Rumah Itu Untuk Kita

Assalammualaikum. sekadar mencoret rasa hati tentang akhlak kita di masjid/surau. Kiranya confession ini di siarkan, ia sekadar panduan dan iktibar bersama untuk kita hargai dan jaga masjid dan surau yang ada di sekeliling kita. InsyaaAllah.

Sebenarnya setiap kita yang bertandang ke mana-mana surau atau masjid, ketika itu Allah mentakdirkan kita untuk berada di situ. Kadang2, di masjid/surau ni lah Allah bagi kita petunjuk, ketenangan hati, kekuatan dlm menghadapi kekecewaan/rasa marah, dan mcm2 lagi.

Sebagai manusia, normal bagi kita nakkan suatu tempat itu selesa dan bersih. Walaupun tandas, bila tandas itu selesa dan bersih, nak tunaikan hajat pun kita akan rasa tenang. Tapi tak semua tandas bersih dan selesa, tandas kat surau/masjid pun ada jugak yg kotor. Kotor sebab lama takde orang guna lain, kotor disebabkan punca pengguna tandas tu yang tidak patut berlaku. Kenapa? sebab sebagai orang Islam umumnya, kebersihan ni asas kehidupan yang wajar jadi amalan sebelum perkara yg lain.

Ada bagusnya ajk surau/masjid tinggalkan sabun cuci tandas kat tandas, in case tandas kotor, tak dpt lama, sekejap pun jadilah bagi siapa yg punya rasa prihatin nak cuci tandas tu dulu. Kalau ada kerosakan pada paip atau flush ke, tulis kerosakan tu atau maklumkan pd ajk surau/masjid yg kat situ. Yg bagusnya ada peti aduan. Tapi semua peti aduan kat malaysia ni biasanya kosong je. Haha.

Seterusnya tentang kebersihan dan keselesaan telekung. Aku ni kalau tak bwk telekung je guna telekung surau/masjid ni, itu pun kalau aku tgok telekungnya bersih, selesa dan takde kesan make up. Tapi kalau telekung tu dah berbau dan berkaler2 kesan make up, cariklah alternatif lain. Awak2 yang guna telekung surau/masjid, cucilah muka tu bersih2 pakai make up remover, takdelah kesan kat telekung, ni kesan foundation je setengah kilo, belum blusher lagi. Kalau rajin, bwklah balik telekung2 tu basuh kat rumah, dapat jugak extra point untuk kat sana nanti. InsyaAllah.

Untuk siapa2 yang singgah di surau/masjid untuk berehat, mandi, tukar pampers anak, gunakanlah kemudahan yang ada dengan sebaiknya. Buang pampers anak kat tempat sepatutnya dibuang. Pokoknya semua lah yg gunakan kemudahan surau/masjid, gunakan sebaiknya. Surau/masjid ni hak kita bersama, jika kita utamakan kebersihan, begitu juga orang lain, jika kita utamakan keselesaan, begitu juga dengan orang lain.

Maaf andai tajuk ini menimbulkan sensitiviti mana2 pihak. Bukan niat aku mencari salah sesiapa, sekadar mengingatkan diri sendiri dan semua orang bahawa surau/masjid ini adalah imej orang Islam. Andai imej surau/masjid ini tercemar, apa yang akan dinilai terhadap agama Islam yang kita sayang ni. Mudah2han kita sentiasa berusaha memperbaiki akhlak kita sesama manusia dan sesama makhluk. Marilah menjaga kesejahteraan surau/masjid kita. Moga2 rahmat Allah bersama kita semua.

– Hasanah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *