Rumahku Diserang Cik Pi

Rumahku Diserang Cik Pi

Thanks admin siarkan tulisan aku ni. Aku cuma nak cerita pengalaman rumah aku diserang.

Diserang kat sini bukannya bermaksud diserang dengan senjata atau orang jahat. Tapi diserang dengan benda (atau binatang) yang berjuta-juta kali lebih kecil berbanding kita.

Ia ialah pi(jat). Aku panggil dia kat sini Cik Pi lah eh? Sebab seram nak sebut nama penuh.

Kira-kira tiga bulan yang lalu, masa family kakak aku datang tidur rumah aku, anak-anak buah aku yang kecik-kecik bila bangun tidur gatal-gatal. Dua hari dia orang kat rumah aku, dua hari tu jugaklah dia orang tak habis garu sana garu sini. Kakak aku tak suspect apa-apa dia cakap mungkin sebab main playground kat bawah blok kena gigit nyamuk ke apa. Atau sebab peluh malas nak mandi ke apa. Aku pun ok je lah.

Tapi selepas dia orang balik, aku pulak yang kena. Mula-mula gatal sikit. Kat tangan. Dua hari lepas tu, kat kaki pulak. Tapi makin hari gatal-gatal dia jadi teruk sampai nak tidur pun tak boleh. Tak selesa walaupun bilik sejuk sebab on aircon. Nak pergi kerja pun aku kena sapu krim gatal-gatal. Bintat sana sini sampaikan celah-celah jari.

Minggu tu aku balik rumah mak. Mengadulah aku kat mak sebab gatal-gatal teruk. Mak aku pun cakaplah, cuba check rumah kau ada Cik Pi tak. Aku tau Cik Pi, tapi kenapa Cik Pi mak? Mak cakap dia semacam kutu tapi lagi savage daripada kutu. Kutu aku tahulah. Aku pernah kena masa kecik dulu sampai kena botak kepala haha.

Mak suruh abang aku pergi check. Aku bawa abang aku ke rumah. And to my surprise, ada saja benda yang abang nampak yang aku tak perasan. Apa benda hitam-hitam kat tilam kat katil aku tu? Apa tu hitam-hitam sama kat tepi laci wardrobe aku?? Abang kata confirmlah rumah kau kena serang!

Banyak ni, abang kata. Dah beranak pinak ni. Dengar je tu buat bulu roma aku meremang. Bahaya camna tu? Cik Pi tu bedbugs lah, abang aku cakap. Yang tu aku tahulah.

Abang teruskan menge’check’. Sofa aku dah diserang, segala bantal-bantal dan kusyen pun ada kesan Cik Pi tu. Aku dah bingung. Dari mana Cik Pi dan keluarga dia datang ni?? Tapi itu semua tak penting, sebab aku kena fikir camna nak halau dia orang dari rumah aku dulu.

Part nak membasmi Cik Pi tu yang leceh dan susah. Abang nasihatkan aku supaya buang barang-barang yang boleh dibuang dahulu. Jadi senang nak mengemas. Aku pun kata lah, sofa boleh let go. Kusyen dengan bantal pun boleh buang sekali. Aku koyak-koyakkan sarung kusyen, sofa dan bantal sebab benda semua relatively masih baru sebab aku pindah baru tiga tahun. Aku tak naklah orang ambil sofa tu letak rumah dia orang. Aniaya je nanti.

Boleh cerita tak ni? Masa aku koyakkan sebelah belakang sofa aku nampak beratus-ratus (agaknya aku rasa, tapi nampak macam banyak sekali) Cik Pi tu merayap, dan baunya sangat kuat sampai aku nak muntah. Rupanya ni bau Cik Pi. Semacam bau tengik yang aku tak boleh tahan.

Sementara nak mengemas aku duduklah rumah mak. Hujung minggu abang teman aku balik rumah dan bersihkan tempat Macam-macam ubat kita cuba. Orang-orang cakap ubat ni bagus, kita beli. Kalau yang ni bagus, kita beli. Sampai sekarang dah masuk dua bulan kita masih try. Belum lagi ada apa-apa perubahan.

Aku dah rindu balik rumah aku! Please sesiapa ada tips, tolong aku…

P.S. jangan kecam kakak aku. Dia tak bawa Cik Pi masuk rumah aku, sebab kat rumah dia tak ada dan dia dah check. Mungkinkah aku yang bawak dari opis?? Pernah ada sejarah Cik Pi kat opis aku by the way.

– Yang desperate

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments