebaliknya. Aku ulang, KEBANYAKAN!

Dari aku mula kerja, sampai sekarang aku duduk rumah ibu ayah.. Duduk dengan orangtua, kan? Seharusnyalahkan aku tak boleh lari dari terjumpa dengan makcik-pakcik sendiri, sepupu-sepapat, makcik-pakcik jiran sekampung malahan bekas guru sendiri. Seharusnya jugalah aku tak boleh lari dari ditanya kerja apa dan dimana. Jawapan aku, "Saya kerja kilang je cik, dekat pekan sana." Tanpa usul-periksa/bertanya lanjut, terus berkata pakcik-makcik tersebut, "Bukan dulu kata belajar dekat U** ke? Result teruk ke, sampai kerja kilang?" Maka, dengan muka semanis habis aku cakap "Dah rezekinya kat situ je cik." Tanpa sekelumit pun mahu mengulas lanjut. Sebab aku tahu, itulah mentaliti cliche orang kita. Kadang lepas beberapa bulan terserempak dengan makcik-pakcik yang sama, aku ditanya "Masih kerani dekat kilang lama?". Huu..

Apapun, ayat sedemikian keluar dari makcik-pakcik tu, aku tak rasa sadis sangat. Tapi sadis gila bila aku pernah dapat ayat maksud yang lebih kurang sama, dari bekas guru aku sendiri. Siap dengan tambahan teori beliau sendiri. "Sepatutnya dah grad kan, cikgu takde dengar kamu pergi konvo pun? Jangan cakap dengan cikgu, kamu tak habis degree, sebab tu kerja kilang." Dengan sehabis sopan aku jawab, "Alhamdulillah saya habis belajar cikgu, tak pergi konvo sebab masa tu saya baru sangat mula kerja. Macam tak sedap nak minta cuti sebab konvo saya sesi selasa pagi. Kalau nak ke U** kena cuti paling sikit 3 hari." Sadis beb dapat ayat macam tu dari bekas cikgu kau. Cikgu kot?? Aku hanya mampu ber ppffffft dan berlalu pulang kerumah. Cewah, skema nak mati ayat! Haha

(Aku tolak tepi soal terserempak dengan kawan satu sekolah dulu yang berjawatan/paling tak pun berkerja dibandar besar, KL & Selangor khususnya. Sebab kebanyakannya pun ayatnya berbaur cemuhan/perlian gak. Aku ulang lagi. KEBANYAKAN, bukan semua.)

Itu belum campur, bila aku berpeluang jumpa dengan kawan sekuliah yang rapat (a.k.a bfflah senang cakap). Walaupun takde ayat sadis macam jumpa makcik-pakcik, tapi perkongsian tentang background company masing-masing bekerja dan jugak bidang kerja dorang yang berkaitan macam apa yang belajar dekat U, jugak membuatkan aku rasa aku kerdil dan halus sangat berbanding mereka. Tambahan lagi, bila soal benefit yang mereka terima dari company dibincangkan. Kebanyakan masa, aku hanya jadi pendengar sebab nature of business company aku bekerja tak sama dengan bidang masa buat degree. Apatah lagi jawatan, kerani VS eksekutif kot!

Okay, habis intro pasal kerja. Now nak share tentang kenapa aku memilih apa yang aku dah pilih.

Aku memilih kerja kilang di pekan yang berdekatan dengan rumah (walaupun mampu cari kerja yang lebih baik dengan gaji permulaan yang lebih sesuai dengan kelulusan aku) semata-mata kerana AYAH&IBU aku. Aku tahu, walaupun orangtua aku tak pernah minta anak dia duduk dekat, temankan hari tua diorang sebab diorang nak anak dia kerja bagus walaupun terpaksa berjauhan.

Tapi jauh disudut hati diorang, pasti diorang berharap ada anak yang boleh duduk dekat dengan diorang dan boleh diharap masa sakit pening diorang. Aku cuma agak ikut kefaham aku sendiri. Jangan kecam aku!
Pada yang membaca ni, cuba korang renung sekejap, riak muka ibu ayah korang masa korang baru sampai kat rumah untuk jenguk diorang & riak wajah orangtua tu masa korang nak balik. Berbeza kan? Kebanyakan ibubapa memang takkan cakap. Tapi, aku sendiri faham bila aku terperasankan riak muka ibu ayah aku yang berbeza sangat masa anak-anak diorang semua balik rumah (masa tu, aku masih study). Sejak tu, aku bertekad untuk cari kerja yang dekat dengan rumah bila habis belajar. Tak kisahlah kerja apapun asalkan kerja yang halal.

Sepanjang setahun pertama aku kerja, ibu ayah aku sibuk tanya. "Alang, ada apply SPA tak? Ada tak cuba hantar CV aku dekat XXX situ, XXX sini tak?"

Semua soalan tu aku jawab dengan, "Nanti dululah. Alang baru je kerja. Malaslah nak hadap interview lagi ibu, ayah." Ibu ayah aku cuma senyum dengan jawapan aku dan mungkin bosan dengan skrip yang sama, diorang tak pernah tanya lagi dah sampailah ke saat ni.

Walau aku tak tahu maksud senyuman tu. Tapi boleh jadi, senyuman tu sebab ibu ayah aku lega ada anak yang duduk dekat memandangkan abang kakak aku semua kerja jauh dari rumah. Kalau yang dekat pun, dapat balik rumah sebulan 2x sebab kena rotate dengan balik rumah mentua bila hujung minggu. Si adik aku ni pulak terlebih bijak. Dia ni sekarang dekat luar negeri buat degree in medic. Setahun belum tentu dapt balik.

Percaya tak korang, aku bermula dengan gaji serendah RM1300 basic (sekarang dah naik sikitlah). Bila +/- OT (tanpa SESEN elaun), socso & epf, paling dahsyat pun aku dapat RM2000++ bersih, selama setahun pertama aku kerja. Tapi, dengan gaji tu, Allah cukupkan untuk aku hulur sikit kat ibu ayah aku, bayar kereta, hutang PTPTN, tambah-tambah beli belanja dapur, hulur-hulur untuk segala tok nenek bil, kos ulang-alik tempat kerja & rumah (30 minit perjalanan tanpa traffic jam), backpackers dalam dan luar negara (setakat ni dah merasa travel ke seluruh negeri kat Malaysia kecuali Sarawak dan 4 negara luar), insya-Allah awal Ramadhan nanti aku akan ikut ibu ayah aku buat umrah (tak, tak…bukan aku sponsor, tapi saving aku cukup untuk ikut ibu & ayah aku buat umrah).

Kat sini aku cuma nak cakap, bila niat kita betul untuk buat sesuatu tu, pasti Allah akan bantu cukupkan mana yang kurang. Dengan syarat, KAU JAGA SEMUA IBADAH KAU (kewajipan pada Tuhan & ibubapa) TERMASUK IBADAH KERJA & DON'T BE TOO CALCULATIVE dalam apapun bab.

Faham maksudnya? Okay, macam ni. Cuba korang renung balik. Waktu tengah kerja, mesti ada korang ter'curi' masa walaupun sekejap. Contohnya, korang buka FB bila dah mula stress dengan kerja ke, korang sambil-sambil main Whatsapp ke, korang terlajak masa pergi lunch ke, ter punch-in lambat ke. Semua tu Allah nampak dan benda tu dikira 'hutang masa' dalam ibadah kerja tau. So, kita kena dan wajib ganti semula masa tersebut. Bukan aku nak cakap aku baik. Aku pun ada buat semua tu. Tapi aku cuba sedaya-upaya untuk tak berkira dalam kerja. Aku datang lebih kurang 45 minit sebelum waktu sepatutnya, dan balik mostly mesti lambat dari waktu dibayar. Semua tu aku niatkan untuk bayar balik masa-masa yang aku dah ter atau sengaja 'curi' tu. Mungkin jugak sedikit sebanyak, rezeki-rezeki yang aku dapat tu sebab 'usaha' aku yang ni.

Sebab tu, bagi para penjawat awam, cikgu dan bidang perkhidmatan kesihatan termasuk doktor dan misi. Kalian beruntung sebenarnya. Ye, walaupun gaji tak sebesar gaji eksekutif sektor swasta. Tapi kalian boleh peroleh sepenuh keberkatan gaji andai ikhlas dalam berkhidmat. Sebab mostly, para cikgu, doktor dan misi beri lebih dari gaji yang mereka dapat. Sama ada beri lebih masa & tenaga.
Soal mulut-mulut berbaur yang lebih pada cemuhan/perlian tu, korang abaikan sajelah. Hidup zaman Najib nikan, hati kena kental!! Oranglah kata bukan aku kata… Wakakakaka…sekianlah cerita dari aku…

Eh, lupa.. Kenapa aku tak konvo?

Cerita dia camni, abang aku ni. Dia janji nak sponsor kos berkonvo kalau aku berjaya grad. Tapi masa dah dekat aku nak konvo tu, ekonomi dia tak berapa bagus disebabkan kena songlap dengan business partner dia. Takkan aku masih nak tunjuk muka excited aku kan. Tambahan pulak, ayah aku masa tu pun tak berapa sihat. Kalau aku masih sibuk nak konvo, mesti ayah aku akan gagahkan jugak badan dia walaupun tak sihat. Anak nak konvo kot, kenalah pergi. So, aku decide taknak pergi Majlis Konvokesyen tersebut dengan bagi alasan aku baru start kerja, tak sedap nak cuti sampai 3 hari. Itu jugak jawapan yang ibu ayah aku bagi dekat adik-beradik dia bila they all tanya… Okay, bye!!

Jemput datang majlis aku hujung tahun ni, insya-Allah.

-Muzha-

– Muzdalina Hayatun Md Yusof

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *