Roommate dan “Dia”

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca IIUM Confessions sekalian.
Disini saya ada satu cerita berkaitan seorang roomate saya Mimi (bukan nama sebenar) dan rakannya yang dikenali sebagai A. Bermulanya kisah perkenalan saya dengan Mimi ni apabila kami berkongsi satu bilik yang sama dimana kami belajar di salah sebuah kolej yang terletak di Selangor. Dipendekkan cerita rumah saya mempunyai 12 orang penghuni pada asalnya ( asrama kami di dalam kampus jadi itu memudahkan lagi pelajar untuk urusan pergi dan balik kuliah ). Oleh sebab 6 orang yang tidak menetap di asrama kerana mereka praktikal jadi rumah kami tinggal baki yang 6 orang lagi .
Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku pada saya sendiri kerana sewaktu saya bersekolah saya juga pernah menyaksikan kejadian yang lebih dahsyat dan hebat.
Sepanjang satu sem perkenalan dengan Mimi ini saya masih boleh bertegur sapa dan gelak ketawa dengannya . Mimi juga seorang yang boleh diajak bergurau dan agak peramah orangnya. Pada masa ini kami berkawan seperti biasa sehinggalah hujung sem yang mana kami akan pulang ke rumah masing-masing bagi cuti semester yang agak panjang.
Untuk sem seterusnya kami masih mendapat bilik yang sama cuma kami tinggal berdua kerana roomates yang lain praktikal jadi mereka lebih digalakkan untuk tinggal diluar. Bermulanya ujian dan dugaan saya apabila saya mendapati Mimi membawa seorang rakannya iaitu A untuk tinggal dibilik kami. Pada mulanya agak biasa dan kadangkala Mimi juga membawa beberapa orang kawannya yang lain untuk datang ke bilik membuat assignment.

Nak dijadikan cerita , pada satu malam saya mendengar bunyi yang sangat kuat seperti seseorang yang mengetuk-ngetuk sesuatu . Apabila saya membuka mata dan mendapati itulah ada rakan kepada Mimi tadi iaitu A. Oleh sebab itu saya terkejut dan bangun sebentar untuk lihat apa yang berlaku tetapi disebabkan terlalu mengantuk jadi saya terus tertidur semula. Pada hari lain juga kejadian sama berlaku apa yang saya nampak dengan mata kepala sendiri ialah A ini sering meracau dan tidak dapat mengawal dirinya(sering mengetuk-ngetuk dirinya dalam keadaan tidak sedar) pada waktu tengah malam dan kebiasaannya dia akan kembali normal selepas Subuh bergantung pada keadaan dia . Saya mula syak sesuatu pada dia kerana sebelum ini memang tidak tahu bahawa dia berkelakuan pelik dan dia juga kelihatan normal sahaja. Mimi inilah BFF Sejati dia yang sentiasa menjaga siang dan malam. Allah sahaja tahu perasaan saya ketika kejadian ini berlaku.
Apabila saya bertanya kepada Mimi apa sebenar yang berlaku , dia menceritakan lah tentang A ini.

A ni datang dari broken family and dia juga merupakan pelajar yang rajin dan sentiasa komited dengan kerjanya. Dia juga terlibat dalam salah sebuah persatuan dan memegang jawatan tertinggi . Jika dilihat dari sudut luaran A kelihatan seperti manusia normal tetapi apa yang berlaku setiap malam dia seolah-olah tidak sedarkan diri dan meracau-racau seperti orang gila.
Saya memberitahu kepada Mimi supaya menasihati A untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti solat dan berzikir dll.
Mimi juga memberitahu bahawa A sering berjumpa dengan doktor dan pakar psikiatri serta menjalani rawatan Darussyifa juga . Tetapi hasil dari salah seorang ustaz di kolej kami benda yang menganggunya itu bukanlah berpunca dari makhluk halus. Wallahua’lam.
Tetapi perkara ini agak berlarutan sehingga kini dan saya kasihan dengan Mimi yang selalu menjaga A ini hampir setiap malam .
Saya juga tidak selesa dengan kehadirannya (A) itu bila dia berada dibilik saya kerana sering menganggu .
Jadi , disini saya amat memerlukan bantuan dan apa-apa yang boleh saya buat untuk membantu menyelesaikan kes ini sementara waktu masih ada sebelum tibanya peperiksaan akhir yang bakal tiba tidak lama lagi. Saya tidak sanggup untuk berdiam diri lagi dan saya rasa perlu diselesaikan secepat mungkin.
Wallahua’lam bissowab.

– Sissyyy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit