Assalamualaikum..
Nak mulai dari mana yaa ? Sebelumnya terima kasih kepada iium confession yg sudah membuat pages ini sebagai platform untuk orang meluahkan masalah2 yang terjadi dalam kehidupan masing2 yang tidak mampu diluahkan pada dunia nyata. Saya termasuk pembaca setia pages ini, saya suka membaca di pages ini karena membuat saya menyadari bukan saya sahaja yang mempunyai masalah didunia ini. Masalah orang lain mungkin lebih berat daripada kita. Kan ?
Saya sebenarnya jenis orang tertutup, kalau ada masalah saya diamkan diri je, tak nak bagi orang lain tau. Tapi saya pilih tuk menulis di iium ni karna saya rasa masalah saya terlalu jauh dah. Seperti dah tak mampu yang simpan sendiri. Nama saya Aina, berusia 20 tahun, saya tinggal luar malaysia sekarang sambung study. Saya dulu orangnya terbuka, happy go lucky, peramah dan pandailah sikit2, ekstrovet istilahnya kalau tak silap. Untuk bacaan selanjutnya saya bahasakan diri sebagai aku, sebab lebih selesa.
Hmm.. semenjak kebelakangan ni aku rasa aku ni bukan diri aku dah, ada yang faham tak ? Aku pun tak faham sebenarnya. Aku rasa macam tak da kehidupan. Aku rasa jauh sangat ngan Allah. Kosong. Sunyi. Terlupakan. Aku dah berapa kali pikir nak tamatkan hidup ni, ramadhan baru2 ni aku pernah azam nak mati dalam bulan tu. Jahil kan ? Tapi Alhamdulillah Allah panjangkan umur ku yang hina ini . Memang aku akui sejak beberapa tahun ni aku jadi malas solat dan mengaji. Tarawih pun tak pernah pergi tau. Raya pun tak da rasa. Beli baju raya pun tidak. Allah dah tutup ke hati aku ni ?
Aku sadar hati aku dah keras, mak dan kakak aku pun pernah kata yang hati aku ni keras. Degil. Keras kepala. Kakak aku sering nasihatkan aku pasal agama, tapi tulaa aku solat fardu ikut mood, kadang2 nak masuk solat ashar baru nak gerak pergi solat zuhur. Dan sering tinggalkan solat. Kadang2 aku pikir, sebenarnya aku ni tak dah guna pun Allah hidupkan kat dunia ni. Sedangkan keluarga aku pernah bilang aku ni hanya beban jee bagi dorang . Bagaimana pulak di mata Allah ?
Tanda hati ku yang mengeras, aku kalau bercakap selalu menyakitkan hati org, kakak dan mak aku pernah nangis sebab kata kata aku. Sebenarnya aku tak bermaksud pun begitu. Tapi kata kata tuu terlepas sendiri. Jadi aku lebih suka mendiamkan diri sekarang ni. Dan lebih sula monolog sendiri . Aku tinggal berdua dengan kakak aku..Mak dan Ayah aku dah pisah sejak aku masih kecil. Kami tinggal berbeza pulau. Dan aku dah terbiasa tanpa keluuarga yang lengkap. Aku dengan kakak dalam sehari aku kadang2 tak pernah bercakap. Kakak aku pun jenis yang dingin dengan aku. Walhal, satu rumah je pun. Dan aku juga tak suka berjumpa keluarga kalau tak berapa rapat. Pernah nenek saudara ku meninggal kat kampung, kakak aku ajak pergi melayat, tapi aku kata aku ada kerja lain nak pergi, nak pergi jumpa kawan. Hati aku ni dah keras sangat ke ?
Aku suka kalau jumpa kekawan kat U, Aku gelak tak ingat dunia kalau kat kelas. Tapi kalau balik rumah, aku rasa kosong. Kalau cuti panjang, aku biasanya tinggal kat bilik je. Mandi pun tak. Sebab tu, kalau abis kelas, aku tak suka balik awal, pasti aku ajak kawan2 lepak dulu. Kadang2 aku pikir mereka ni munafik. Sebab, aku rasa mereka tak ikhlas kawan dengan aku. Aku selalu rasa yang mereka selalu bicarakan aku dibelakang. Sampai aku suka skodeng chat mereka. Tapi tak ada pun. Sebenarnya aku yang jahat kan ?
Aku tak tau apa yang terjadi dengan diri aku. Kenapa aku begini . Seperti ada orang lain dalam diri aku. Aku rindu aku yang dulu.
– Ain Saffiyyah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit