Rezekiku Bukan Di Tanganmu

Rezekiku Bukan Di Tanganmu

Assalamualaikum wbt. Izinkan aku berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini.

Kerja pertamaku, aku tak letak expectation yang lebih. Tak nak tergolong dalam kumpulan ‘mahasiswa yang memilih kerja’. Cuma satu aim yang aku letak, tambah knowledge, kumpul pengalaman dan luaskan jaringan sosial. Untuk itu, aku terima tawaran sebagai production engineer di sebuah kilang dengan gaji paling minima bagi lepasan ijazah, agak rendah untuk yang tinggal di bandar besar seperti aku. Tapi, berbalik kepada aim aku tadi, aku tak kisah.

Kilang aku ni, sistem pengurusan agak pelik. 1 kilang 2 company. Untuk projek dalam Malaysia, kena report kat HQ KL. Projek luar Malaysia, report kat HQ Singapore tapi ada admin & purchaser yang akan jadi perantara.

Dipendekkan cerita, aku jaga projek dalam Malaysia. Memang tak banyak dalam 2 projek je nak banding dengan company 1 lagi. Sebabkan tak banyak, aku lah yang kena buat A sampai Z. Macam aku cakap tadi, aku production engineer. So macam biasa, aku kena buat material taking off, plan production schedule, forecast production cost bla bla bla…Aku ok jek, seronok buat benda-benda tu.

Part tak seronoknya, lepas buat taking off nak order barang untuk production, aku kena order sendiri. Order bukan main order macam kat kedai mamak. Dapat bos cerewet, kena cari quotation dari 3 supplier,compare harga baru dia approve. Semua step2 seorang purchaser kena buat, aku pun kena ikut. Dari buka PRF, cari quotation, buka PO sampailah DO sampai ke tangan aku, semua aku layan sorang. So sekarang, aku engineer cum purchaser.

Kerja-kerja engineer yang aku sebut tadi, selalunya time awal dengan akhir bulan yang kalut sikit. Time lain, boleh rest sikit lah. So, disebabkan boleh rest sikit tu, bos suruh aku turun production line tengok setiap produk yang keluar tu. Cek betul ke tak dimension, ada honeycomb ke tak, finishing sama dengan spec ke tak. Aku ok jek, seronok buat kerja yang kena dengan bidang aku. Tapi tulah, bertambah job scope, engineer cum purchaser cum qc.

Makin lama, bos tengok aku boleh handle semua, worker pun aku boleh handle, so dia tambah lagi kerja-kerja admin kat aku. Tapi kerja-kerja admin tak berapa nak parah sangat lah sebab memang ada admin kat HQ KL, cuma aku ni jadi perantara lah. Tapi still, kalau worker baru masuk aku kena cek kan myeg & passport dorang, settle dengan ejen and few more little things but still…

Ouh, sebelum terlupa. Kan aku cerita pasal aku buat kerja purchaser. Untuk yang ni, aku memang ada buat log kredit/debit untuk setiap supplier sebabnya, ada supplier yang payment term 1 bulan ada yang cash ada yang kena settle previous invoice dulu. So, aku kena take note setiap supplier, so that bila nak order barang tak sangkut. And sebab aku kena buat forecast bajet setiap bulan, aku pun kena control cash flow indirectly. Dekat setahun kerja camtu, bos buat online banking untuk memudahkan payment process. Lepas buat online banking ni hidup aku lagi huru-hara sebab aku yang kena setelkan payment pulak. So, here I am…engineer cum purchaser cum qs cum admin cum account.

Progress kerja aku memang agak cepat. Dalam sebulan dah confirm. Disebabkan tu juga, bila bos dapat tahu aku pandai guna AutoCAD, production drawing dia tolak kat aku even ada design engineer kat KL, dengan alasan sepatutnya “production drawing sepatutnya kilang yang buat”. Untuk yang pernah buat drawing, mesti faham macam mana keadaan buat drawing, tak boleh kena kacau, kalau buat dari pagi sampai petang duduk tak berganjak. Belum lagi part komputer hang, komputer auto shut down, drawing hilang.

Akan tetapi, situasi kerja aku tak benarkan untuk aku duduk 1 hari tak berganjak. Kejap-kejap worker suruh check mould pasng betul ke tak dengan drawing, kalau ada delivery kena cek barang yang naik lori tu ok ke tak, sama dengan DO ke tak. Belum lagi supplier datang hantar barang, kena cek barang yang sampai. Kang supplier tanya payment, kena check account pulak. Nak layan whatsapp group yang berjela lagi, sat lagi worker datang cakap ada barang urgent tak cukup, kena lari pergi hardware kejap. Dengan ruti yang macam ni, hampir mustahil untuk aku duduk fokus buat drawing. Tapi, tulah…

Time ni aku dah rasa sampai limit dah. Dah mula rasa tak ikhlas kerja. Dah mula congak gaji ciput. Dah mula rasa tak puas sebab buat kerja main celup, tak cukup masa nak fokus 1 kerja. Tapi aku cuba tahan. Aku cipta alasan untuk bertahan. Nak habiskan projek dulu baru resign. Kesian kat supervisor kalau aku resign. Housemate aku satu kilang dengan aku, kalau aku resign dia pun kena resign sebab dia pergi balik kerja tumpang aku. Aku pun takut nak resign, banyak hutang nak bayar. Banyak alasan aku buat supaya tak resign. So, aku end up paksa bos aku bagi aku assistant. Dia janji berbulan nak bagi assistant last2 aku yang cari sendiri. Lepas dapat assistant ingatkan makin ringan kerja, harapan. Makin dia tambah, dengan projek pun bertambah-tambah.

Sampai satu tahap aku pikir, sampai bila nak kena buli macam ni. Aku bukan lembik, tapi aku rasa melampau. Company 1 lagi ada admin, purchaser, qc, engineer 3, design engineer lagi. Tapi aku lumpsum dengan assistant aku sapu semua. Tambah penat bila bos tak hargai.

Aku nekad hantar notis 3 bulan. Masa confirm, dalam surat dia bagitau notis 3 bulan, sebab engineer before2 tu semua lari. Aku tak nak lari, aku masuk cara baik, keluar pun kena dengan cara terhormat. Dengan housemate aku explain, dia pun paham and dia pun hantar notis. Dengan mak ayah aku explain. Dorang risau aku nak resign. Aku faham kenapa dorang risau, tapi aku cuba yakinkan yang rezeki kat tangan Allah. Kena bersangka baik dengan Allah.

Before aku bagi notis ada gak minta kerja lain tapi 1 pun tak lekat. Lepas bagi notis, redha dan bersangka baik dengan Allah, alhamdulillah rezeki untuk interview senang jek dapat. Lagi 2 minggu before notis 3 bulan habis, aku dapat interview. Alhamdulillah, berjaya. Tepat2 habis notis 3 bulan, terus dapat kerja yang alhamdulillah lagi baik, bos yang baik, gaji lagi baik, orang2 keliling yang baik, peluang untuk tambah ilmu yang lagi luas. Alhamdulillah, syukur sangat2. Mungkin ini hadiah untuk sabar dan bersangka baik.

Kawan aku baru-baru ni pun nasib lebih kurang dengan aku. Cuma dia lagi teruk, bukan kena buli dengan bos dia jek, kawan-kawan ofis pun buli, disebabkan mulut bos nya yang sampaikan cerita tak betul. Sampai satu tahap dia pun give up hantar notis 1 week. Aku pujuk dia untuk yakin dengan rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita. Alhamdulillah dia redha. Tak sampai seminggu lepas hantar notis, dia dapat interview terus dapat kerja.

Aku cerita bukan nak motivate orang untuk berhenti kerja. Cuma kena ingat selalu, rezeki kita bukakn terletak di tangan bos. Kena yakin selalu, lepas dah puas usaha, ikhtiar, doa, istikharah dan sabar, maka redha dan yakinlah letakkan segala harapan hanya pada Allah.

– Ads

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit