Rumah Singgah

Assalamualaikum, nama aku Husna, perkahwinan aku dan suami baru saja genap setahun.. Aku dan suami tinggal di rumah mertua sejak hari pertama kahwin..

Sudah banyak kali aku pujuk suami untuk cari rumah sewa tapi suami tetap berkeras tak mahu pindah alasan sebab tiada orang nak jaga mak dan ayah.

Ibu dan ayah mertua sudah tua, tapi masih lagi sihat..

Dan anak-anak mereka yang lain yang tinggal berdekatan selalu saja datang menjenguk, kadang sampai lewat malam baru balik ke rumah masing-masing.

Masa baru-baru kahwin, suami ada pujuk nak cari rumah berdekatan dengan rumah mak dan ayah supaya senang nak jenguk mereka setiap kali aku merajuk dengan suami disebabkan kes rumah sewa ni..

Tapi lama kelamaan suami langsung tak ada usaha untuk pindah.. Dan sekarang, dia lebih memilih untuk lepaskan aku berbanding tinggal asing dengan mak ayah.

Suami sudah ada rumah pertama di Selangor, bermaksud dia sudah ada komitmen hutang setiap bulan, sekarang kami berada di Perak sebab suami memohon untuk pindah balik ke kampung.

Aku tidak pasti adakah sebab kewangan yang tak mencukupi adalah alasan suami tidak mahu menyewa?

Tapi aku selalu volunteer untuk membayar separuh dari duit sewa rumah sebab nak sangat tinggal asing..

Dan suami aku sebenarnya mampu untuk bayar dengan gaji yang dia ada sekarang..

Bagi aku tinggal di rumah mertua ialah mimpi yang paling buruk, aku tidak bebas untuk buat apa yang aku suka.. aku suka memasak, tapi aku tidak selesa memasak di rumah mertua,

Kadang-kadang bila hari cuti, aku nak juga merasa bangun lambat.. Tapi aku tak selesa dan takut mertua mengata.. Sampaikan aku nak basuh baju guna mesin basuh pun aku segan.

Aku tak tahu wajar ke aku rasa segan dengan semua ni atau aku je yang berlebihan? Aku nak juga deco-deco rumah sendiri macam orang lain..

Walaupun mertua aku sangat baik, tapi aku tetap nak elak.. Sebab bunga takkan selalunya mekar.. Lama-lama mesti akan buruk juga. Dan tak semestinya semua baik di mata dia.

Aku buntu cari jalan penyelesaian.. Aku sayangkan hubungan ni, tapi kadang aku putus asa..

Aku selalu minta cerai, aku tahu aku berdosa sebab meminta cerai dari suami aku..

Ayat suami aku bila aku minta cerai, dia akan kata “kita pergi mahkamah”.. Tapi lepas itu dia akan pujuk aku dan akan buat macam biasa dan akhirnya kami tak jadi bercerai..

Banyak kali perkara ni berulang. Aku tak tahu macam mana lagi.. Salah aku ke nak kami hidup berdikari sendiri ? Aku banyak makan hati..

Aku tahu dia pun sama..

Semoga Tuhan tunjukkan jalan untuk hubungan kami..

– Husna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *