Rezeki Makan Percuma

Pertama sekali terima kasih kepada admin sekiranya sudi menyiarkan kisah aku ni. Aku mohon maaf andai tulisan aku ni tidak menarik sebab aku tak berapa pandai dalam penulisan. Hehe

Apa yang ingin aku ceritakan adalah kisah adik aku. Tiga hari lepas adik aku dan suami dia pergi ke restoran Fish Manhattan di sebuah pasar raya di Malaysia (lokasi dirahsiakan untuk mengelakkan dari kisah ini dimanipulasikan oleh mana2 pihak) . Adik ipar aku ni memang dah lama teringin makan King Crab. Jadi disebabkan hari tu hari Annyversary diorang dan masing2 ada kelapangan waktu, jadi diorg pun ambil keputusan untuk makan situ walaupun kewangan tidaklah mengizinkan sangat. Tapi sebab teringin kan, pergi la juga.

Bila nak buat order, staff di Fish Manhattan tu cadangkan diorang amik set lobster sebab menurutnya lobster lebih banyak isi berbanding king crab. Jadi diorang ni turutkan jelah sebab masing2 tak pernah makan kan. Sampai ja makanan, sayang sekali lobster yg dipesan tu dah busuk. Adik ipar aku ni makan la jugak sebab fikir taknak membazir memandangkan harganya yang agak mahal tu. Hahaha. Untuk pengetahuan korang, adik dan adik ipar aku ni agak pemalu dan jenis tak banyak cakap. Mungkin sebab tu diorang diamkan je pada mulanya. Tapi adik aku tak tahan tengok suami dia muka sedih gitu, yelaa dah lama teringin nak makan, tetiba dapat yang tak elok pula kan. Adik aku pun pergila bagitau kat staff tu. Staff tu pun panggil la manager diorang. Punya la bagus manager situ, dia cakap diorang memang tak tahu isi kt dalam tu dah busuk, jadi diorang akan tukar dengan yang baru. Diorang tukar dengan king crab sebab taknak amik risiko kot. Memang rezeki adik ipar aku la tu sebab nak sangat makan king crab kan. Bukan king crab saja tau tapi satu set. Dalam satu set tu ada king crab, oyster,fish chip dan jugak sotong. Dan yang paling best diorang tak perlu bayar satu sen pun! YA kedua set lobster dan king crab yang diorang makan tu PERCUMA! Air yang diorang minum tak termasuk dalam set pun tak dikenakan bayaran. Dasyat betul rezeki diorang hari tu. Hehe. Mungkin inilah rezeki yang tak disangka2. Lagipun adik ipar aku tu memang tak berkira orangnya. Lagi2 dengan mak dan ayah dia. Sampai masa Allah balas la kebaikan dia tu kan. Buat manager dan staff restoran Fish Manhattan yang mungkin terbaca confession ni, semoga Allah Limpahkan rezeki buat korang.

Jadi bagi sesiapa yang rasa kecewa dalam hidup, kuatkan semangat, sebab kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita. Yang penting kita buat apa yang Allah suruh dan yakin dengan janjiNya. InsyaAllah. Mungkin kisah ni biasa bagi setengah orang. Tapi terkesan dalam diri aku. Sebab tu aku share dengan korang, mana tau ada yang terkesan juga dengan kisah ni. Haha.

Jap, aku selit sikit kisah rezeki aku semalam. Semalam aku pergila cuci kereta yg masuk dalam mesin tu kan, ak tengok harga RM5 dah naik seringgit bisik dalam hati aku. Tapi takpela, memandangkan kereta putih aku tu dah konfius warnanya, aku pun masukla basuh. Masa orang tu tengah lap2, anak2 aku pulak mintak air tin. Aku pun minta la pekerja warga Bangladesh tu kira sekali dengan air tin tu. Dia cakap total RM9.60 (cuci kereta dan dua air tin). Air tin RM3.60 dia cakap. Aku pun tanpa fikir panjang, aku pun bayarla duit ada dalam tangan RM9.40. Aku cakap tunggu jap aku cari lagi 20sen dalam beg aku. Pekerja tu kata tak payah. Kiranya dia halalkan gitu la. Alhamdulillah. Aku pun sempat terima kasih dan puji pekerja tu dalam hati. Mungkin dia kesian tengok aku yang bawak kereta kecik dengan anak lelaki sampai 4 orang ni. Tapi bila aku dah balik rumah baru aku perasan. Total sebenarnya RM8.60 je. Hahahaha. Rupanya rezeki aku bukan 20sen tu, tapi rezeki aku, aku halalkan duit terlebih yang aku bagi atas kelalaian aku. Hehe

Itulah kisah rezeki dari aku. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Mohon maaf andai bahasa aku tidak sempurna. Aku akhiri dengan lirik lagu Doa Dhuha.

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Semoga kita semua dimurahkan rezeki, apa saja rezeki bukan saja dari segi kewangan, tapi rezeki kesihatan yg baik, rezeki anak yg soleh, rezeki ibu dan ayah mertua yg baik, rezeki dipermudahkan urusan, rezeki dilapangkan waktu untuk beribadat dan macam2 rezeki lagi. Amin. Assalamualaikum.

– Ummi Anak 5

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit