Saat Bahagia Yang Seketika

Aku wanita biasa- plain jane. Disini aku nak ceritakan kisah hidup aku yang penuh tragis semenjak aku kenal seorang lelaki yang terlalu aku sayang. Aku gelar dia Z. Dulu waktu bujang, hidup aku stabil, kerjaya yang bagus, gaji pun bagus, ada kereta dan aku dalam usaha membeli rumah sebelum aku bertemu dengan Z.

Waktu itu, ape aku nak aku beli seperti pakaian yang lawa, owh aku ni suka pakaian “berfesyen “ tapi dari segi muslimah dan aku juga suka beli barang mekap. Itu semua kepuasan diri aku setelah penat bekerja. Penghujung umur 20an aku, aku lebih risau kerana aku tak berkahwin lagi. Aku ade kenal2 lelaki tapi aku menolak untuk mereka kenal lebih mendalam. Aku ni waktu itu cukup memilih sehinggalah bulan November 2016, aku kenal dengan Z.

Dipendekkan cerita, kampung Z ni satu daerah dengan kampung aku. Jadi kami berdua membuat keputusan berjumpa pertama kali di kampung sahaja kerana aku dari Kuantan dan dia pula bekerja di ibu kota. Pertama kali aku pandang Z, dalam hati aku menolak kerana dia ni seorang mekanik sahaja tapi dari segi paras rupa Z memang menang.

Sehari selepas kami berjumpa, Z ajak aku pula pergi temankan dia beli barang di bandar. Aku menolak pada mulanya kerana aku dah mind set aku taknak lelaki ni. Pujuk punya pujuk, akhirnya aku keluar juga.Dari teman Z beli barang akhirnya sampai ke Janda Baik dia bawa aku jalan2.

Dalam kereta, banyak perkara kami bualkan dari soal keluarga masing2, hati dan lain2. Balik ke tempat kerja masing2, Z asyik mesej aku. Hampir aku rimas kerana aku punya prinsip aku tak suka dikongkong walhal bukan siapa2 lagi dia waktu tu dengan aku. Aku kadang2 berkata kasar dengan dia, aku blok Z. Aku buat keputusan aku taknak dia.

Nekad. Tetapi Z tak putus asa, dia minta kawan baiknya contact aku dan pujuk aku. Katanya Z ni sakit ditinggalkan sampai Z tidak boleh berdiri dan tidak dapat bekerja. Kata kawan Z lagi, kalau aku taknak dekat Z takpe asalkan aku mesej dia dan bagi semangat dekat Z. Aku pun unblock semula dan mesej Z. Dari situ Z mula kerap mesej aku menunjukkan dia sangat mengambil berat pasal aku.

Perempuan seperti aku jika ada yang pandai ayat manis, berjanji itu ini akan cair jugak kan? Disember 2016 , Z ajak aku bercuti ke CH. Z naik bas ke tempat aku kerja dan kami sama2 pergi ke CH dengan kereta aku. Di CH lah , Z mula tunjuk dia sangat caring , romantik penuh dengan surprises. Di situ Z belikan aku bunga ( aku mmg cair dengan bunga ) ,hati aku mula menerima Z. Yang tak dapat aku lupa, masa Z bagi aku bunga, dia pertama kali pegang tangan aku.

Sorry to say, aku memang menjaga diri aku sebelum ini dari pegang mana2 lelaki tapi tindakan Z sangat pantas dan reflek. Waktu tu aku bukan suka, aku tergamam kerana Z memperlakukan aku begitu. Sesuatu yang aku tak pernah aku lalui sebelum ini dan akhirnya ini membuatkan aku terbuai.

Ya aku hanyut dalam dunia cinta aku kerana aku tak pernah merasa sentuhan begini sebelum ini. Ibaratnya aku seseorang yang telah lama hilang kasih sayang. Dalam perjalanan pulang, tangan kami bertaut setiap masa. Kadang2 Z akan mencium tangan aku dan berkata ayat manis. Aku bukan diriku. Aku merasa bahagia.

Aku katakan pada Z ,tidak pernah ada lelaki yang pernah menyentuhku seperti Z buat, aku meminta dia serius dalam hubungan ini. Dia berjanji. Jan 17, majlis merisik dan bertunang. Semunya ringkas dan mudah.

Kami berhubungan seperti biasa kerana masing2 jauh. Kadang2 Z akan datang ke sini dan kadang2 aku akan ke ibu kota. Aku seperti terpukau , aku terlalu sayang padanya sehinggakan aku sanggup buat apa sahaja untuknya. Hubungan kami lebih dari itu sentuh, pegang, cium katakan apa sahaja tapi belum ke bilik tidur kerana setiap kali Z memujukku, iman aku yang sikit itu yang jadi perisai.

Z apatahlagi dialah manusia yang sering tewas dengan nafsu .Aku katakan tunggu dan sabar, sudah tidak lama lagi kita akan bernikah. Aku sering tewas dengan Z namun aku berjaya jaga mahkotaku sebelum waktunya. Penghujung Apr, akhirnya kami dinikahkan. Pada mulanya semua manis waima cili merah pun boleh rasa manis. Setiap hari aku menghitung hari untuk bertemu suamiku, aku rindu pada belaian dan janji2 suamiku.

Kami kemudian membuat keputusan untuk aku berhenti kerja dan mengikut Z di ibu kota . Keluargaku semua tidak bersetuju keputusan aku kerana kehidupan kami yang tak stabil, tapi aku nekad ,aku degil kerana sayang aku turutkan Z. Aku pindah ke rumah Z, waktu tu rumah Z kosong cuma ada dapur dan mesin basuh. Aku belajar pendam dan belajar terima kesusahan. Kami sama2 bina kebahagiaan kami.

Ada juga waktu bertikam lidah kemudian baik semula. Pagi2 Z keluar cari rezeki dan balik pun tengah malam. Ahad pun kerja. Aku redha sebab Z cari rezeki untuk kami. Aku diamkan waktu Z tak banyak untuk aku, aku sunyi mujurlah abang aku hadiahkan aku TV. Dalam masa yang sama aku juga mencari kerja berdekatan, tapI aku disahkan mengandung. Pencarian kerja aku terpaksa ditangguhkan.

Trimester pertama, aku memang alahan teruk seperti bangkai bernyawa. Z hantar aku balik kampung kerana kesibukannya kerja tidak dapat menjaga aku. Aku duduk beberapa bulan di kampung, waktu tu mak aku jaga aku. Setelah 4 bulan, keadaan aku makin stabil dan Z ambil aku semula. Aku seperti suri rumah yang lain, kerjanya jaga rumahtangga dan memasak Cuma aku terkilan dan sunyi.

Z memang tiada masa langsung asyik sibuk dengan kerja. Sudah tiada manisnya cinta, ayat2 jiwa seperti sebelum ini. Aku pendam dan pujuk hati aku sendiri. Semua ini memerlukan pergorbanan. Aku selamat bersalin dan berpantang di kampung. Aku dan bayiku pulang ke ibu kota sekejap dalam sebulan lebih, seterusnya Z hantar kami pulang ke kampung.

Kebanyakan masaku berada di kampung. Ketika di kampung, aku ada sedikit perasaan tak puas hati dengan Z kerana aku rasa diabaikan di kampung. Z asyik kerja sehinggakan dia lupa dia ada kami ,amanah untuk dia jaga. Aku pernah bertanya padanya kenapa dia berubah, dia menyatakan kerana sikap aku, die berubah.

Susah untuk aku ceritakan , tapi apa yang aku buat adalah demi Z kerana aku terlalu sayangkan dia. Aku tak susahkan Z beli barang kelengkapan rumah. Aku pendam walhal aku teringin sangat seperti isteri2 yang lain yang ada bilik yang lengkap katil tilam, perabot, aircond. Aku cemburu isteri yang dimanjakan suami. Kadang2 aku minta Z baiki paip air bocor, pintu bilik rosak, Z begitu banyak alasan bukannya aku minta dia belikan yang baru.

Apa yang ada aku utilised sebaiknya, aku jaga.Tapi Z dari segi bantu kerja rumah memang out dan banyak alasan sehinggakan aku boleh berkasar kerana Z langsung tak membantu aku hal rumah. Sudahlah rumah tempias apabila hujan lebat, aku minta z buat sesuatu dia akan cakap “nantilah”.

Nantilah tu sampai kiamat dia takkan buat. Sehinggakan aku terpaksa panggil ahli keluarga aku datang bantu buat tukang2 semua. Atas sikap Z itulah aku sering tunjuk aku marah padanya. Aku protes padanya.

Aku penat keseorangan dan urus sendirian. Z sehingga 2 tahun perkahwinan pun tiada ura-ura atau atas “common sensenya” nak beli kelengkapan rumah masih lagi sifat sederhana nya tidor di mana2 sahaja. Mahu juga aku meminta dia belikan tilam dan katil, tapi semua aku luah dalam hati. Aku tak sanggup menyusahkan Z, tapi dalam hati ak berharap dia paham tugas dia memberi “keselesaan” kepada anak isteri. Namun, aku terlupa Z itu kayu.

Untuk dipendekkan, masa aku di kampung lamanya, Z nekad menceraikan aku. Alasannya aku ini degil, tidak ngam dengan keluarga nya. Aku berusaha mempertahankan selagi mampu namun Z sudah nekad. Aku seperti mengemis pada Z supaya aku tak diceraikan. Keluarga Z salahkan aku kerana sikap aku, tapi ketahuilah aku takkan jadi sebegitu sekiranya Z bagi kerjasama pada aku dalam hal rumah.

Ketahuilah Z, kau mahu ajar aku supaya suka beramai2 tapi dalam beramai2 kau tak membantu aku melayan tetamu, kau biarkan aku keseorangan kepenatan dengan keadaan rumah yang tak lengkap macam nak roboh. Kau mahu aku jadi “BIDADARI” yang lembut hati dan baik tapi kau tak sediakan aku “SYURGA” kita.

Kau pandang enteng hal rumah sedangkan disitulah aku duduk 24 jam berbanding kau yang kerja di luar. Kau biarkan aku keseorangan berjam2 lamanya tanpa kira aku perlukan perhatian dari kau suamiku. Kemana hilangnya romantisnya dulu? Alasan kau satu “sikap aku”.

Sekarang selepas beberapa bulan bercerai, berbahagialah Z atas pilihan hidup kau dengan orang baru yang pastinya lebih kaya dan mampu sediakan segalanya untuk kau. Aku kira alasan2 yang kau bagi untuk bercerai dengan aku sebagai asbab je kerana di hati kau sudah ada pengisian baru. Aku pasti perempuan itu tidak sepertiku, kerana dia tidak pernah hidup susah bersama dengan kau.

Jalan kita dulu tak sama jalan cerita kau dan dia kerana DUA keadaan berbeza. Mungkin kau bahagia katakan dia tidak melawan kau, kerana aku pasti dia sudah ada apa yang aku tiada dulu. Tiada kekurangan yang boleh dia rasa tertekan hidup dengan kau. Dia tidak pernah akan protes dan tunjuk sikap, kerana dia sudah punya kelengkapan dan selesa. Itu bezanya dia dengan aku.

Aku akan terus berjalan di atas muka bumi ini dengan cara hidup aku sendiri. Biarlah aku cuba jadi dahan yang berpaut untuk anak aku. Cuma Z, aku harap kau bertaubat atas dosa2 silam kita bukan terus hanyut dibuai syurga dunia mu sekarang. Aku anggap ini ujian allah bagi kerana aku dan kau adalah pendosa silam. Biar waktu ini waktu aku munasabah dan bertaubat.

– Miss M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *