Rezeki Yang Tidak Dijangka

Assalammualaikum. Terpanggil nak berkongsi sedikit pengalaman kehidupan saya, bila terbaca kisah kisah para graduan yang mengalamai masalah mencari pekerjaan.

Moga ada pelajaran dari penulisan saya ini untuk para pembaca semua. Yang baik dari Allah Taala, yang khilaf adalah dari saya semata2.

Saya asal dari FELDA, kehidupan dari kecil.. ada fasa senang, ada fasa susah. Awal2 mak abah berhijrah masuk… jalan pon masih tanah merah, datang dengan trak tentera. Mengikut cerita emak masa pindah ke Felda umur saya 30 hari. Masih dalam pantang lagi.

Awal awal memang agak susahlah, tapi mak abah saya rajin berniaga.

Pelbagai jenis perniagaan mereka buat, dari jual kain, jual hasil tanaman seperti tebu, keladi, jagung dan koko. Berniaga kantin sekolah, jual air balang. Ambik tempahan buat biskut raya dan buka gerai dibulan ramadhan, sampailah perniagaan terakhir yang diusahakan adalah berniaga kedai makan.

Meniaga pon ada turun naiknya, begitu jugalah dengan hasil feldakan. Mujur juga felda kami duduk ni tanam sawit.. Jadi tidaklah susah macam yang usahakan tanaman getah.

Apapon, saya sangat kagum dengan usaha dan semangat mak dan abah membesarkan kami lapan beradik. Gigih dan tak kenal erti penat. Moga allah ampuni setiap dosa mereka, tempatkan mereka di taman taman syurga bersama para solihin dan ambia.

Disebabkan mak dan abah sibuk bekerja mencari nafkah maka kami adik beradik akan ada tugasan masing2, uruskan rumah, jaga adik2 perlu kami uruskan sementara mak ayah berniaga.

Antara rezeki yang sangat disyukuri, walaupon mak dan abah tak sentiasa dapat jaga kami sepenuhnya, kami tak adalah jadi liar atau buat perkara pelik2. Pagi pergi sekolah, lepas sekolah kami kekedai bantu pulak mereka berniaga. Jadi tak ada masa nak bersosial or buat perkara2 yang mak abah tak suka.

Dalam pelajaran, saya biasa biasa saja. Sekolah rendah agak ok sebab tetiap tahun dapat naik pentas, walaupon malas belajar. Tapi sebab duduk kelas yang agak belakang, kira rezeki jugaklahkan, tak berapa pandai pon boleh dapat no 1. Ada satu tahun tu, saya dan adik sama sama dapat tempat pertama dalam darjah, abah datang raikan kami. Tulah kenangan paling indah.

Result UPSR pon so so je masa tu. Tapikan saya tak rasa apa apa pon redho je. Happy happy je asal dapat naik sekolah menengah pon ok dah hahha.

Sekolah menengah.. memang tak pernahlah dapat no lagi. Matematik F memanjang dari tingkatan satu sampailah tingkatan 5. Sampai cikgu matematik pernah cakap, awak ni asyik tak lulus matematik, nanti tak ada sapa nak kahwin dengan awak.

Pernah juga cikgu matematik campak buku sampai keluar ikut tingkap, dia tak sengaja… tapi tulah.. benak sangatkan, sampai buku pon rasa nak bunuh diri kes tuan dialah slow kiki. Saya ni pemalas belajar sebenarnya. Bukan salah cikgu pon. Bukan juga sebab lembab ok hahaha.

Sebenarnya saya hampir hampir tak dapat naik ke tingkatan 4 sebab saya tak lulus matematik masa PMR. Sekali lagi rezeki tak disangka, tahun tu pulak digubal… tak perlu lulus maths untuk naik ke tingkatan 4.

Ya Allah masa tu arwah mak punyalah syukur sangat. Risau dia saya tak dapat teruskan persekolahan, anak perempuan sulung kot. Takkan nak sekolah sampai PMR je. Terima kasih mak… berkat doa mak semua ni.

Masa result S.P.M keluar, mak teman saya ambik result, masa ni mak meniaga kedai makan jual nasi ayam, so ramailah cikgu2 kenal mak. Cikgu cikgu cakap, hai awak ni kalau tak lulus kena jadi tokei nasi ayamlah jawabnya hahaha. Result saya biasalah matematik confirm F, tapi alhamdulillah yang lain semua kredit. Saya dapat pangkat dua.

Saya betul betul menganggur masa 3 bulan tunggu result S.P.M dan 3 bulan lepas result keluar. Masa tu saya ni tak tahu apa. Isi borang apply U pon tak ada ilmu, main isi je.

Bila dapat result kemasukan U, frust betul saya tak dapat mana mana. Kawan2 yang dapat pangkat 3 pon siap dapat masuk UiTM lagi. Ada yang masuk form 6. Ni pon saya tak tahu boleh aplly. Nampak tak.. bila allah tak izin sesuatu untuk kita, atau belum masanya lagi.

Awal awal sangatlah kecewa. Terfikir apa nak jadi, orang semua dah cari kehidupan sendiri, paling paling pon ramai yang dah keluar kerja kilang, pegang duit sendiri. Tapi saya abah tak izin kerja kilang. Dia kata dia masih mampu nak sara saya,masa tu memang fikir nak cari kerja je, nampak seronok dan bahagia betul hidup derang yang bekerja ni.

Last last hari hari kerja saya buka iklan kat suratkhabar, cari kerja. Tu pon bukan tahu nak kerja apa. Main hentam aje, asal padan dengan kredit yang ada saya tenyeh borang, hantar surat beralamat sendiri dan letak stem . Lepas tu hantar. Janji dapat kerja. Naif betul masa tu.

Rasanya budak budak zaman sekarang akan peliklah kalau kena buat mcm ni. Ialah duduk felda , surat menyurat bukan hantar hari ni esok sampai. Nanti dah dapat borang, isi , pos balik kat majikan yang kita mohon kerja tu. 2x beli stem, 2x pos surat. Zaman sekarang dah mudah banyak dah, dok depan jamban pon boleh mohon keje guna smartphoned.

Nak jadi rezeki, tempat yang aku mohon kerja tu, memang memerlukan pekerja dengan segera. Tempat pulak bukan biasa2. Salah satu institut pengajian tinggi awam yang agak terkenal juga.

Masa mohon tu, tak tahu pon tempat tu apa. Dalam fikiran..asal dapat kerja. Arwah abah asal asal tak bagi pergi..jauh dan susah dia nak tengok. Jadi anak perempuan sulung ni susah betulkan nak dapat green light.

Tapi tulahkan, siapa kita nak menidakkan rezeki yang tertulis. Akhirnya abah mengalah. Urusan nak melapor diri bagi orang susah dari kampung nak ke bandar tak mudah. Ramai yang bantu masa tu dari sepupu, bapa saudara jauh, bapa saudara dekat, semua terlibat. Dari interview, sampailah report duty.. orang orang nilah yang tolong.

Ya Allah kau rahmatilah kehidupan mereka semua dengan kebaikan dunia akhirat. Banyak kemudahan yang mereka beri pada orang yang memerlukan mcm saya ni. Hari ni interview esok dapat call, cakap dah boleh kerja hari berikutnya.

Jadi bermulalah kehidupan sebagai orang yang bekerja. Masa ni mak abah sangat gembira. Paling tak boleh lupa, pertama kali nak balik kampung.

Abah datang jemput dari kampung, naik bas.. turun di hentian putra.. lepas tu ambik teksi ke tempat saya bekerja. Lepas tu saya dan abah sama sama naik teksi, pergi ke hentian putra.. balik kampung. Terima kasih abah, akak akan kenang semua ni. Jasa abah takkan dapat akak balas selamanya.

Alhamdulillah, sekarang dah 24 tahun saya bekerja, tak pernah tukar kerja lain. Bila kenang kenangkan balik.. memang semua ni rezeki yang tak dijangka. Rezeki yang Allah dah tentukan jalannya. Tak mudah dan tak susah juga. Tapi syukur sangat dgn rezeki yang serba sederhana ni.

Tak dapat belajar tinggi tapi dapat kerja kat institusi pengajian tinggi pon satu rahmat juga. Masuk U tak keluar keluar sampailah nak pencen nanti, hehehe. Jadinya yang ada kelulusan dan pekerjaan tu, walau rasa tak setimpal.. bersabarlah. Cabaran dan dugaan hidup kita ni adalah kekuatan untuk kita bina keyakinan menempuh masa akan datang. Pasti ada hikmahnya.

Banyak sebenarnya saya nak ceritakan tentang rezeki tak dijangka ni. Maybe saya akan buat sambungan tulisan saya ni. Bukan nak menunjuk.. cuma diharap dapat dijadikan semangat dan kekuatan buat sesiapa diluar sana yang rasa hidup dia tertekan.

Yang rasa dia susah, tak dapat peluang berbanding orang lain. Jangan putus asa ye. Mungkin rezeki tak dijangka anda lebih hebat dari saya.. Aamiin.

Tengah semangat nak tulis dan tulis,

– Makcik Kola Bear (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *