Rezeki Datang Dari Mana?

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kepada IIUM Confessions kerana sudi published story ni.

Harini aku nak share tentang rezeki. Kalau kita tengok ramai jugak yang terlalu taksub dengan bilangan A serta CGPA, dan bilangan sijil dekan sebagai kayu ukur kejayaan. Belum lagi penyertaan Ko kurikulum + badan perwakilan.

Semua ni sangat membantu kejayaan seseorang, aku setuju. Academic wise, cemerlang, dapat uni best, exam gempak, dapat iv bagus, dapat kerja bagus, hidup senang.

Dan ko-ku pulak boleh Polished skills masing2 serta menaikkan “nilai tambah” untuk kita jadi manusia berjaya.

Aku akui semua tu, that’s how it technically works.

Cuma aku nak share satu lagi sudut yang ramai orang terlepas pandang, especially ibu-bapa dan tuan badan yang terlalu fokus pada bilangan A, peratusan, CGPA ini.

Rezeki ni dari Tuhan, usaha sampai mana, kita yang decide (itupun kalau Tuhan izin). Jadi bila aku cakap rezeki ni milik Allah, kau takkan dapat sesuatu benda tu, Tanpa Allah.

Kau fokus straight As, 4 flat, merits, aku tak bangkang. Cuma kau kena ingat, rezeki ni Milik Allah, jadi bereskan dengan PemilikNya untuk dapat

Rezeki yang baik.

Ada orang dia straight As, dapat further overseas dan local universities, ada jugak yang with the same result, tapi tiada university terima dia.

Ada orang tu 4A sahaja spm, tp sudahpun sambung diploma, Ada juga yang putus asa terus Takmahu usaha.

Ada orang CGPA 3.7, sudahpun bekerja kerajaan, ada yang masih menunggu iv jawatan yang diidamkan, manakala CGPA 3.4 ni ada yang dah kerja dan berkereta walau kancil, tapi ada juga yang masih tunggu peluang pekerjaan.

Jadi tiada takdir yang “sama” dengan formula yang sama. Takda. Semuanya berbeza kerana formula tu tak menentukan kita berjaya atau tak, melainkan Allah yang izinkan.

Aku tak cakap yang tak dapat iv, kerje tu Allah tak sayang, bukan. Aku tekankan disini, semuanya milik Allah, dan setiap takdir adalah ujian dan rahmat.

Jadi, dalam menelusuri takdir2 Allah yang misteri ini, ibu bapa dan kita, perlu tekankan juga konsep mencari redha Allah, dalam usaha usaha yang lainnya.

Core kepada usaha adalah redha Allah, sedar yang Dia mampu beri, dan doa serta Ibadah harus selari dengan usaha kudrat kita.

Tekankan bab agama, ibadah, akhlak dengan Allah dan sesama manusia, menjaga solat, Quran, sedekah, perkataan, harga sebuah janji, kejujuran, taat pada guru, dan banyak lagi values yang baik,

Semua itu membawa “keberkatan”, yang menaikkan lagi peluang kita untuk jadi manusia yang mendapat “perhatian” Tuhan.

Allah takda masalah nak beri kamu kejayaan dunia,, bahkan akhirat. namun adakah kamu bermasalah untuk jadi berakhlak seperti yang Allah suka? Beribadah kepada Allah seperti yang Allah mahu kita patuh?

Kejayaan dunia kamu nak bukan, dan kamu nak semuanya untuk kamu. tapi untuk beribadah dan berakhlak yang baik kerana Allah, kenapa terasa berat? Disitu Allah perhati.

Contoh, budaknya pandai, CGPA tinggi, tapi mulut senang “membodoh-kan” orang. Adakah itu goals ibu bapa?

Anak yang bijak tapi sangat nazak bab akhlak. Mengecilkan hati orang lain, mendabik dada. Dari mana nak datang berjaya dan berkat yang berpanjangan?

Ada orang resultnya biasa2 sahaja. Tapi sopan, taat orang tua, PTPTN pun transfer kat mak ayah untuk belanja makan, sampai ikat perut.

Menyenangkan jiwa. Mereka usaha, tapi usaha tak dihargai sebab katanya semua pandang result, adab, pengorbanan tak boleh beli nasi dan air.

MasyaAllah, Bila cerita tentang rezeki ni milik Allah dan Allah yang agih bila Dia berkenan, kau takda specific ways of how it will turn out, but it will, eventually turn out soooo well bila kau benar2 percaya Allah akan uruskan.

Ini yang lacking dlm masyarakat sekarang, yang tahu kena bijak di mata manusia sahaja, disisi Allah kau biarkan saja.

Kau tak tahu apa lagi dugaan masa depan dan jalan kau macam mana. Jadi imbangilah, usaha kau yang study, participate semua benda tu, dengan ibadan dan akhlak yang baik.

Sebab kita nak redha Allah swt. Akhlak yang baik, membawa rahmat kerana sering didoa malaikat. Bila hidup bawah rahmat Tuhan, kau takkan sunyi dari Ujian, tapi Tuhan akan tolong kau Lebih dari kerunsingan kau.

Kau nak berjaya sebab kau nak bahagia. Tapi ada saja orang yang berjaya ikut defenisi dunia, tapi hatinya tak tenang. Sebab apa? Hanya dengan redha Allah sahajalah kita akan tenang.

Bahagia, sedih, marah etc ni ustaz wadi cakap makluk Allah semuanya. Allah yang urus mereka, nak masuk kat hati siapa, nak keluar dari hati siapa. Bukan bilangan A dan bukan juga duit, emas atau pangkat

Aku bukan sokong kamu tidak belajar, bukan nak suruh mak ayah stop suruh anak score exam. Aku cuma mintak sgt2 korang jangan fokus part tu sahaja. Sampai 3 bulan duk ulang2 “memalukan mak ayah” bila anak tak dapat straight A.

Sampai hukum anak2, balik rumah tau saja result tak seperti diorang expected, tengking siap pakej pukul lagi, nauzubillah.

Kenapa? Sebab kau malu dengan jiran sebelah rumah? Atau rakan sekerja yang anak dia dapat straight A dan kau takboleh nak gebang cerita sama?

Weh. Kalau kau emosi sbb “nama baik” tercalar kerana results, (untuk mak ayah yang obses result ) Itu anak kau. yang kau Kandung, jaga, besarkan.

Sanggup kau pukul dia kerana orang lain kan. Budak tu dah sedih, kau tambah lagi? SIAPA LAGI YANG NAK SUPPORT HATI DIA SELAIN KAU WAHAI MAK AYAH yang EMOSI.

aku sebak tengok anak2 yang kecewa teruk, dan teruk dimarah ibu ayah pula. Ada yang pernah commit suicide kan. Allah.

Ubahlah. Kasihan dari kita dan anak2. Usahalah untuk akhlak, ibadah, dan untuk results juga. Jangan tinggal mana2 satu pun. Kasihanlah pada hati manusia.

Rebutlah pahala dan berkat bukan jadi robot semata2. Impress Allah, ada rezeki untuk yang cari redha Allah, bukan yang mendiami bumi Allah dan tidak ikut perintah Allah, dan sedihkan hati orang lain.

Semoga anak2 yang nak exam terus semangat ya sayang. Dan ibu bapa, berubahlah.

Jangan biarkan dunia ni, hancurkan hati anak kita, kita didik mereka berjaya dunia akhirat, biar Depa kenal dan tahu yang Allah, maha memberi rezeki. Bukan result depa semata.

Assalamualaikum.

– Petals (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *