Rindu Seorang Ayah III

Rindu Seorang Ayah III

Untuk part I, (https://iiumc.com/rindu-seorang-ayah/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/rindu-seorang-ayah-ii/).

Assalamualaikum dan salam lebaran. Selamat berpuasa enam. Thank admin sebab approve dua confession aku sebelum ni yang bertajuk ‘rindu seorang ayah’.yang belum baca boleh la baca dan faham kan ya. Haha.. Sebelum aku pergi lagi jauh, aku mohon maaf andai coretan cerita tentang walid ini terlalu banyak.

Niat dihati aku nak berhenti sampai coretan kedua je. Tapi bila aku baca komen ramai yang minta sambungan pasal abang irham. Cehh macam lah cerita aku ni best nak kena ada banyak sambungan. Perasan nya aku… Tapi aku ucapkan jutaan terima kasih banyak2 kepada admin jika approve confession terakhir aku ni.

Dalam coretan yang kedua aku ada cerita tentang pertemuan walid dengan abang irham di hospital secara kebetulan. Selepas pertemuan tersebut abang irham menabur janji manis dengan walid. Abang irham berjanji akan datang jumpa walid sebelum dia pulang kuala lumpur. Namun janji tinggal janji.

Walid menanti dan bertanya sampai aku naik jemu dengar soalan walid menanyakan ke aku adakah abang irham ada call atau whatsapp aku. Ye lah orang tua kan besar sangat harapan mahu berjumpa anak buat kali kedua.

Dua minggu selepas aku pulang hospital aku whatsapp abang irham minta dia datang jumpa walid . Dan alhamdulillah dua bulan kemudian abang irham datang jumpa walid seorang diri tanpa bawa anak isteri. Terdetik rasa kasih untuk abang irham biar pun aku tahu dia bukan menyayangi aku pun. Masa tu aku sangat tak sangka abang irham akan datang bertemu walid.

Sempat aku bersembang dengan irham. Abang irham ni kerja pangkat besar gaji berpuluh ribu. Orang berpengaruh. Kalau aku sebut mesti ramai yang kenal. Biar lah. Cerita macam ni tak boleh terlalu umum.

Ohh yaa aku lupa, sebelum Allah pertemukan abang irham dengan kami,walid terjumpa seorang kenalan rapat abang irham merangkap rakan sekerja abang irham. Aku gelarkan ali Oleh kerana ketika itu walid tahu ali bekerja syarikat yang sama dengan irham. Walid pelan2 cerita dan bertanya pada ali pasal irham. Yaa dan ternyata ali kenal irham.

Kata ali abang irhan seorang ketua yang sangat prihatin dengan perkerja dan tak sangka abang irham tidak pulang mencari ayah selama 30 tahun. Nampak tak disini bahawa anak2 walid bukan orang biasa2. Maksud aku orang macam abang irham ni takkan tak terdetik mahu cari walid. Takkan tak ada rasa rindu kepada seorang ayah.

Okey back to cerita abang irham, pulang sahaja dari rumah walid irham terus senyap dari kami. Senyap disini bermaksud tiada call dari dia. Dan umi dengan walid call pun tak angkat. Aku tak tahu apa masalah dia. Selepas lima bulan, irham call umi menangis2 memberitahu dia ada problem dengan isteri. Ya, umi sangat terkejut bila irham call macamtu. Ye lah lama senyap tiba2 call umi. Umi minta abang irham cerita apa yang berlaku.

Apa aku dapat simpulkan disini, abang irham dihalau oleh isteri dan anak2 nya ketika balik dari bekerja luar kawasan. Sama seperti walid juga abang irham dihalau kerana ada perempuan lain. Cerita ini sangat panjang. Aku malas nak cerita satu persatu. Cukup kalian faham cerita abang irham dihalau sama seperti bekas isteri walid halau walid. Beza nya abang irham ada kerja.

Tidak habis sampai disitu, umi meminta abang irham datang jumpa walid walaupun sekejap. Kerana kata umi walid boleh selesaikan masalah abang irham. Seminggu selepas abang irham call umi. Dia pulang rumah aku dan jumpa walid. Dan ya walid dengan umi sangat terkejut tengok keadaan abang irham walaupun umi tak pernah lihat keadaan abang irham. Abang irham ketika itu macam orang tak ada jiwa dan hati.. Menurut sahaja apa orang kata.

Walid mengambil keputusan untuk merawat abang irham dengan seorang ustaz. Kerana kata walid, abang irham macam orang tak siuman. Ya kata hati seorang ayah sangat lah betul.ustaz yang merawat abang irham mengatakan isteri abang irham ada buat sesuatu untuk abang irham tunduk dan patuh kepada nya. Cerita yang sangat tragis. Biar lah aku tak boleh cerita disini.

Selepas rawatan, walid meminta abang irham tinggal dengan walid sampai sembuh tapi abang irham menolak kerana terikat dengan kerja. Abang irham sempat tinggal dengan kami seminggu dan alhamdulillah dia sedar dari ‘lena yang panjang’.

Selepas rawatan abang irham mula solat lima waktu dengan cukup, buat solat sunat. Dia mula sedar apa yang berlaku dan boleh dibawa berbincang. Dia mula cerita sebelum dihalau isteri nya meminta abang irham menyerah kan semua aset yang abang irham ada dan sign satu perjanjian. Anak2 juga memaksa abang irham buat begitu. Disini aku boleh nampak betapa kejam nya dan angkuh isteri abang irham sanggup buat suami sampai begitu sekali.

Enam bulan kemudian abang irham mengambil keputusan untuk melafazkan talak kepada isteri nya setelah isteri nya berkali minta abang irham melafazkan talak. Berjuta kali fikir dengan berat hati dia melepaskan isteri dan tiga orang anak.

Apa yang aku terkilan, sampai harini walaupun abang irham gaji berpuluh ribu kehidupan abang irham macam merempat. Ya sekarang abang irham hanya menyewa sebuah bilik kecil dan berulang alik dengan komuter sahaja. Abang irham tetap menanggung semua perbelanjaan bekas isteri dan anak2 walau sudah bercerai.

Yaa aku tahu tidak menjadi masalah bagi aku kerana itu hal abang irham tapi bila mana dia sendiri tak ada duit sampai berlapar adakah perlu dia menanggung lagi perbelanjaan anak isteri? Aku tak tahu nak kata apa. Oh ya, boleh dikatakan setiap bulan juga abang irham minta pinjam duit kerana semua duit nya habis diberi kepada anak2 dan bekas isteri, atas dasar simpati aku bagi walaupun kami pun cukup2 makan kerana aku tahu hidup dikota kos nya sangat tinggi dan takut abang irham kelaparan.

Masa berlalu dengan agak pantas. Cukup setahun kami mengenali abang irham setelah pelbagai cerita dan ujian yang abang irham dan walid lalui. Selepas penceraian abang irham selalu pulang jumpa walid. Boleh dikatakan setiap bulan abang irham akan pulang.

Sepanjang abang irham berhubung dengan walid dan keluarga kami, abang irham tidak memberi tahu ibunya kerana risau takut ibu nya memarahi kerana berjumpa dengan walid. Dan tiada seorang pun yang mengetahui abang irham datang jumpa walid. Tiba lah hari raya aidilfitri tahun lepas, abang irham beraya dengan kami.

Alhamdulillah aku tengok walid sangat gembira dari biasa. Ye lah 30 tahun tak dapat beraya dengan anak pastu tiba2 dapat beraya dengan anak. Ayah mana tak gembira kan. Hari raya pertama terjadi la suatu cerita yang sampai harini akibat nya dapat dirasai. Aku ringkaskan sedikit sebanyak yang mampu, hari raya pertama biasa lah kan keluarga akan berkumpul dan mengambil gambar beramai2. Seorang saudara rapat kami upload gambar dalam fb dan tak sengaja tag aku maka tersebar la cerita abang irham sudah berbaik dengan walid.

Hari itu aku diserang bertubi dengan soalan pasal abang irham dari keluarga belah sana. Ada yang call aku, ada yang whatsapp aku dan last sekali cucu bekas isteri walid sanggup datang dari jauh mencari aku untuk bertanya pasal abang irham. (cucu walid juga la dah kalau cucu bekas isteri kan) Aku tak tahu mana dapat nombor aku, mana diorang kenal aku dan kenapa aku yang diserang bukan orang lain. Aku tak tahu mana dosa dan mana salah buruk nya kalau irham berbaik dengan walid. Macam menjadi satu kesalahan yang sangat besar.

Aku ingat perkara itu habis sampai disitu, rupanya tidak. Ye lah langit tak selalu cerah. Kebahagiaan keluarga kami dengan abang irham tak lama. Aku ringkaskan, tiba lah raya tahun ini abang irham ada berjanji dengan walid akan beraya dengan walid tahun ini dan berusaha bawa adik beradik nya yang lain datang jumpa walid.

Seminggu sebelum raya, abang irham pulang berpuasa dengan kami, walid memberitahu abang irham supaya raya tahun ini beraya lah dengan ibu nya kerana kata walid pagi raya anak lelaki harus meminta ampun dan maaf dari ibu nya tak kira besar mana dosa seorang ibu. Besar pahala jika buat ibu gembira kata walid. Maka pulang lah abang irham beraya dengan ibu nya dua hari sebelum raya.

Aku tengok walid sangat sedih dan diam tidak bercakap. Aku tahu walid sedih tahun ini abang irham takkan salam tangan nya di pagi raya.namun seorang ayah takkan tunjuk kesedihan betul tak. Aku ada bertanya walid kenapa biarkan abang irham pulang sana jika walid sendiri mahu beraya dengan anak nya.

Jawapan walid aku ingat sampai harini. Walid beritahu aku Kebahagiaan kita adalah apabila kita boleh membahagiakan org lain.yaa, walid mahu bekas isteri nya bahagia dapat beraya dengan anak2. Di pagi raya, abang irham ada call umi dan berjanji akan pulang jumpa walid raya kedua atau sebelum pulang ke kl.

Namun, janji tinggal janji sampai hari ini aku tulis coretan ini raya ke 8 abang irham tidak pulang. Bukan sahaja tidak pulang call tak berangkat, whatsapp tak reply. Aku tak tahu apa masalah irham sampai kami tak dapat berhubung dengan dia. Umi dengan walid aku tengok murung. Risau dengan sikap abang irham. Kot ya tak boleh balik call sekali cukup buat umi walid tahu keadaan dia.

Semoga dipermudahkan segala urusan abang irham jika ada apa2 yang berlaku dan semoga abang irham dilembut kan hati untuk tidak berjauhan dari kami. Cerita abang irham panjang lagi kalau aku cerita kan tapi cukup lah sampai disini dulu. Ada waktu aku coretkan balik.

Berbalik cerita anak2 walid, raya tahun ini juga aku ada meminta mereka untuk pulang namun macam biasa lah aku permintaan aku tidak akan dilayan sama sekali. Kadang-kadang aku rasa cukup penat dengan perjuangan ini. Aku rasa nak give up dah dari memujuk anak2 walid ni. Doakan aku pembaca sekalian.

Yaa dengan keadaan abang irham kami tak dapat contact buat aku makin serabut. Makin sedih. Aku sangat menyayangi abang irham. Aku sangat mengharap abang irham akan berhubung lagi dengan kami. Abang kakakku, ketahui lah berjaya seorang anak itu bukan kerana dia hebat, bukan kerana dia pandai tetapi kerana berkat doa orang tuanya.Kerana doa mereka tiada hijab antara mereka dengan Allah.

Abang kakakku, andai masa kalian boleh aku bayar, aku sanggup demi melihat senyuman di wajah walid sebelum walid tiada di dunia. Abang kakaku sayang, kau tahu Hanya dengan dapat lihat gambar kalian yang aku tunjuk dari fb pun walid gembira sampai dua tiga hari minta nak tengok lagi. Ni apatah lagi kalau kalian balik jumpa walid. Kau tahu kan hati perasaan orang tua macam mana. Cukup kasih sayang dan dihargai bukan harta yang ditabur.

Walid, maafkan aku, disaat tanganmu mulai terketar-ketar, matamu mulai samar-samar, jiwamu merintih merindukan ank2, aku tidak mampu untuk menunaikan kerinduanmu.. Walid, usiamu kian senja, kudratmu makin berkurang, urat-urat tua mu jelas kelihatan, raut wajahmu makin hari makin suram, namun tetap saja anak-anak di fikiran.

Sahabat pembaca sekalian, hargailah kedua orang tua selagi mereka masih ada, gembirakan hati mereka, bahagiakanlah mereka. Jangan sesekali biarkan mereka berasa penat, bila mereka penat, Allah akan jemput mereka berehat. Ingat, dimuliakan Allah akan Uwais al Qorni kerana jasanya kepada ibu, Di timpa musibah Ahli ibadah Juraij kerana tergurisnya hati ibu. Doa ibu tiada hijab, doa ayah membawa berkat, bahagiakan mereka ke akhir hayat, insha’Allah selamat dunia akhirat.

Untuk pembaca aku mengalukan nasihat dan komen2 positive dan negative dari korang. Apa pertanyaan in sha Allah aku jawab. Jika ada mengenali aku, boleh tinggalkan komen nanti aku mesej korang. Akhir sekali terima kasih sekiranya coretan ini disiarkan dan korang membaca sehingga habis. Maaf sekiranya tulisan aku tidak tersusun dan sangat panjang. Terima kasih semua.

– Ilham humaira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submi