Roommate Tarik Selimut

Assalamualaikum.

Selepas membaca banyak confession tentang roomate yg berperangai tidak baik, kisah aku berbeza sebab dipertemukan dgn roomate yg baik dan telah menjadi titik perubahan yg besar dalam hidup aku.

Dulu aku pelajar sekolah biasa. Jadi bila masuk ipta, aku memang tak tau sgt hal agama. Sekadar solat lima waktu dan baca Quran. Banyak sgt amalan yg aku baru nak belajar bila masuk ipta seperti baca terjemahan Quran, mathurat, solat dhuha, dan dalam kisah ni ialah solat ‘tahajud’. Roomate tarik selimut tajuk diberi sebab kekuatan roomate2 aku melawan ngantuk untuk bersujud pada Tuhan.

First roomate aku, seperti namanya iaitu hidayah ialah org first aku tengok depan mata buat tahajud. Oleh sebab bilik kiteorg takde halangan, memang boleh nampak dia tahajud dalam gelap. Aku buat2 tidur je sambil tu dengar dia bisik2 membaca ayat dalam solat. Dia ni aku nampak buat tahajud tidak setiap hari tapi berkala. Bila tengok dia, time ni hati tak terbukak lagi untuk try sebab rasa solat tu pon sunat je.

Masuk sem baru, aku dapat roomate baru. Selalu bangun tahajud. Dia ni bangun setiap hari waktu lebih kurg nak hampir subuh. Dan dia akan terus tunggu subuh. Mulai sem yg ni, aku dah try beberapa kali. Oleh sebab kadang2 dia dah nampak aku bangun tahajud, dia akan tolong kejutkan. Tapi tu la aku sengaja taknak bangun sebab ngantuk. Dia kejut aku sekali je la, klu aku tak bangun dia faham la tu aku memang nak teruskan tidur.

Masuk sem baru lagi, dapat lagi sorang roomate baru. Yang ni pon hebat orangnya. Setiap hari tidur awal sebelum pukul 11. Kemudian dia akan bangun pukul 3 lebih, mandi dan solat tahajud. Lepas solat dia akan study, nak dekat2 subuh dia tidur kejap dan bangun semula bila azan. Aku pulak hanya buat tahajud kadang2. Malu satu sebab jarang buat pastu nak buat. Kedua sebab bilik tu takde halangan memang satu bilik boleh nampak. Dia ni memang istiqamahlah dan hidup dia pon cam teratur je.

Dan semua ni roomate aku lebih kurang 3 tahun yg lalu. Berjaya semuanya. Sorg bakal doktor, sorg bakal dentist, sorg bakal ahli kimia. Dan alhamdulillah, mula setahun lebih yg lalu, aku turut diberi kekuatan utk tarik selimut untuk buat tahajud hampir setiap hari walaupun nak dekat2 azan subuh malah walau aku balik kampung atau bercuti ke mana2,insyaAllah aku akan cuba bangun. Cuma kadang2 terlepas juga sebab penat dan terlajak. Dan waktu malam akan jadi waktu yg aku tunggu2. Apatah lagi kalau siang harinya stres sebab nak luahkan segalanya dalam sunyi dan gelap.

Kata-kata akhir, aku bersyukur dgn kehadiran roomate2 yg kuat menarik selimut yg telah mengubah aku dengan izinNya. Bagi yg belum pernah tahajud, mari lah kita sama usaha sikit2 walaupun mula2 susah tapi by time akan biasa malah rasa tak tenang klu terlepas. Doakan aku istiqamah semua. Moga Allah mudahkan buat kita.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit